Friday 13 January 2017

Air Sirap Bandung
Air Sirap Bandung
1 sb sirap ros
2 sb susu pekat
250 ml air masak
air batu - jika suka

Masukkan sirap ros kedalam gelas. Kemudian masukkan air masak dan susu pekat. Kacau. Jika sukakan sejuk, tambah air batu secukupnya. Hidang.

Friday 6 January 2017

Bubur Jagung Dengan Durian
Bubur Jagung Dengan Durian

4 batang jagung
3 cawan air
1 helai daun pandan
5 sb gula putih
2 ketul kecil gula melaka
2 paket kecil santan pekat
6 ulas durian

Hiris batang jagung untuk mendapatkan isinya. Rebus isi jagung dengan air dan daun pandan sehingga jagung lembut. Masukkan santan, gula putih dan gula melaka. Kacau dan bila gula hancur, masukkan durian. Gaul rata dan hidang.
Udang Masala
Udang Masala
4 ekor udang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sk serbuk kunyit
1 sb serbuk garam masala
1 sk serbuk ketumbar
sedikit lada hitam
sedikit lada sulah
sedikit garam
1 biji tomato
2 sk tomato puri
2 batang daun ketumbar
minyak untuk menumis

Perap udang dengan garam dan lada sulah. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk serbuk kunyit, garam masala, serbuk ketumbar, lada hitam dan sedikit air. Kacau rata.

Masukkan pula tomato puri, buah tomato dan sedikit air lagi. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan udang, daun ketumbar dan garam.

Kemudian tabur dengan sedikit hirisan daun ketumbar dan hidang.

Monday 2 January 2017

Sup Ayam Dong Quai
Sup Ayam Dong Quai
2 ketul drumstik ayam
1000 ml air
3 keping dong quai
8 biji kurma merah
10 biji buah teratai
1 sk kee chi

Rendam biji teratai dalam 30 minit. Belah dua dan bersihkan bahagian dalamnya.

Didihkan bahan-bahan di atas kecuali biji teratai. Selepas 35 minit, masukkan biji teratai dan biar merenih dalam 15 minit lagi. Hidang.
Sayur Campur
Sayur Campur
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 floret brokoli
2" lobak merah
1/2 batang seleri
sedikit daging
1 sk sos tiram
sedikit garam
1/2 sb tepung jagung
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris sehingga wangi.

Masukkan lobak merah, seleri dan kacau. Masukkan pula brokoli dan sedikit air supaya tidak kering. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan masukkan kedalam sayur tadi bersama sedikit garam dan sos tiram. Kacau rata dan hidang.