Wednesday 24 June 2020

Kek Kelapa
Kek Kelapa
4 biji telur saiz A
61/2 oz minyak jagung
120g gula
1 sk esen vanilla
175g tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
30g kelapa parut kering
1/4 sk garam

Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Ketepikan.

Masuk telur, minyak dan gula ke dalam blender. Kisar hingga hancur. Masuk tepung sikit-sikit ke dalam blender dan kisar. Bila adunan dah siap di kisar, tuang ke dalam mangkuk besar. Masukkan pula kelapa parut kering dan esen vanilla. Gaul rata. Kemudian tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170℃ selama 50 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan selama 20 minit sebelum keluarkan kek daripada loyang. Sapu sedikit madu dan tabur kelapa parut kering.
Tuna Salad Bersama Epal Hijau
Tuna Salad Bersama Epal Hijau
1 tin tuna
1 biji bawang besar - hiris halus
1/2 biji epal hijau - potong dadu
3 sb mayonis
1 sb capers
1 sk grainy mustard
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul rata dan hidang.
Lempeng Pisang Bersusu
Lempeng Pisang Bersusu
500g pisang
100g tepung gandum
2 sb gula
50ml susu
minyak

Lecek pisang hingga hancur. Masuk tepung gandum sikit-sikit dan kacau rata. Kemudian masukkan gula dan susu. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Panaskan minyak dan tuang satu senduk adunan ke dalam kuali. Masak hingga kuning keemasan. Terbalikkan dan masak bahagian satu lagi. Kemudian angkat dan hidang.
Mee Soba Goreng Black Bean Sauce
Mee Soba Goreng Black Bean Sauce
180g mee soba
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 sk black bean sauce
2 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 sk chilli flakes
3 keping isi ayam - potong kecil
5 biji fishball - belah dua
3" lobak merah - hiris batang mancis
1 pokok bok choy - potong
5 biji cendawan Shiitake segar - hiris
sedikit air
minyak

Didihkan air dan rebus mee soba hingga tiga suku lembut. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga bertukar warna. Masuk lobak merah, cendawan dan fishball. Goreng hingga lembut. Masuk black bean sauce, sos tiram, sos soya cair dan chilli flakes. Gaul rata. Kemudian masukkan mee soba, bok choy dan sedikit garam. Gaul rata dan kemudian angkat dan hidang.

Saturday 20 June 2020

Smoothie Strawberry dan Pisang
Smoothie Strawberry dan Pisang
1 gelas susu
60g yoghurt strawberry
4-5 biji strawberry
1 biji pisang
1 sk madu

Masuk kesemua bahan kedalam blender. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Pasta Goreng Sardin
 Pasta Goreng Sardin
1 mug pasta
4 ekor ikan sardin - hancurkan
2-3 sb kuah sardin
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili hijau - hiris
3 biji cili padi - hiris
2 tangkai daun sup
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air rebusan pasta
1/2 sk garam
minyak

Didihkan air bersama sedikit garam. Rabus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, cili hijau dan cili padi hingga wangi. Masuk sardin dan sedikit kuahnya. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan pasta, kiub ikan bilis, daun sup, garam dan sedikit air rebusan pasta. Gaul rata dan hidang.
Daging Masak Hitam
Daging Masak Hitam
250g daging
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris menyerong
2 tangkai daun kari
1 sb kicap pekat
1 sk serbuk cili
1/2 cawan air
1-2 sk gula
1/2 sk garam
sedikit bawang besar kuning - potong bulat
minyak

Perap daging dengan kicap pekat dan serbuk cili selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk daging, cili hijau dan 1 tangkai daun kari. Goreng daging. Jika kering, tambah sedikit air. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. Masukkan baki daun kari dan bawang besar kuning. Gaul rata dalam 2-3 minit. Angkat dan hidang.
Baby Lettuce Goreng Bawang Putih
Baby Lettuce Goreng Bawang Putih
3 pokok baby lettuce
3 ulas bawang putih - cincang
1 sb sos tiram
1/2 sk sos soya cair
1/2 sk minyak bijan
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masuk baby lettuce diikuti dengan sos tiram, sos soya cair, minyak bijan, serbuk lada sulah, air dan garam. Goreng tapi jangan lama. Angkat dan hidang.

Friday 12 June 2020

Jus Epal Pear dan Limau Kasturi
Jus Epal Pear dan Limau Kasturi
1/2 biji epal merah
1/2 biji pear
2 biji limau kasturi - jusnya
50ml air

Kisar buah epal, pear dan air hingga hancur. Masukkan jus limau kasturi dan kacau rata. Tak perlu masukkan gula sebab minuman dah manis. Tuang dalam gelas dan hidang.
Pasta Goreng Rempah Morocco
Pasta Goreng Rempah Morocco
1 cawan pasta Orrechiette
13 ekor udang
5 ulas bawang putih - cincang
2 batang leek - hiris batangnya sahaja
1 tangkai daun ketumbar
1/2 kiub pati ikan bilis
5 sk rempah Morocco seasonings
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Perap udang dengan 2 sk rempah Morocco seasonings. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis leek dan bawang putih hingga wangi. Masuk udang dan goreng hingga udang bertukar warna. kemudian masukkan pasta, kiub pati ikan bilis, garam, baki rempah Morocco seasonings dan daun ketumbar. Jika kering, tambah sedikit air rebusan pasta. Gaul rata, angkat dan hidang.
Udon Goreng Bersama Ayam
Udon Goreng Bersama Ayam
2 paket (400g) udon
3 keping isi ayam
6 biji bebola ayam
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2" halia
2 tangkai daun bawang
2" lobak merah - hiris
1 sb cili boh
2 sb sos tiram
2 sb soya sos cair
1 sk minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk cili boh, tumis sekejap, masukkan pula ayam dan sambung menggoreng. Kemudian masukkan bebola ayam, lobak merah, daun bawang dan cili merah. Kalau kering, tambah sedikit air. Bila semua dah sebati, masuk sos tiram, sos soya cair, minyak bijan dan juga garam dan serbuk lada hitam. Akhir sekali, masukkan udon. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Goreng Herba

Ayam Goreng Herba
6 ketul ayam
1 sk serbuk paprika
1/2 sk thyme kering
1/2 sk oregano kering
1/2 sk garam
minyak

Gaul semua bahan-bahan di atas (kecuali minyak) dan perap 30 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Sup Tauhu Bersama Cendawan Tiram
Sup Tauhu Bersama Cendawan Tiram
1 keping tauhu - potong lapan
4 keping cendawan tiram - siat-siat
1/2 batang lobak merah - hiris
1/4 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
11/2 cawan air
1 sk stok pekat ayam
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Masukkan lobak merah dan biar dalam 1 minit. Kemudian masukkan tauhu, cendawan tiram, stok pekat ayam, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Sunday 7 June 2020

Tepung Pelita
Tepung Pelita
bekas empat segi
gula pasir

Lapisan bawah:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
4 cawan air
1 helai daun pandan
pewarna hijau

Kisar daun pandan dengan air. Kemudian tapis. Masukkan tepung beras, gula dan sedikit pewarna hijau. Masak atas api sederhana hingga pekat. Tabur 1 sk gula ke dalam bekas. Tuang bancuhan sehingga separuh bekas. Ketepikan sekejap.


Lapisan atas:
4 cawan santan pekat
4 sdm tepung beras
sedikit garam

Masuk kesemua bahan-bahan ke dalam periuk. Masak hingga pekat. Kemudian tuang ke atas bahagian hijau tadi. Tak perlu kukus sebab bahagian atas dan bawah dah masak. Sejukkan di dalam peti sejuk. Sedia untuk dihidangkan.
Nasi Goreng Daun Selasih
Nasi Goreng Daun Selasih
1 mangkuk nasi
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
7 biji cili padi
1/2 biji bawang besar kuning- hiris tebal
100g isi ayam
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 sk sos soya pekat
1 sb stok pekat ayam
1 mangkuk daun selasih
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan. Kemudian kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga masak.  Masukkan pula sos tiram, sos soya cair, sos soya pekat dan stok pekat ayam. Kacau rata. Kemudian masukkan nasi dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan bawang kuning hiris, daun selasih dan garam. Gaul rata sekali lagi dan hidang.
Beef Keema Masala
Beef Keema Masala
1 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar - hiris
1 sb pes bawang putih halia
1 biji cili hijau - hiris
1 biji kentang- dadu kecil
3 sk serbuk cili kashmiri
2 sk serbuk kunyit
2 sk serbuk ketumbar
2 sk serbuk jintan putih
2 sk garam masala
2 biji tomato - dadu kecil
sedikit kasuri methi
1 tangkai daun ketumbar
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan pes bawang putih halia dan tumis lagi. Bila wangi, masukkan tomato dan masak hingga lembek. Masukkan pula cili hijau, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan kacau hingga wangi. Masuk sedikit air jika kering. Kemudian masukkan daging dan kentang. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam masala, kasuri methi, daun ketumbar dan garam. Gaul rata dan hidang.
Bayam Hiris Goreng Bersama Lobak Merah
Bayam Hiris Goreng Bersama Lobak Merah
1 paket bayam
1/2 batang lobak merah
3 ulas bawang putih
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak

Hiris bayam halus-halus. Lobak merah dihiris juga. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk bayam dan lobak merah. Goreng hingga sayur-sayur lembut. Perasakan dengan serbuk perasa dan garam. Angkat dan hidang.

Monday 1 June 2020

Buah Melaka
Buah Melaka
4 sb tepung pulut
1 sb tepung beras
3 helai daun pandan
air secukupnya
pewarna hijau
gula melaka - potong kecil
kelapa parut + sedikit garam

Kisar daun pandan dengan air. Kemudian tapis. Masukkan tepung pulut, tepung beras dan sedikit pewarna hijau. Gaul hingga adunan sebati. Ambil sedikit adunan lebih kurang dalam 1 sb, leperkan dan letak sedikit gula melaka. Bulat-bulatkan. Buat hingga adunan habis. Kemudian didihkan air dan rebus hingga bebola timbul. Bila bebola timbul, ianya tanda sudah masak. Angkat, toskan dan gaul dengan kelapa parut. (Kelapa parut dikukus terlebih dahulu supaya buah melaka tak cepat basi). Sedia untuk dihidangkan.
Bihun Goreng Tauhu
Bihun Goreng Tauhu
1 keping bihun
1/2 biji bawang besar - hiris
3 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
sedikit ikan bilis
2 keping tauhu - potong kecil
3 keping ayam - potong kecil
2 pokok sawi bunga - hiris
1 sb sos tiram
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Rendam bihun dalam air selama satu jam. Kemudian tapis dan ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Kisar cili merah, bawang putih, cili padi dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan bawang besar hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan air dan juga sos tiram dan sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan pula sawi bunga dan bihun. Gaul rata dan bila bihun lembut dan masak, masukkan tauhu, gaul sekali lagi dan bolehlah angkat dan hidang.
Kari Kepala Ikan Jenahak
Kari Kepala Ikan Jenahak
1 keping kepala ikan jenahak
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 sb biji sawi
1 biji cili merah - hiris besar
1 biji tomato - potong empat
5 batang bendi - hiris besar
4 sb serbuk kari ikan + sedikit air
air secukupnya
1 kotak santan
3 sb asam jawa + air
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan biji sawi hingga wangi. Masuk bancuhan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula air dan biar mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tak pecah. Bila santan dah masak, masukkan pula air asam jawa, cili merah, tomato, garam dan bendi. Akhir sekali, masukkan ikan dan bila ikan masak, bolehlah dihidangkan.
Kobis Goreng Ikan Masin
Kobis Goreng Ikan Masin
5 helai daun kobis - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris batang mancis
sedikit ikan masin - rendam sekejap
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
2 sn sos soya Thai
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang dan cili merah hingga wangi. Masuk kobis dan lobak merah. Goreng hingga sayur setengah masak. Kemudian masukkan sos soya dan sedikit air. Sambung menggoreng hingga sayur lembut. Sedia dihidangkan.