Wednesday 8 August 2018

Ayam Masala
Ayam Masala
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sb garam masala
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1 biji tomato
2 sb pes tomato
1 sk stok ayam pekat
1 biji kentang
2 pokok daun ketumbar
3 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk garam masala, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam dan kacau.

Masuk ayam dan air. Gaul rata. Semasa ayam tengah masak, masukkan kentang, tomato, pes tomato, daun ketumbar, stok ayam dan garam. Biar sehingga ayam masak.

Tabur sedikit hirisan daun ketumbar semasa hidang.

No comments:

Post a Comment