Mee Goreng
Mee Goreng
500g mee kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
50g daging
10 ekor udang saiz kecil
3 batang sawi bunga
6 keping cendawan tiram
7 biji fishball
1/2 batang fishcake
1 sb cili boh
3 sb kicap lemak manis
sedikit garam
minyak untuk menumis
Daging dihiris nipis. Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya sahaja.
Bawang besar dan bawang putih didadu kecil. Koyak-koyakkan cendawan tiram. Fishball dibelah dua dan fishcake dihiris-dihiris.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan gaul sebentar. Bila daging dah empuk, masukkan pula udang, fishball dan fishcake. Gaul semua bahan-bahan ini. Bila hampir masak, masukkan mee kuning, kicap lemak manis dan sedikit garam. Akhir sekali, masukkan sawi bunga dan balik-balikkan sehingga sayur masak. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment