Sayur Goreng Sos Tiram Bersama Tauhu Jepun
1 paket tauhu Jepun
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 batang saleri
2" karot
5-6 keping cendawan tiram
4 kelopak sawi Jepun
2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan
sedikit garam
sedikit air
Hiris tauhu jepun setebal 1/2". Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat, tos dan ketepikan.
Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus. Seleri dipotong menyerong dan lobak merah dipotong batang mancis. Siat-siat cendawan tiram dan hiris sawi jepun.
Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan seleri dan lobak merah dan kacau sekejap. Kemudian masukkan air dan biar mendidih. Bila air dah mendidih, masukkan cendawan tiram dan sawi jepun. Masukkan pula sos tiram dan sedikit minyak bijan. Jangan biar terlalu lama. Perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment