Spaghetti Alfredo
Spaghetti Alfredo
1/3 paket spaghetti
1 tin sos Alfredo
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin air panas
1 keping daging kisar Ramly
3 biji cendawan butang1 biji buah tomato
minyak zaitun
Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dan masak hingga al dente. Kemudian angkat dan tos.
Bawang besar dan bawang putih didadu halus. Cendawan butang dibelah dua dan dihiris. Buah tomato dipotong dadu.
Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging, pecah-pecahkan dengan sudip dan kacau hingga daging hampir masak. Masukkan sos Alfredo, air panas dan kacau hingga sos cair dan rata. Bila sos dah panas, masukkan pula cendawan butang dan akhir sekali, masukkan buah tomato. Tuang kedalam mangkuk dan hidang dengan spaghetti.
No comments:
Post a Comment