Friday, 22 January 2016

Sup Ayam Istimewa
Sup Ayam Istimewa
8 ketul kecil ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 batang lobak merah
1 batang seleri
1 biji tomato
1 biji kentang
1 sup bunjut
1/2 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1 liter air
1 sk serbuk sup
sedikit garam
sedikit hirisan daun sup

Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Titik serai. Kemudian potong serong lobak merah dan seleri. Tomato pula dipotong wedges kepada 6 bahagian dan kentang dipotong dadu.

Rebus air sebanyak 600ml bersama ayam, bawang-bawang, halia dan serai. Semasa air mendidih, dengan menggunakan sudip buangkan perlahan-lahan bahagian yang berbuih yang terdapat diatas permukaan sup. Ini adalah bahan kotor daripada ayam dan boleh membuatkan sup kita berbau hanyir dan busuk.

Tambah air lagi sebanyak 400ml. Bila mendidih, masukkan lobak merah, kentang, bunjut, rempah 4 sekawan, serbuk sup dan sedikit garam dan biar mendidih selama 10-15 minit. Akhir sekali, masukkan pula seleri dan buah tomato. Biar mendidih selama 5-10 minit.

Tuang sup ayam kedalam mangkuk. Tabur dengan sedikit hirisan daun sup. Sedap dimakan bersama French bread.

No comments:

Post a Comment