Sambal Udang ala Thai
Sambal Udang ala Thai
10 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 hiris halia
1 batang serai
3 sb cili boh
3 sb sos cili Thai
1 keping asam keping
6-7 helai daun limau purut
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng
minyak untuk menggoreng
Perap udang dengan garam dan lada sulah selama 1/2 jam. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Serai diracik halus.
Panaskan minyak dan goreng udang sehingga warnanya bertukar kekuningan. Kemudian angkat, toskan minyak dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis pula bawang-bawang, halia dan serai hingga terbit aroma. Masuk cili boh dan kacau beberapa minit. Masukkan sedikit air jika cili kering. Kemudian masukkan sos cili Thai, asam keping, daun limau purut dan sedikit air. Kacau sehingga kesemua bahan-bahan sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tak perlu masukkan gula sebab sos cili Thai dah manis. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul dan hidang.
No comments:
Post a Comment