Sotong Masak Kunyit Air Asam
Resepi ni saya dapat dari sepupu saya, Datin Daniah, dua minggu lepas selepas saya dan adik bersama-sama anak-anak ke rumah dia untuk makan malam. Resepi ni saya olahkan sedikit dengan meletakkan cili merah dan hijau untuk menaikkan warna. Asalnya untuk anak dia jadi takdelah cili. Lima jenis masakan dia masak sendiri, memang sedap dan menyelerakan.
Sotong Masak Kunyit Air Asam
8 ekor sotong
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2" halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
2 sb serbuk kunyit
1 sb asam jawa + sedikit air
1/2 sk garam
sedikit daun ketumbar
minyak untuk menumis
Sotong dibersihkan dan kemudian dihiris. Perap dengan 1 sb serbuk kunyit dan ketepikan sebentar.
Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dihiris halus. Cili merah dan cili hijau dipotong serong.
Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Kemudian masukkan sotong dan gaul dengan bahan-bahan tumis tadi. Biarkan sotong masak dalam 10 minit. Selepas 10 minit, masukkan air asam jawa dan baki serbuk kunyit. Jika kuah semakin kering, bolehlah tambah sedikit air. Biarkan sotong masak dalam 10 minit lagi. Masukkan daun ketumbar bersama cili merah dan cili hijau. Perasakan dengan garam sebelum dihidang.

No comments:
Post a Comment