Apam Kukus
Apam Kukus
500g tepung gandum250g gula castor
5 biji telur
500 ml aiskrim soda (brand F&N)
1 sb esen vanila
1 sb ovalette/emulsifier
Tepung gandum diayak dan dicampur dengan gula. Gaul hingga rata.
Pecahkan telur didalam mangkuk dan pukul. Masukkan telur dan bahan-bahan lain kedalam campuran tepung dan gula dan kacau rata. Guna mixer supaya adunan bercampur rata.
Bahagikan adunan kepada lima bahagian: plain, merah, pink, hijau dan kuning.
Tuang adunan plain kedalam papercup muffin saiz sederhana hingga lebih kurang 1cm kurang dari bahagian atas papercup. Kemudian tuang 1 sudu kecil 2-3 warna-warna yang lain. Tindih-tindih warna pun tak apa.
Kukus selama 15-20 minit.
No comments:
Post a Comment