Sardin Goreng
Sardin Goreng
1 tin (425g) sardin
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2" halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
2 biji cengkih
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kari ikan
2 sb sos tomato dari tin sardin
2 sb sos tomato dari tin sardin
1/2 sk garam
sedikit daun sup
minyak untuk menumis
Asingkan sardin dari kuahnya. Buang tulang tengah dan hancurkan isinya sedikit. Jangan terlalu hancur, biar kasar sedikit.
Panaskan minyak. Tumis rempah empat sekawan dan kemudian masukkan bawang-bawang bersama halia dan tumis hingga wangi. Masukkan sardin dan kacau dalam 2-3 minit. Masukkan pula sos tomato sardin dan sedikit air jika perlu. Masukkan pula serbuk cili dan serbuk kari ikan. Kacau lagi. Perasakan dengan garam.
Tabur dengan sedikit hirisan daun sup atau daun ketumbar semasa menghidang.

No comments:
Post a Comment