Agar-agar Jagung
Agar-agar Jagung
1 peket (10g) serbuk agar-agar
800 ml air300 ml santan (dari 1/2 biji kelapa)
230g gula
1 biji telur - dipukul
1 sb tepung kastard
1 tin jagung
sehelai daun pandan
sedikit pewarna kuning
Didihkan air bersama daun pandan. Masuk gula dan kacau hingga gula larut.
Kemudian masukkan santan dan kacau. Masuk telur dan kacau lagi. Pastikan telur dikacau rata supaya campuran agar-agar tak bergentel seperti 'telur scrambble'. (Boleh juga diambil sedikit campuran agar-agar dan dicampurkan dengan telur dulu sebelum dimasukkan telur kedalam periuk).
Masuk serbuk agar-agar dan kacau.
Bancuh tepung kastard dan sedikit air dan masuk kedalam periuk. Kacau. Keluarkan daun pandan. Masuk jagung dan kacau dengan api sederhana besar. Masuk pewarna kuning dan kacau hingga warna rata.
Tutup api dan biarkan campuran seketika, lebih kurang 10 minit. Tuang kedalam loyang atau acuan dan biarkan sekejap. Sejukkan didalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment