Ayam Masak Cili Sos Tiram
Ayam Masak Cili Sos Tiram
7 keping isi ayam
1/2 labu bawang besar Holland
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 sudu besar cili boh
3 sudu besar sos tiram
1/2 biji lada benggala merah
2" lobak merah
daun ketumbar
garam
minyak untuk menumis
Potong isi ayam potong dan gaul dengan sedikit sos tiram. Perap sebentar.
Potong isi ayam potong dan gaul dengan sedikit sos tiram. Perap sebentar.
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau. Masuk ayam tadi dan goreng. Kalau agak kering, masuk sedikit air. Kemudian masuk sos tiram, air (untuk kuah), lada benggala, lobak merah dan bawang besar Holland yang dihiris. Masuk daun ketumbar supaya kuah wangi dan masuk juga sedikit garam. Kacau dan tutup api.
Bila hidang, tabur sedikit daun ketumbar.
No comments:
Post a Comment