Tuesday, 27 October 2015

Daging Masak Black Pepper

Daging Masak Black Pepper
300g daging
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
segenggam pea sprout
5 sb sos black pepper
3 sb kicap cair
air secukupnya
sedikit garam

Perap daging dengan sedikit sos black pepper dan ketepikan sekejap. Kemudian hiris halus bawang besar, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris tadi hingga wangi. Masukkan daging dan goreng sebentar. Kemudian masukkan air secukupnya bersama sos black pepper dan sedikit kicap cair. Kacau rata.

Bila daging hampir masak, masukkan pea sprout. Balik-balikkan daging dan sayur beberapa minit. Pea sprout ni cepat masak jadi tak perlu dibiar terlalu lama di dalam kuali. Masuk garam secukupnya.

No comments:

Post a Comment