Saturday, 31 October 2015

Daging Goreng Kari
Daging Goreng Kari
300g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 sb rempah kari daging
1 tangkai daun kari
1 biji cili merah
sedikit garam
sedikit air
minyak

Perap daging dengan 1 sb rempah kari. Ketepikan dalam setengah jam. Kemudian hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga air daging keluar dan teruskan menggoreng hingga airnya kering. Bila agak kering, masukkan minyak dan masukkan bawang-bawang dan halia dan tumis hingga bahan-bahan tadi wangi.

Sekiranya daging kering, masukkan sedikit air dan balik-balikkan daging. Kemudian masukkan baki rempah kari, daun kari, cili merah dan garam. Gaul segala bahan sehingga rata, tutup api dan hidang.

No comments:

Post a Comment