Daging Balado
Daging Balado
250g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
5 biji cili merah
4 biji cili padi merah
3 biji buah keras
1 sb sos tiram
1 asam keping
2 sk gula
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
sedikit air
minyak untuk menumis
Perap daging dengan garam dan serbuk kunyit dalam 1/2 jam. Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga masak. Ketepikan.
Bawang merah, bawang putih, halia, cili merah, cili padi dan buah keras dikisar dengan sedikit air. Jangan kisar terlalu hancur.
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi dan agak kering. Semasa menumis, masukkan sos tiram, asam keping, gula dan sedikit garam.
Bila sambal dah masak, masukkan daging dan gaul dalam 3-4 minit. Sedia untuk dihidang.

No comments:
Post a Comment