Thursday 30 June 2016

Cencalok
Cencalok
1/2 botol cencalok
1/4 cawan air
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
2 biji limau kasturi

Didihkan air didalam periuk kecil. Kalau nak cair lagi, lebihkan air. Bila mendidih, masukkan cencalok. Kacau. Guna api kecil.

Limau kasturi dibelah dua. Perah kedalam periuk berisi cencalok. Masukkan kulitnya sekali dan kacau.

Hiris bawang besar dan cili merah. Letak dalam mangkuk. Ketepikan. Kemudian tuang cencalok kedalam mangkuk berisi bawang dan cili merah. Kacau dan hidang.

Monday 27 June 2016

Masak Lemak Taugeh
Masak Lemak Taugeh
2 cawan taugeh
2 keping tauhu
2 batang daun kucai
2 cawan air
2 peket santan kelapa
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Tauhu dipotong dua dan hiris nipis. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Didihkan air dalam periuk. Masukkan santan dan sedikit garam. Guna api kecil. Kacau dan biar santan panas tapi jangan sampai mendidih dan santan pecah.

Masukkan taugeh, tauhu dan kucai. Kacau perlahan-lahan supaya tauhu tak pecah. Bila taugeh masak, angkat dan hidang.
Rendang Ayam Ringkas
Rendang Ayam Ringkas
1 ekor ayam
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
2" lengkuas
2 helai daun kunyit
1 paket rempah rendang Adabi
1-2 cili boh
1 biji kelapa parut
1 keping asam
1 sb kerisik
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih, halia dan 1 batang serai dikisar dengan sedikit air. Satu batang serai lagi dititik.

Lengkuas diketuk-ketuk. Satu helai daun kunyit disimpul dan sehelai lagi dihiris-hiris.

Bancuh rempah rendang dengan sedikit air supaya menjadi pes.

Kelapa diperah untuk mendapatkan 21/2 cawan santan pekat dan 1 cawan santan cair.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dengan lengkuas dan serai hingga wangi. Masuk pes rempah rendang dan kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan kacau. Jika kering, masuk sedikit air.

Masuk santan cair dan kacau. Masukkan juga garam, asam keping, daun kunyit dan kerisik. Kacau rata.

Bila kuah dah agak surut dan ayam hampir masak, masukkan santan pekat. Masukkan juga daun kunyit hiris. Gaul rata.

Sedia untuk dihidang.

Friday 24 June 2016

Kobis Goreng Kicap
Kobis Goreng Kicap
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
4 kelopak kobis
1/2 batang lobak merah
1 batang fish cake
1 sb kicap lemak manis Jalen
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris. Ketepikan. 
Lobak merah dan fish cake dihiris juga. Kobis dipotong kecil. Ketepikan juga.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan lobak merah dan kobis. Masuk sedikit air jika kering. Akhir sekali, masukkan fish cake, kicap lemak manis dan sedikit garam. Gaul rata, angkat dan hidang.
Asam Pedas Ayam
Asam Pedas Ayam
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
5 sb cili boh
1 keping asam
10 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang
3 cawan air
sedikit ajinomoto
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis


Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Serai dititik. Kacang panjang dipotong 1" panjang.



Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masuk ayam dan air dan masak dan kacau-kacau hingga ayam hampir masak. Masukkan juga asam keping, daun limau purut, garam, gula dan ajinomoto. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan biarkan masak dalam 10 minit.



Sedia untuk dihidang.

Saturday 18 June 2016

Corporate Gifts 2016

Barang-barang berupa pelbagai jenis biskut Hari Raya, kurma dan minuman buah anggur. Bakul pula dihias dengan bunga pelbagai warna, riben, manik dan kain net.



Thursday 16 June 2016

Kari Ayam
Kari Ayam
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 sb serbuk rempah kari
2 tangkai daun kari
2 biji kentang
1/2 biji kelapa
minyak untuk menumis

Ayam dipotong-potong. Basuh dan toskan. 



Bancuh rempah kari dengan sedikit air untuk dijadikan pes. Ketepikan.



Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Kalau tak nak kisar, hiriskan saja. 



Kelapa parut diperah untuk mendapatkan 11/2 cawan santan pekat dan 4-5 cawan santan cair.



Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar, pes kari, daun kari, serai dan rempah 4 sekawan hingga wangi. Masukkan sedikit air jika kering supaya tak hangus.



Masukkan ayam dan kacau. Masuk pati santan sedikit-sedikit dan biar merenih. Kecilkan api dan biar ayam masak dalam 30 minit. Perasakan dengan garam.



Masukkan kentang dan sedikit daun kari jika suka. Biarkan kentang empuk. Biar dalam 15 minit dan kemudian masukkan pula santan pekat. Biar renih dalam 10-15 minit.



Angkat dan hidang.
Sotong Goreng Daun Kari
Sotong Goreng Daun Kari
2 ekor sotong rendam
5-6 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 sb sos tiram
1 sk sos soya cair
2 tangkai daun kari
3 batang kacang panjang
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

1. Cili kering dipotong 2 atau 3. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus.
2. Panaskan sedikit minyak. Goreng sotong hingga airnya kering. Angkat dan toskan.
3. Panaskan sedikit minyak lagi. Tumis cili kering dan bahan-bahan hiris hingga wangi. Masukkan sotong diikuti dengan sos tiram, sos soya cair, daun kari, air dan biar masak dalam 10 minit. 
4. Perasakan dengan garam. 
5. Akhir sekali, masukkan kacang panjang dan gaul dalam 5 minit. Hidang.

Tuesday 7 June 2016

Sambal Tauhu
Sambal Tauhu
3 keping tauhu
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia - optional
2 sb cili boh
1 asam keping
2 batang daun bawang
1 sk gula
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Tauhu dipotong enam. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Daun bawang dipotong dalam 1" panjang.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Kalau kering masukkan air. Kemudian masukkan asam keping, gula dan garam. Kacau. Akhir sekali, masukkan tauhu dan daun bawang. Gaul rata dan hidang.
Sayur Campur Dengan Ayam
Sayur Campur Dengan Ayam

70g isi ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
6 biji cili kering
2" lobak merah
6 biji floret brokoli
1 sk tepung jagung
11/2 sb sos tiram
1 sk sos soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Isi ayam dipotong kecil dan diperap dengan 1/2 sb sos tiram. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Cili kering dipotong 2-3.

Lobak merah dibelah dua dan dihiris. Brokoli dipotong kecil.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan cili kering hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau sekejap. Kemudian masukkan lobak merah, brokoli dan sedikit air. Goreng dalam 1-2 minit.

Setelah sayur hampir masak, masukkan pula 1sb sos tiram, sos soya cair dan sedikit garam. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuang kedalam kuali. Masuk minyak bijan, gaul sebati dan bolehlah dihidangkan.