Friday 22 January 2021

Bubur Nasi Sama Ayam
Bubur Nasi Sama Ayam
150g baki nasi
3 keping isi ayam - potong kecil
2-3 keping hirisan halia
1/4 batang lobak merah - didadu kecil-kecil
3 cawan air/stok ayam
1 sk sos pekat ayam
1 sk sos soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
1 tangkai daun bawang - hiris halus
1" halia - hiris halus
sedikit salted radish

Perap ayam dengan sos soya cair, minyak bijan dan serbuk lada sulah selama 30 minit. Ketepikan.

Didihkan nasi bersama air/stok ayam dan hirisan halia. Bila nasi dah lembut dalam 30 minit, masukkan ayam dan masak hingga ayam empuk. Kemudian masukkan pula lobak merah, stok pekat ayam dan sedikit garam. Bila semua bahan-bahan dah lembut dan sebati, bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun bawang, hirisan halia dan salted radish semasa menghidang. Boleh dihidangkan juga dengan telur masin dan ikan bilis goreng.
Ayam Tandoori
Ayam Tandoori
1/2 ekor ayam - potong
11/2 sb rempah tandoori
1 sb dadih asli
1 biji limau kasturi - jusnya
1 sk garam
1 sb minyak

Gaul ayam dengan rempah tandoori, dadih asli, jus limau kasturi dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian tuang sedikit minyak dan gaul. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170℃ selama 1 jam. Hidang bersama hirisan lemon dan bawang besar.
Pasta Dengan Bebola Daging
Pasta Dengan Bebola Daging
1 mug pasta
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
5 biji cendawan butang
1 tangkai daun parsli
1 tin sos tomato pasta
1 tin air rebusan pasta
minyak

Bebola daging:
250g daging kisar
2 keping roti putih - buang kulit tepi
1/4 cawan susu
1 biji telur
1/2 biji bawang merah - cincang
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk garam

Rendam roti dalam susu. Kemudian gaul daging kisar bersama roti tadi dan juga telur, bawang merah, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan dalam 20 minit. Kemudian ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kemudian didihkan air bersama sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan ketepikan.

Untuk sosnya pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk lobak merah dan goreng hingga separuh masak. Masukkan pula seleri dan cendawan. Goreng sekejap dan tuang sos tomato dan air rebusan pasta. Biar mendidih sambil dikacau perlahan-lahan. Hidang bersama pasta dan bebola daging. Tabur hirisan daun parsli semasa menghidang.

Thursday 14 January 2021

Pasta Goreng Pedas
Pasta Goreng Pedas
11/2 mug pasta bowtie
20 ekor udang - potong kecil
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi merah - cincang
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
2 sb sos cili
1 sk pes tomato
2 sb kicap manis
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Didihkan air bersama sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan. Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk udang dan goreng hingga bertukar warna. Masukkan pula lada benggala merah dan hijau. Goreng sekejap dan masukkan pasta, sos cili, pes tomato, kicap manis dan kiub pati ikan bilis. Tambah sedikit air rebusan pasta jika kering. Gaul rata dan pasta sedia untuk dihidangkan.
Daging Goreng Thai
Daging Goreng Thai
220g daging - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
5 helai daun limau purut - hiris halus
1 sb pes tomyam
1 sb sos cili Thai
11/2 sb kicap manis pedas
sedikit air
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan pes tomyam selama 30 minit. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng daging hingga airnya kering. Masuk bawang-bawang dan halia dan sambung menggoreng. Tambah air jika kering. Tutup kuali dan biar hingga daging empuk. Kacau sekali-sekala. Bila daging dah masak, masukkan kicap manis pedas, sos cili Thai, garam dan daun limau purut. Gaul beberapa minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Cendawan Goreng Sos Tiram
Cendawan Goreng Sos Tiram
2 ketul cendawan Eryngi - hiris
3 ulas bawang putih - cincang
1/2" halia - cincang
1 sb sos tiram
1 sk sos soya cair
2 tangkai daun bawang - hiris
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk cendawan dan goreng. Masuk sedikit air, sos tiram, sos soya cair dan garam (jika perlu). Gaul rata dan tutup api. Masukkan daun bawang, gaul sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Wednesday 6 January 2021

Bihun Goreng Udang
Bihun Goreng Udang
2 keping bihun - rendam
15 ekor udang
7 biji fishball - belah dua
1 keping fishcake - hiris
1 pokok sawi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
1 sb udang kering - rendam sekejap
1 sb cili boh
1 kiub pati ikan bilis
2 sb sos cili
3 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1/2 cawan air
serbuk lada sulah
garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi merah dan udang kering. Ketepikan. Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis. Masukkan udang dan gaul hingga berubah warna. Masukkan pula fishball, fishcake, kiub pati ikan bilis, sos-sos dan air. Gaul rata. Kemudian masukkan bihun, sawi dan garam (jika perlu). Jika kering, masukkan sedikit air. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang. Tabur hirisan cili merah jika suka.
Sambal Mangga
Sambal Mangga
2 biji buah mangga - cincang sedikit
5 biji cili merah
5 biji cili padi
3 sk serbuk belacan
3 biji limau kasturi - potong kecil

Tumbuk cili padi, cili merah dan serbuk belacan. Masuk mangga dan limau kasturi. Gaul rata dan hidang.
Ayam Masak Sweet n Sour
Ayam Masak Sweet n Sour
6 keping isi ayam - potong kecil
1/4 biji lada benggala merah
1/4 biji lada benggala kuning
1 batang daun bawang
1 potong nenas
1/2 biji bawang kuning - hiris besar
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk stok pekat ayam
2 sb sos tomato
3 sb sos cili
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan separuh bawang besar kuning. Masuk ayam (gaul dengan sedikit garam) dan goreng hingga berubah warna. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, stok pekat ayam dan sedikit air. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan sayur-sayur, baki bawang besar dan nenas (saya tak letak nenas sebab tak ada) dan sedikit garam. Gaul perlahan-lahan, kemudian bolehlah dihidangkan.
Kacang Buncis Goreng Black Bean Sauce
Kacang Buncis Goreng Black Bean Sauce
15 batang kacang buncis - potong menyerong
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 keping tauhu - potong lapan
1 sk black bean sauce
1 sk sos tiram
sedikit daun ketumbar
sedikit air
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi dalam anggaran 2 sb, tumis bawang-bawang hingga wangi. masuk kacang buncis dan sambung menggoreng. kemudian masukkan sos-sos, sedikit air dan tauhu tadi. Gaul rata. Tutup api dan masukkan daun ketumbar. Gaul rata sekali lagi dan bolehlah angkat dan hidang.
Quinoa Dengan Buah Delima
Quinoa Dengan Buah Delima
80g quinoa
250ml air
1 sk stok pekat ayam
1/2 biji bawang merah
3-4 sb biji buah delima
1 biji limau kasturi - jusnya
2 tangkai daun parsli - hiris
sedikit garam
2 sb minyak zaitun

Rebus quinoa dengan air, stok pekat ayam dan sedikit garam. Bila quinoa dah kembang dan air pun dah kering, kecilkan api dan tutup periuk. Biar dalam 15 minit. Kemudian ketepikan periuk dan sejukkan quinoa.

Masuk quinoa kedalam mangkuk. Masuk bawang besar, biji buah delima, jus limau kasturi, daun parsli dan minyak zaitun. Gaul rata dan hidang.

Friday 1 January 2021

Nasi Udang
Nasi Udang
150g beras
6 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1/2 sb rempah kari udang
2 keping nenas dalam tin - potong kecil
1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 tangkai daun kari
1 sb stok pekat ayam
sedikit garam
1 sb mentega
minyak

Perap udang dengan rempah kari udang dan sedikit garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Rendam beras selama 15 minit. Toskan dan masukkan beras ke dalam periuk nasi. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dengan mentega. Tumis bahan-bahan hiris bersama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. Kemudian masuk susu cair dan air. Kacau hingga panas tapi jangan sampai mendidih. Tuang ke dalam periuk nasi tadi. Masuk stok pekat ayam, garam, daun kari, nenas dan udang goreng. Kacau perlahan-lahan bagi rata. Masak nasi seperti biasa.
Daging Masak Asam
Daging Masak Asam
200g daging
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1" kunyit hidup
1/2 sk jintan manis
2 sb asam jawa + air
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
sedikit garam
minyak

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan jintan manis hingga wangi. Masuk daging dan gaul rata. Goreng hingga daging separuh masak. Bila dah hampir empuk, masuk air asam jawa dan kacau rata. Masak hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam, cili merah dan bawang besar. Gaul rata sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Bergedil Tuna
Bergedil Tuna
1 tin tuna (dalam air)
1/2 biji bawang merah - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji lada benggala hijau - didadu kecil2
1/4 biji lobak merah - parut
1 biji telur - pukul
2 keping roti - hancurkan
2 sb serbuk roti kering
1 sk chilli flakes
1 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Tapis tuna, buang airnya. Lenyek hingga hancur. Masuk bawang merah, bawang putih, telur (masuk 1 biji dulu, jika perlu masuk satu lagi), chilli flakes, daun ketumbar, lobak merah, lada benggala, garam, serbuk lada hitam dan roti. Gaul rata. Bentukkan seperti patty.

Panaskan minyak. Golek patty dalam serbuk roti dan goreng hingga kuning keemasan.