Friday 29 January 2016

Spaghetti Udang Ringkas
Spaghetti Udang Ringkas
1/3 paket spaghetti
15 ekor udang saiz kecil
3 ulas bawang putih
minyak zaitun
2 sb mentega
100ml susu segar
1/2 sk serbuk basil
daun selasih
sedikit garam
sedikit kiub pati ikan bilis

Rebus spaghetti dengan air yang dicampur garam. Bila spaghetti dah kenyal dan masak, tapis dan ketepikan. Hiris bawang putih dan ketepikan.

Panaskan minyak zaitun bersama 1 sb mentega. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan kacau 2-3 minit. Masukkan spaghetti, susu dan 1 sb mentega. Gaul rata. Kemudian masukkan sedikit garam dan kiub pati ikan bilis. Guna sikit sahaja untuk menaikkan rasa. Tutup api dan masukkan daun selasih. Gaul rata sekali lagi dan hidang.
Ayam Kicap Masak Lengkuas

Resepi ayam kicap ni saya dapat dari kawan yang berniaga pada bulan puasa. Dia pun baik hati, tak kedekut ilmu malah suka nak berkongsi resepi. Walaupun resepi serupa tapi air tangan kita lain-lain. Ini versi saya.

Ayam Kicap Masak Lengkuas
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" lengkuas
1 biji cili merah
1/4 biji bawang kuning
1 sb cili boh
750ml air
7 sb kicap manis ABC Indonesia
1 biji kentang
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada hitam
1 pokok daun sup
minyak untuk menumis

Perap ayam dengan sedikit kicap manis selama 1/2 jam. Ketepikan sebentar.

Hiris bawang besar, bawang putih, lengkuas, bawang kuning dan cili merah. Kemudian buang kulit kentang dan potong wedges.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan lengkuas hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masukkan pula ayam dan 1/2 pokok daun sup, kemudian kacau dan biar kuah merenih. Jika kuah semakin kurang, tambah sedikit air. Bila ayam hampir masak, masukkan pula kicap manis, serbuk lada hitam, garam dan kentang. Biar selama 10 minit. Akhir sekali, masukkan cili merah, bawang kuning dan baki daun sup. Masak selama 2-3 minit dan angkat.

Friday 22 January 2016

Sup Ayam Istimewa
Sup Ayam Istimewa
8 ketul kecil ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 batang lobak merah
1 batang seleri
1 biji tomato
1 biji kentang
1 sup bunjut
1/2 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 bunga lawang
3 biji pelaga
1 liter air
1 sk serbuk sup
sedikit garam
sedikit hirisan daun sup

Potong ayam kecil-kecil dan bersihkan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Titik serai. Kemudian potong serong lobak merah dan seleri. Tomato pula dipotong wedges kepada 6 bahagian dan kentang dipotong dadu.

Rebus air sebanyak 600ml bersama ayam, bawang-bawang, halia dan serai. Semasa air mendidih, dengan menggunakan sudip buangkan perlahan-lahan bahagian yang berbuih yang terdapat diatas permukaan sup. Ini adalah bahan kotor daripada ayam dan boleh membuatkan sup kita berbau hanyir dan busuk.

Tambah air lagi sebanyak 400ml. Bila mendidih, masukkan lobak merah, kentang, bunjut, rempah 4 sekawan, serbuk sup dan sedikit garam dan biar mendidih selama 10-15 minit. Akhir sekali, masukkan pula seleri dan buah tomato. Biar mendidih selama 5-10 minit.

Tuang sup ayam kedalam mangkuk. Tabur dengan sedikit hirisan daun sup. Sedap dimakan bersama French bread.
Sayur Goreng Sos Tiram Bersama Tauhu Jepun
Sayur Goreng Sos Tiram Bersama Tauhu Jepun
1 paket tauhu Jepun
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 batang saleri
2" karot
5-6 keping cendawan tiram
4 kelopak sawi Jepun
2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan
sedikit garam
sedikit air

Hiris tauhu jepun setebal 1/2". Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat, tos dan ketepikan.

Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris halus. Seleri dipotong menyerong dan lobak merah dipotong batang mancis. Siat-siat cendawan tiram dan hiris sawi jepun.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan seleri dan lobak merah dan kacau sekejap. Kemudian masukkan air dan biar mendidih. Bila air dah mendidih, masukkan cendawan tiram dan sawi jepun. Masukkan pula sos tiram dan sedikit minyak bijan. Jangan biar terlalu lama. Perasakan dengan garam dan bolehlah dihidangkan.

Friday 15 January 2016

Sayur Campur
Sayur Campur
1 pokok broccoli
1 batang lobak merah
1/2 bunga kobis
3 ulas bawang putih
2 biji telur
2 kiub ayam
1 sk serbuk lada hitam
1 sb sos tiram
1 sk serbuk oregano
1 sk minyak bijan
1 gelas air

Broccoli dan bunga kobis dipotong floret. Hiris lobak merah dan bawang putih. Kemudian pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul.

Panaskan minyak. Masuk lobak merah,  bunga kobis dan bawang putih dan kacau beberapa minit. Kemudian masukkan air, sos tiram, kiub ayam, serbuk lada hitam dan serbuk oregano. Kacau lagi hingga bahan-bahan bercampur rata. Akhir sekali, masuk broccoli dan telur. Kacau telur perlahan-lahan, bila telur dah keras bolehlah angkat dan hidang.
Spaghetti Alfredo
Spaghetti Alfredo
1/3 paket spaghetti
1 tin sos Alfredo
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin air panas
1 keping daging kisar Ramly
3 biji cendawan butang
1 biji buah tomato
minyak zaitun

Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air dah mendidih, masukkan spaghetti dan masak hingga al dente. Kemudian angkat dan tos.

Bawang besar dan bawang putih didadu halus. Cendawan butang dibelah dua dan dihiris. Buah tomato dipotong dadu.

Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging, pecah-pecahkan dengan sudip dan kacau hingga daging hampir masak. Masukkan sos Alfredo, air panas dan kacau hingga sos cair dan rata. Bila sos dah panas, masukkan pula  cendawan butang dan akhir sekali, masukkan buah tomato. Tuang kedalam mangkuk dan hidang dengan spaghetti.

Tuesday 12 January 2016

Ayam Bbq
Ayam Bbq
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
3 sb rempah bbq
2 sb minyak
sedikit garam
daun ketumbar

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Kemudian perap ayam bersama bahan-bahan kisar dan garam selama 2 jam. Lebih lama lebih baik sebab rempah boleh menyerap masuk kedalam ayam dengan lebih baik.

Panaskan griddle pan dengan sedikit minyak. Grill ayam. Balik-balikkan ayam sekali-sekala. Bila ayam dah masak, letak dalam pinggan. Tabur dengan hirisan daun ketumbar.

Monday 11 January 2016

Udang Masak Lemak
Udang Masak Lemak
7 ekor udang saiz besar (atau 1 kg udang)
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
2 batang serai
2 cawan air
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1/2 sb serbuk kunyit
1 biji kelapa - santan
sedikit garam

Tumbuk kasar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Kemudian titikkan serai.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk bersama serai hingga naik bau. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masukkan daun kunyit, sedikit serbuk kunyit, garam dan asam keping. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan udang dan biar dalam 5 minit. Akhir sekali, masukkan santan. Kecilkan api dan kacau selalu supaya santan tidak pecah. Tutup api dan hidang.
Sambal Ayam Daun Limau Purut (1)
Sambal Ayam Daun Limau Purut (1)
450g isi ayam - potong kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai - titik
3 biji buah keras
3 sb cili boh
1 keping asam keping
8-10 helai daun limau purut
1/2 biji bawang besar kuning - hiris
3 sk gula
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan buah keras.

Panaskan minyak dan tumis pula bahan-bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan ayam dan goreng hingga ayam hampir masak. Masukkan pula asam keping, daun limau purut, gula dan garam. Gaul rata dan sebelum angkat, masukkan hirisan bawang kuning. Gaul sekali lagi, tutup api dan hidang.

Friday 8 January 2016

Nasi Goreng Ikan Bilis
Nasi Goreng Ikan Bilis
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
segenggam ikan bilis
1 biji telur
1 sk belacan
1 mangkuk nasi putih
2 keping daun kobis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Masukkan bawang besar, bawang putih,  cili merah kedalam blender bersama sedikit air dan kisar. Masukkan sedikit ikan bilis dan belacan dan kisar lagi tapi jangan sampai ikan bilis terlalu hancur.

Pecahkan telur kedalam mangkuk dan pukul. Potong kobis kecil-kecil.

Panaskan sedikit minyak dan goreng telur masak scramble. Ketepikan. Kemudian goreng ikan bilis hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan juga.

Dengan menggunakan minyak yang serupa, tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Kacau hingga cili masak dan masukkan kobis. Kacau beberapa minit dan masukkan pula nasi. Gaul rata. Akhir sekali, masukan telur scramble dan ikan bilis goreng tadi. Perasakan dengan sedikit garam. Hidang.
Tom Yam Seafood
Tom Yam Seafood
1/2 biji bawang kuning - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
2 batang serai - titik
1 paket Delimas pes tom yam
700 ml air
8 helai daun limau purut
1 biji tomato - potong enam
3 ekor udang besar
4 ekor sotong - hiris
1 batang seleri - potong serong
3" lobak merah - potong kecil
10 keping cendawan tiram - koyak-koyakkan
1/4 sk garam
2 sk gula

Didihkan air didalam periuk bersama bawang kuning, bawang putih, halia dan serai. Bila mendidih, masukkan pes tomyam, daun limau purut dan kacau hingga pes sebati dan rata. Kemudian masukkan pula udang, sotong dan sayur-sayuran. Biar mendidih selama 10 minit dan tutup api. Tuang kedalam mangkuk dan hidang.

Tuesday 5 January 2016

Tauhu Masak Cili
Tauhu Masak Cili
2 keping tauhu
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 sk cili boh
2 sb sos cili (atau 4 paket sos cili)
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit daun ketumbar
minyak masak

Tauhu dipotong empat. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia. Daun ketumbar juga dihiris.

Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis pula bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau 2-3 minit. Kemudian masukkan sos cili dan kacau lagi. Masuk sedikit air supaya kuah cair sedikit. Perasakan dengan gula dan garam. Bila kuah dah masak, masukkan tauhu semula. Gaul rata dan letak kedalam pinggan. Tabur dengan daun ketumbar.

Monday 4 January 2016

Daging Goreng Sos Tiram
Daging Goreng Sos Tiram
300g daging
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 biji cili merah - hiris menyerong
1 paket chilli flakes
2 batang seleri - hiris menyerong
3 sb sos tiram
1 sb kicap cair
sedikit lada sulah
sedikit garam
sedikit air
minyak masak

Daging dihiris nipis dan diperap dengan 1 sb sos tiram dan sedikit lada sulah.

Panaskan kuali tanpa minyak. Bila kuali panas, masukkan daging dan goreng lebih kurang 5 minit atau sehingga air daging kering. Masuk sedikit minyak dan goreng daging. Kemudian masukkan bawang-bawang, halia dan chilli flakes dan goreng lagi hingga bahan-bahan tumis naik bau. Masukkan pula sos tiram. kicap cair, lada sulah, garam dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan seleri dan cili merah. Balik-balikkan beberapa minit. Tutup api dan hidang.