Tuesday 28 March 2017

Kepah Goreng
Kepah Goreng

2 kg kepah
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 biji cili merah
3 biji cili padi
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi sehingga hancur. Serai dititik.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk kepah, serai dan gaul rata. Biar hingga kepah masak. Tak perlu masukkan air sebab kepah ni akan mengeluarkan airnya sendiri. Perasakan dengan garam.

Biar masak dalam 10-15 minit. Hidang.

Thursday 23 March 2017

Spaghetti Tom Yam
Spaghetti Tom Yam

100g spaghetti
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 " halia
1 batang serai
1 pkt sos pasta tom yam Pastamate
10 ekor udang
3 ekor sotong
4 helai daun limau purut
1 biji tomato
11/2 cawan air
sedikit daun ketumbar
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Masukkan serai yang telah dititik dan kacau hingga semua bahan-bahan naik bau.

Kemudian masukkan udang dan sotong dan kacau 2-3 minit. Masukkan air dan biar hingga air mendidih. Bila air mendidih, masukkan sos pasta, daun limau purut dan tomato dan biar beberapa minit sebelum dihidang.

Didalam periuk yang lain, didihkan air dengan sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan spaghetti dan biarkan masak. Toskan air.

Hidang spaghetti dengan kuah tom yam. Tabur sedikit daun ketumbar semasa hidang.
Ayam Goreng Rempah Sarawak
Ayam Goreng Rempah Sarawak
1/2 ekor ayam
2 sb serbuk kunyit
1 sk garam
2 sb rempah perap Sarawak
1 sk lada sulah
1 sb chilli flakes
minyak untuk menggoreng

Gaul ayam dengan bahan-bahan diatas kecuali minyak. Biarkan selama 1 jam atau lebih. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.

Tuesday 14 March 2017

Stim Tauhu
Stim Tauhu
4 keping tauhu besar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang daun ketumbar
1 biji tomato
5 keping cendawan tiram
minyak untuk menumis

Sos:
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
sedikit lada putih
sedikit garam
sedikit minyak zaitun

Hiris bawang besar dan bawang putih. Tomato dan cendawan juga dihiris. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga layu. Angkat dan ketepikan.

Susun tauhu didalam pinggan. Letak tomato, cendawan dan tabur bawang tadi. Bancuh sos dan tuang keatas tauhu. Tabur sedikit daun ketumbar.

Stim dalam 10 minit. Angkat, tabur sedikit daun ketumbar lagi dan hidang.
Ayam Masak Kicap Ala Nyonya

Ayam Masak Kicap Ala Nyonya
6 ketul ayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
3 cawan air (anggaran)
1 sb soya sos cair
1/2 sk minyak bijan
1 biji kentang
1/2 sk serbuk pati ayam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan pula sedikit air dan biar sehingga ayam separuh masuk. Tambah air jika perlu.

Masukkan soya sos, minyak bijan, serbuk pati ayam, kentang dan garam. Biar hingga ayam masak dan kentang empuk. Hidang.

Thursday 2 March 2017

Kacang Buncis Goreng Sedap
Kacang Buncis Goreng Sedap
1/2 paket kacang buncis
10 keping snowpeas
1 batang fishcake
1 keping isi ayam
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb sos tiram
1 kiub ayam
sedikit air sedikit garam
minyak untuk menumis

Potong kacang buncis menyerong. Potong isi ayam kecil-kecil dan hiris fishcake. Bawang besar dan bawang putih juga dihiris.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan ayam diikuti dengan kacang buncis dan snowpeas. Kacau hingga sayur-sayur hampir masak. Kemudian masukkan fishcake, sedikit air, sos tiram dan kiub ayam. Kacau hingga bahan-bahan sebati.

Angkat dan hidang.
Popia Sosej
Popia Sosej
10 keping kulit popia
4 batang sosej
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng sosej yang telah dipotong kecil-kecil. Goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Bentangkan kulit popia dan letakkan 1 sb sosej yang telah digoreng tadi. Gulung kulit popia. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Hidang dengan cili sos.