Friday 26 July 2019

Turkey Sandwich
Turkey Sandwich
2 keping roti Multigrain and Seeds
1 keping keju
2 keping smoked turkey
1 tangkai daun ketumbar
1 sb mentega
sedikit sos cili Thai

Sapu mentega pada roti. Letak smoked turkey diikuti dengan keju dan daun ketumbar. Tuang sedikit sos cili Thai. Letak sekeping roti lagi di atas isi sandwich. Potong dua dan hidang.
Spaghetti Bersama Beef Stroganoff
Spaghetti Bersama Beef Stroganoff

100g angel hair spaghetti
200g daging
1/2 biji bawang Holland
5 biji cendawan butang
1/4 biji lada benggala hijau
1 paket sos Beef Stroganoff
2 tangkai daun parsli
1 cawan air rebusan pasta
2 sb sour cream
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Didihkan air bersama sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang Holland hingga wangi. Masuk daging yang diperap dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Goreng hingga daging empuk. Jika kering masuk sedikit air.

Di dalam mangkuk kecil, bancuh sos Beef Stroganoff dengan sedikit air. Tuang sos ke dalam daging. Masuk cendawan, lada benggala dan daun parsli. Gaul semua bahan-bahan. Kecilkan api dan masukkan sour cream. Sebatikan dan masuk pula pasta tadi, gaul sekali lagi dan hidang.
Salad Kacang Kuda
Salad Kacang Kuda
1 tin kacang kuda
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun parsli
1 biji limau kasturi
sedikit garam kosher
sedikit serbuk lada hitam
2 sb minyak zaitun

Bilas kacang kuda dengan air. Toskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris bawang besar dan daun parsli. Perah limau kasturi untuk mendapatkan jusnya. Masuk bawang besar, daun parsli, jus limau kasturi, garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun ke dalam kacang kuda. Gaul rata dan hidang.

Thursday 18 July 2019

Sotong Goreng Sos Tiram
Sotong Goreng Sos Tiram
2 ekor sotong rendam
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 biji cili merah - hiris
2 biji cili padi - hiris
2 batang seleri - potong menyerong
2 sb sos tiram
2 sb soya sos cair
1/2 sk serbuk lada sulah
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng sotong dengan sedikit hirisan halia sehingga air sotong keluar. Bila dah kering, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia cincang. Masuk sotong dan goreng. Bila sotong dah hampir masak, masuk sos tiram, soya sos cair, serbuk lada sulah dan garam. Tambah sedikit air jika kering. Akhir sekali, masukkan seleri, cili merah dan cili padi. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Petola Masak Lemak
Petola Masak Lemak
1 biji petola - hiris
sedikit suhun - rendam
sedikit fucuk - rendam
1/4 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1 cawan air
1/2 kotak santan
1/2 sk garam

Didihkan air bersama bawang-bawang. Bila air mendidih, masukkan petola, suhun, fucuk, kiub pati ikan bilis dan garam. Kacau. Bila sayur dah lembut dan semua bahan-bahan dah sebati, masukkan santan. Kacau sekejap, kemudian angkat dan hidang. Kalau ada cili merah, boleh masukkan juga semasa masukkan santan.
Sup Ramen
Sup Ramen
1 paket ramen segar
3 keping isi ayam yang telah direbus
5 cawan air rebusan ayam
1 keping fishcake - hiris
5 biji fishball - belah dua
2 pokok sawi bunga
2 biji cili padi - hiris
sedikit daun ketumbar
1 sb sos soya cair
1 sk sos ikan

Carik-carikkan isi ayam. Ketepikan.

Didihkan air rebusan ayam. Masuk sos soya cair dan sos ikan. Kemudian masukkan fishball, fishcake, isi ayam yang telah direbus, daun ketumbar dan sayur sawi. Bila bahan-bahan dah masak, angkat dan ketepikan. Tak perlu garam sebab sup dah cukup masin.

Celur ramen dan hidangkan bersama sup tadi. Tabur dengan hirisan cili padi jika suka.

Thursday 11 July 2019

Daging Masak Kari Merah Thai (1)
Daging Masak Kari Merah Thai (1)
220g daging
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
2 sb pes kari merah Thai
3 batang kacang panjang
1 cawan air
2 sb dadih
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk pes kari merah dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan daging dan gaul rata. Masuk sedikit air, tutup periuk dan kecilkan api. Biar merenih hingga daging empuk. Tambah air jika perlu. Masukkan pula kacang panjang, stok pekat ayam, dadih dan sedikit garam. Kacau rata. Bila kacang lembut, bolehlah angkat dan hidang.
Mee Leper Goreng Daging
Mee Leper Goreng Daging
120g mee leper
100g daging
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
2 biji cili padi
5 biji cendawan butang - hiris
1 tangkai daun bawang
2 sb soya sos cair
1 sk minyak bijan
1/4 cawan air
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk garam
minyak

Didihkan air dan rebus mee hingga lembut. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga daging empuk. Kemudian masuk cendawan, cili padi, sos soya cair, sos tiram, minyak bijan dan sedikit air. Gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masuk mee dan daun bawang. Gaul sekali lagi dan hidang.
Omelet Tuna Bersama Daun Bawang
Omelet Tuna Bersama Daun Bawang
1/2 tin tuna
1/2 biji bawang besar - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris
1 biji telur - pukul
1/2 sk serbuk perasa
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan daun bawang hingga wangi. Masuk tuna, garam dan serbuk lada sulah. Gaul hingga semua bahan sebati. Tuang telur dan ratakan. Masak kedua-dua belah bahagian telur. Hidang.
Naan Bersalut Gula dan Serbuk Kayu Manis
Naan Bersalut Gula dan Serbuk Kayu Manis
2 keping roti naan
1 biji telur
1/2 cawan susu
1 sk serbuk kayu manis
1 sk gula
1/4 sk garam
1 sb mentega
4 sb minyak

Bahan salutan:
1 sk serbuk kayu manis
4 sb gula

Pukul telur bersama susu, serbuk kayu manis, gula dan garam. Ketepikan.

Panaskan minyak bersama mentega. Celup naan ke dalam bancuhan telur. Toskan lebihan bater dan goreng roti hingga coklat keemasan. Angkat dan terus celup roti ke dalam campuran gula dan serbuk kayu manis. Balik-balikkan sehingga roti benar-benar bersalut. Hidang.

Friday 5 July 2019

Jemput-jemput Pisang (1)
Jemput-jemput Pisang (1)
2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir
1 sb soda bikarbonat
1 sk serbuk penaik
3 cawan tepung gandum
1 sb susu tepung
1/2 sk garam
minyak

Campur pisang lenyek bersama gula dan garam. Gaul hingga gula larut. Ayak soda bikarbonat dan serbuk penaik kedalam campuran pisang. Kemudian masukkan susu dan tepung. Gaul rata. Jika adunan masih lembek, tambah sedikit tepung.

Panaskan minyak. Ambil sedikit adunan dan bentukkan bulat-bulat dan goreng dengan api sederhana supaya dalamnya masak. Bila kulit luar nampak garing, bolehlah angkat dan hidang.
Kuew Teow Kari Merah Thai
Kuew Teow Kari Merah Thai
1 paket kuey teow
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
2 batang serai - titik
2 keping isi ayam - potong
1 keping fishcake - hiris
5 biji fishball - belah dua
1 keping tauhu - potong lapan
3 batang kacang panjang - potong
3 sb pes kari merah Thai
1/2 biji kelapa - santan
1 sk sos ikan
1/2 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun selasih
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan serai hingga wangi. Masuk pes kari merah dan tumis lagi. Masuk ayam dan gaul rata. Tambah sedikit air jika kering. Bila ayam dah lembut, masuk santan diikuti dengan fishball, fishcake, tauhu, kacang panjang, sos ikan, stok pekat ayam, garam dan daun selasih. Kecilkan api supaya santan tak pecah. Angkat dan hidang bersama kuew teow. Tabur sedikit daun ketumbar dan cili merah potong.
Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah
7 ketul drummet
1 sk pes halia bawang putih
1 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk jintan manis
1 sk serbuk jintan putih
1 sk garam
minyak

Perap ayam dengan pes halia bawang putih, garam, serbuk cili, serbuk kunyit dan juga serbuk jintan manis dan jintan putih selama 1 jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan hidang.

Monday 1 July 2019

Bubur Jagung Berkrim Bersama Keledek
Bubur Jagung Berkrim Bersama Keledek
1 biji keledek merah
1 tin jagung manis ala krim
3 sb sago - rendam
1/2 biji kelapa - santan
2 ketul kecil gula melaka
2 sb gula putih
1 helai daun pandan - simpul

Rebus keledek hingga lembut. Angkat dan toskan.

Di dalam periuk lain, masuk santan dan daun pandan. Bila dah hampir mendidih, masuk gula melaka dan gula putih. Kacau hingga gula larut. Kemudian masukkan keledek, sago dan jagung. Kacau perlahan-lahan, kemudian angkat dan hidang.
Sambal Sotong Daun Kesum
Sambal Sotong Daun Kesum
3 ekor sotong
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1" halia - hiris halus
2 tangkai daun kesum
2 sb cili boh
1 sb sos cili
1/2 cawan air
1 asam keping
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Masukkan pula sotong dan gaul rata. Jika kering, tambah air. Kemudian masukkan sos cili, asam keping, garam dan gula. Bila sotong dah masak, masuk daun kesum. Gaul rata, angkat dan hidang.
Kacang Buncis Goreng Udang Kering
Kacang Buncis Goreng Udang Kering

10 batang kacang buncis
3 ulas bawang putih - cincang
1 sk udang kering - rendam 1-2 minit
1/2 sk minyak bijan
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan udang kering hingga kuning. Masuk kacang buncis dan goreng. Bila kacang dah lembut, masuk garam dan minyak bijan. Gaul rata dan hidang.