Saturday 29 May 2021

 Biskut Nestum

Biskut Nestum

1½ cawan mentega
1⅓ cawan gula halus
1 cawan tepung jagung
2½ cawan tepung gandum
2½ cawan nestum
1 cawan cornflakes - ramas
1 sk esen vanilla
1 biji kuning telur gred A (sapuan)
Nestum - untuk hiasan

1. Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masuk esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati dan nampak putih.
2. Masuk tepung jagung, nestum, cornflakes yang sudah diramas dan tepung gandum. Masuk tepung gandum sikit2 hingga doh boleh diuli dan melekat ditangan.
3. Terap doh guna acuan kesukaan, sapu telur kuning di atasnya dan tabur nestum.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 150℃ selama 15-20 minit.

Note:
1. Jika doh masih melekat ditangan boleh tambah sedikit tepung gandum hingga doh boleh diuli.
2. Jika doh agak keras boleh tambah sedikit mentega cair dalam 3sb.

Kredit: CT Kitchen

 Ayam Pad Prik Thai

Ayam Pad Prik Thai

270g isi ayam
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris halus
3 biji cili padi merah - titik
2 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
2 sk pes cili Thai
1 sb sos soya Thai
3/4 sb sos tiram
1 sk sos ikan
kacang buncis - hiris 
bunga kobis
lobak merah
sedikit air
sedikit garam*
minyak

Perap ayam dengan sos soya Thai. Ketepikan 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, serai dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga ayam berubah warna. Masuk sedikit air dan sambung menggoreng. Kemudian masukkan pes cili Thai, sos tiram, sos ikan dan daun limau purut. Masukkan pula bunga kobis, lobak merah, kacang buncis, sedikit air dan garam (kalau rasa tak cukup masin). Gaul rata, angkat dan hidang.

 Kobis Goreng Cendawan Tiram

Kobis Goreng Cendawan Tiram
kobis panjang
cendawan tiram
1/2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 sb sos tiram
1/2 sk serbuk lada sulah
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk kobis...cendawan tiram...jika kering, masuk sedikit air. Masukkan pula sos tiram dan serbuk lada sulah. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Tuesday 25 May 2021

 Agar-agar Santan Pandan

Agar-agar Santan Pandan

20g agar-agar tali
4 cawan air
1¼ cawan gula
1 cawan jus pandan (blender 4 helai daun pandan + 1 cawan air) - tapiskan
1 biji telur
1 (200ml) kotak santan + 1 cawan air = 2 cawan santan
sedikit esen vanilla - jika suka
sedikit pewarna hijau
secubit garam

1. Masak agar-agar dengan air hingga agar-agar larut...masuk gula...kacau rata.
2. Masuk jus pandan...kacau2...sedikit pewarna hijau...kacau lagi.
3. Pecah telur dalam santan, kacau sebati...guna whisk.
4. Tuang terus dalam periuk agar-agar tadi.
5. Masuk sedikit esen vanilla dan garam...kacau sekejap.
6. Biar agar-agar tu mendidih menbuak, kacau rata dan tutupapi.
7. Tuang dalam loyang, biarkan sejuk.
8. Sejukkan dalam peti sejuk.

Kredit: dapur_kakzura

 Pasta Udang Tomato Berkrim

Pasta Udang Tomato Berkrim

150g pasta
15 ekor udang
3 ulas bawang putih - cincang
3/4 tin 'chopped tomatoes'
100ml krim masakan
1 cawan baby spinach
3/4 sk dry thyme
air rebusan pasta secukupnya
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
keju parut parmesan secukupnya
sedikit garam
minyak

1. Didihkan air dengan sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Tapis dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk udang dan goreng hingga berubah warna.
3. Masuk chopped tomatoes, kacau sekejap...masukkan pula pasta, serbuk pati ikan bilis, dry thyme dan air rebusan pasta.
4. Kemudian masukkan krim masakan...gaul rata dan tutup api. Masukkan baby spinach, gaul rata sekali lagi dan hidang.
5. Tabur perutan keju parmesan semasa menghidang.

 Salad Radish dan TimunSalad Radish dan Timun

3 biji radish - hiris
1 batang timun Jepun - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
2 sb sour cream
serbuk lada hitam
garam

Masukkan radish, timun, daun bawang dan bawang merah ke dalam mangkuk. Masukkan pula sour cream, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.

Tuesday 18 May 2021

 Kuih Bakar

Kuih Bakar

3 cawan tepung gandum
3 cawan air pandan - blender 10 helai
2 cawan gula
3 sb butter - cairkan
2 kotak santan - campu air jadikan 3 cawan
1 sk garam halus
3 biji telur
1 sk air kapur
bijan - untuk tabur

1. Campurkan semua bahan dan tapis...sapu minyak pada acuan dan panaskan oven.
2. Tuang adunan ke dalam acuan dan tabur bijan.
3. Bakar 180℃ selama 50 minit.

Kredit: kakjumaa

 Grilled Fish with Potatoes and Salad

Grilled Fish with Potatoes and Salad
Ikan:
2 keping ikan dori - potong kecil
1 sb Moroccan seasoning
4-5 sb chilli oil
1/2 sk garam

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
2 biji kentang - potong kiub
1 sk serbuk cili
1/2 sk garam
3-4 sk minyak

Gaul kentang dengan serbuk cili, garam dan minyak. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill kentang hingga garing.

Salad:
1 mangkuk salad campuran
tomato
hirisan bawang merah
jus lemon
gula
garam
serbuk lada hitam
minyak zaitun - jika suka

Campur jus lemon dengan gula. Kacau hingga gula larut. Tuang dalam mangkuk berisi salad. Gaul. Perasa dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Jika suka, tuang sedikit minyak zaitun.

Hidang ikan bersama kentang dan salad.

 Nasi Goreng Daging

Nasi Goreng Daging
350g nasi
200g daging - hiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
2 biji telur - pukul
3 keping daun salad Romaine - hiris halus
1 sk serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan goreng daging hingga hampir empuk. Masuk bahan-bahan kisar dan tumis hingga wangi. Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan nasi. Gaul hingga betul-betul rata. Ketepikan nasi dan tuang telur. Kacau hingga telur tiga suku masak. Gaul nasi dengan telur. Masukkan pula daun salad dan gaul sekali lagi. Jangan terlalu lama nanti salad layu. Angkat dan hidang.

Thursday 13 May 2021

 Happy Eid Mubarak

Warm wishes to you and your family on Eid ul Fitr.

Wednesday 12 May 2021

 Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Bahan puding roti:
10 keping roti gardenia (potong empat segi)
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sk esen vanilla 
5 sb gula
Buah campur kering rendam dalam air panas sekejap - optional

1. Blend semua bahan kecuali roti.
2. Sapu butter setiap keping dan loyang.
3. Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi semua merresap.
4. Taburkan buah2 kering tadi.
5. Kukus 30 minit.

Sos kastard:
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sb tepung kastard
4½ sb gula

1. Campur tepung kastard dalam air, kacau rata.
2. Kemudian campur semua bahan masak atas api perlahan. Kacau2 sampai agak sedikit pekat. Siap!

Kredit: Nurul Shafira

Nasi Cendawan
Nasi Cendawan
150g beras - basuh dan toskan
130g isi ayam - potong kecil
50g cendawan shiitake segar - hiris kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 helai daun pandan
1/2 sk serbuk kunyit
1 sb stok pekat ayam
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan air
sedikit garam
1 sb mentega
minyak

1. Gaul ayam dengan sedikit garam. Ketepikan.
2. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Panaskan minyak bersama mentega. Tumis bahan-bahan kisar bersama-sama kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi.
3. Masuk ayam dan goreng sekejap. Masukkan pula cendawan. Gaul sekali lagi dan masukkan beras. Gaul rata. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk nasi. Kemudian masuk serbuk kunyit, susu cair, air, stok pekat ayam, daun pandan dan garam. Masak nasi seperti biasa.
4. Tabur sedikit bawang goreng dan daun bawang semasa menghidang.

Rendang Ayam Wangi

Rendang Ayam Wangi

500g ayam
Bahan kisar:
    1 biji bawang besar
    2 ulas bawang putih
    1" halia
    1 batang serai
    1" lengkuas
    1 ketul kecil kunyit hidup
    3 biji cili padi merah
    3 helai daun limau purut
rempah empat sekawan
1 sb serbuk rempah kari daging + sedikit air
1 sb cili kisar
1 batang serai - titik
1 helai daun kunyit - hiris
4 helai daun limau purut - hiris
1/4 kotak santan
1 sk pes asam jawa + sedikit air
1 sk kerisik
1/2 cawan air
garam
gula perang
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk bancuhan serbuk kari, cili boh, serai dan sambung menumis. Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya. Kecilkan api dan renih hingga ayam hampir masak. Masuk sedikit daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa, kerisik, garam, gula dan santan. Kacau perlahan-lahan. Angkat dan hidang. Tabur sedikit lagi daun kunyit.

 Salad Timun dan Radish

Salad Timun dan Radish

1 timun Jepun - hiris
2 radish merah - hiris
5 tomato ceri - belah dua
Romaine lettuce
1/4 biji bawang merah - hiris
80ml dadih asli
1 sk horseradish
sedikit serbuk lada hitam
garam

Masuk timun, radish, tomato ceri dan bawang merah ke dalam mangkuk. Masukkan pula dadih asli, horseradish, serbuk lada hitam dan garam. Gaul perlahan-lahan. Susun beberapa helai daun Romaine lettuce di atas pinggan diikuti dengan salad tadi. Hidang.

Friday 7 May 2021

 Bingka Susu

Bingka Susu

2 cawan tepung gandum
1 cawan Krimer Manis Pekat SAJI
2 cawan air
2 sdm mentega - cairkan
sedikit garam
2 biji telur
sedikit esen vanilla
sedikit minyak masak

1. Panaskan oven kepada suhu 160℃.
2. Campurkan semua bahan diatas kecuali minyak masak.
3. Lengserkan bekas pembakar dengan minyak masak.
4. Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam bekas pembakar.
5.Bakar didalam oven yang sudah dipanaskan dengan api atas bawah selama 50 minit.
6. Setelah masak, sejukkan seketika dan boleh dihidang.

Kredit: Mama Auni

 Sotong Goreng Cili Bersantan

Sotong Goreng Cili Bersantan

380g sotong
1/2 biji bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 batang serai - titik
1 biji cili merah - cincang
1 biji cili hijau - cincang
3 biji cili padi - cincang
1 tangkai daun ketumbar
6-7 helai daun limau purut - hiris
100ml santan kotak
1 sb sos tiram
2 sb sos ikan
5 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
minyak

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong hingga airnya kering. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi. Masuk sotong dan gaul sebati. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, daun limau purut, jus limau kasturi, cili padi, cili merah, cili hijau dan garam. Akhir sekali, masuk santan dan daun ketumbar. Gaul rata, angkat dan hidang.
Kailan Goreng Bersama Daging dan Halia
Kailan Goreng Bersama Daging dan Halia
2 pokok kailan - hiris
130g daging - hiris
5 ulas bawang putih - cincang
2" halia - hiris
11/2 sb sos tiram
2 sb sos soya cair
sedikit air
minyak

Perap daging dengan sos soya cair. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan batang kailan, sos tiram dan air. Goreng sekejap dan masukkan pula daun kailan. Goreng hingga sayur masak dan daging empuk.

Saturday 1 May 2021

Biskut Cornflakes Rangup 

Biskut Cornflakes Rangup
1¼ cawan marjerin
1 cawan gula aising
1 sk esen vanilla
2¾ cawan tepung kek Blue Key
1 cawan cornflakes - dikisar halus
cornflakes - diramas kasar untuk digaul nanti
ceri merah - untuk hiasan

1. Pukul marjerin dan gula sekajap.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul rata (tak perlu lama).
3. Masukkan cornflakes halus dan gaul.
4. Masuk tepung sikit-sikit hingga jadi doh yang agak lembut.
5. Ambik sedikit doh, ikut sebesar mana nak, gaul dalam cornflakes diramas kasar. (Biskut ni akan kembang sikit jadi doh tak boleh besar sangat).
6. Susun atas tray, hias dengan ceri merah. bakar pada suhu 160℃ selama 20-25 minit atau hingga rangup.

Kredit: Noriza Jaja

 Ikan Bilis Goreng Taucu

Ikan Bilis Goreng Taucu

40g ikan bilis (yang sudah dibersihkan)
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 keping tauhu rumpailaut - potong kecil
11/2 sb taucu kuning + sedikit air
minyak

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak (guna minyak baru), tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk taucu dan kacau. tambah air jika kering. Masuk tauhu dan gaul perlahan-lahan (tauhu tak perlu digoreng sebab tauhu dah bergoreng).
3. Akhir sekali, masuk ikan bilis, cili merah dan hijau. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

 Bayam Goreng Sos Abalone-Scallop

Bayam Goreng Sos Abalone-Scallop

1 ikat bayam - potong
1 keping tauhu rumpailaut - potong kecil
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
11/2 sb sos abalone-scallop
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk bayam dan goreng...masukkan pula tauhu rumpailaut, sos abalone-scallop dan sedikit air. Tambah garam jika perlu. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.