Saturday 27 April 2019

Pasta Tuna
Pasta Tuna
1 mug pasta
1 tin tuna dalam minyak zaitun
5 biji bawang putih
7 biji tomato ceri
3 tangkai daun parsli
1 batang daun bawang
2 paket chilli flakes
1/2 kiub pati ikan bilis
jus dari 1 biji limau kasturi
1/2 cawan air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Rebus pasta dalam air bercampur garam hingga kenyal. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masukkan tuna dan gaul tapi jangan sampai tuna hancur. Kemudian masukkan pasta, hirisan daun bawang, chilli flakes, garam dan pati ikan bilis. Masuk air rebusan pasta jika kering. Akhir sekali, masukkan jus limau kasturi, daun parsli dan tomato ceri. Gaul rata, angkat dan hidang.
Salad Greek

Salad Greek
1 paket salad campuran
7 biji tomato ceri Roma - belah dua
1/2 biji lada benggala kuning - potong dadu
1/2 biji lada benggala merah - potong dadu
7 biji buah zaitun hitam - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
1/4 biji timun - hiris
1/4 biji lobak merah - potong batang mancis
sedikit keju feta
1 biji buah lemon - jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak zaitun

Di dalam mangkuk besar, masukkan salad campuran, tomato ceri, lada benggala merah dan kuning, buah zaitun, bawang merah, timun dan lobak merah. Kemudian masukkan jus lemon, garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun. Gaul perlahan-perlahan. Pecah-pecahkan keju feta dan tabur atas salad. Hidang.
Ayam dan Cendawan Berkrim
Ayam dan Cendawan Berkrim
4 keping isi ayam
5 biji cendawan - hiris
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai daun parsli - hiris
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan krim
1/2 sb stok pekat ayam
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Gaul isi ayam dengan garam dan lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng ayam tadi, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk cendawan dan goreng hingga lembut. Kemudian masukkan susu segar, krim, stok pekat ayam, garam dan ayam tadi. Gaul rata, biar 2-3 minit atau hingga ayam betul-betul masak. Tabur daun parsli, gaul rata, angkat dan hidang.

Monday 22 April 2019

Nasi Masak Udang Kering
Nasi Masak Udang Kering
11/2 cawan beras
3 keping isi ayam - potong
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
5 keping endawan kering - rendam
2 sb udang kering
1 keping ikan masin - potong
3 sb soya sos cair
1 sb sos tiram
1 batang daun bawang - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk ayam, udang kering dan cendawan yang telah dihiris. Masuk ke dalam beras. Masuk juga soya sos cair, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah. Tuang ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

Bila nasi masak, masukkan ikan masin tadi dan tabur daun bawang semasa menghidang.
Kacang Panjang Goreng Bersama Buah Berangan
Kacang Panjang Goreng Bersama Buah Berangan

8 batang kacang panjang
5 biji buah berangan
5 ulas bawang putih - cincang
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Potong kacang panjang dalam 2" panjang dan hiris buah berangan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk kacang panjang dan buah berangan. Goreng hingga kedua-dua sayur masak. Masukkan garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Telur Dadar dengan Kentang

Telur Dadar dengan Kentang
2 biji telur - pukul
2 biji kentang - hiris batang mancis
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sk garam masala
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Masukkan bawang-bawang dan cili hijau. Goreng hingga wangi.

Masukkan pula rempah-rempah dan garam. Gaul rata. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan tutup periuk 2-3 minit. Terbalikkan telur dan biar dalam 2 minit lagi atau hingga bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Tuesday 16 April 2019

Pasta Salmon Bersama Krim dan Dill
Pasta Salmon Bersama Krim dan Dill

200g pasta
1 batang leek - hiris
1 tin salmon dalam minyak zaitun
5 biji cendawan butang - potong kecil
2 paket chilli flakes
11/2 sk 'whole grain mustard'
1 kiub pati ikan bilis
1/2 cawan krim
1/4 cawan susu segar
3 tangkai dill
1/2 sk garam

Panaskan kuali tanpa minyak. Bila kuali dah panas, masukkan salmon dengan minyaknya sekali. Kemudian masukkan leek dan cendawan. Goreng. Bila sayur-sayur dah lembut, masukkan pula pasta, chilli flakes, mustard, kiub pati ikan bilis, garam, krim dan susu segar. Gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan dill. Gaul sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Salad Pasta Bowtie (1)
Salad Pasta Bowtie (2)
1 mug pasta bowtie
2 batang sosej lada hitam - hiris
1/2 biji bawang merah
5 biji buah zaitun - hiris
1/2 batang seleri - hiris
2" lobak merah - potong batang mancis
1 tangkai daun parsli
1 paket French dressing
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Rebus pasta di dalam air yang bercampur sedikit garam. Bila pasta kenyal, angkat dan toskan airnya. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng sosej hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Di dalam mangkuk besar, campur pasta, sosej, bawang merah, buah zaitun, seleri dan lobak merah. Masukkan pula dressing, daun parsli, garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak menggoreng sosej tadi. Gaul rata dan hidang.
Sauteed Cucumber with Dill

Sauteed Cucumber with Dill
1 Japanese cucumber
1 sprig dill
a pinch of salt
a pinch of white pepper
2 tbsp olive oil

Slice cucumber thinly.

Heat olive oil and fry cucumber. Add salt and white pepper. Remove from heat. Sprinkle with chopped dill. Serve.

Thursday 11 April 2019

Nescafe Tarik
Nescafe Tarik
3/4 sk serbuk Nescafe
1 gelas air panas
3 sk susu pekat

Masukkan serbuk Nescafe ke dalam gelas. Tuang air panas dan kacau. Masukkan susu pekat dan kacau hingga sebati.

Untuk 'tarik' Nescafe ni, guna kole atau mangkuk yang besar dari gelas. Tarik tinggi-tinggi, kalau nak banyak buih, tarik banyak kali. Kemudian tuang dalam gelas dan hidang.
Sambal Sotong Bersantan

Sambal Sotong Bersantan
10 ekor sotong saiz sederhana
5 biji fishball - belah dua
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2" halia - hiris halus
1 batang serai - titik
3 sb cili boh
2 cawan air
1/2 kotak santan
3 tangkai daun ketumbar
1 asam keping
1/2 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng sotong supaya airnya keluar. Bila airnya dah kering, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau hingga cili masak. Jika kering, masukkan air. Kemudian masukkan sotong, fishball, asam keping dan separuh daun ketumbar. Tambah air jika perlu. Akhir sekali, masukkan santan, baki daun ketumbar dan perasakan dengan garam dan gula. Bila semua bahan-bahan dah sebati, angkat dan hidang.
Sup Bebola Ayam
Sup Bebola Ayam
Bahan-bahan untuk bebola ayam:
250g ayam cincang
3" lobak merah
1 batang daun bawang
1/2" halia
2 ulas bawang putih
1 sb sos ikan
1 sb soya sos cair
1 biji telur - putihnya saja
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
3 sb tepung gandum

Kisar lobak merah, daun bawang, halia dan bawang putih hingga hancur. Gaul bersama ayam cincang, sos ikan, soya sos cair, garam, serbuk lada sulah dan tepung. Bila dah sebati, bentukkan bulat-bulat. Panaskan minyak dan goreng hingga sedikit kuning. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk sup:
3 cawan air
1 sb stok pekat ayam
1" lobak merah - hiris
3 kelopak kobis - hiris
3 sb cendawan hiris - rendam
garam

Didihkan air. Masukkan bebola ayam tadi, stok pekat ayam, lobak merah, kobis dan garam. Bila bebola ayam dah betul-betul masak, masukkan cendawan hiris. Biar dalam 2 minit, kemudian angkat dan hidang.

Saturday 6 April 2019

Fish in Black Bean Sauce
Fish in Black Bean Sauce
2 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris batang mancis
2 biji cili hijau - hiris menyerong
2 sk pes cili Thai
2 sb black bean sauce
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
sedikit air
minyak

Perap ikan dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng ikan tadi, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk black bean sauce, pes cili, sedikit air dan kacau. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, cili hijau, garam dan gaul rata. Tuang atas ikan. Angkat dan hidang.
Bayam Masak Lemak
Bayam Masak Lemak
1 ikat bayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1/2 kiub pati ikan bilis
1/2 kotak santan
2 cawan air
1/2 sk garam

Didihkan air bersama bawang-bawang dan pati ikan bilis. Bila air mendidih, masuk santan, bayam dan garam. Bila sayur dah masak, masuk cili merah. Biar 1-2 minit. Angkat dan hidang.
Telur Goreng Masala
Telur Goreng Masala
3 biji telur
1 biji bawang besar - hiris
1 sk serbuk cili
1/4 sk serbuk kunyit
3 biji cili hijau - hiris memanjang
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit garam
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi. Kemudian masuk cili hijau dan kacau. Bila bawang dan cili dah lembut dan wangi, masukkan serbuk cili dan serbuk kunyit. Kacau. Tambah sedikit air jika kering.

Pecahkan telur di dalam mangkuk (jangan pukul telur). Tuang telur dan tabur daun ketumbar. Balik- balikkan telur tapi jangan sampai hancur. Bila telur dah masak, bolehlah angkat dan hidang.

Monday 1 April 2019

Sup Mee Ramen
Sup Mee Ramen
1 paket mee ramen segar
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - hiris
100g daging
1 pokok sawi bunga - potong
2" lobak merah - hiris
3 keping cendawan tiram
1 keping fishcake - hiris
7 biji fishball - belah dua
1 kiub pati daging
3 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Bilas mee ramen dengan air. Toskan.

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging dan kacau. Kemudian masukkan air dan biar hingga air mendidih.

Bila air mendidih, masuk fishball, fishcake, kiub pati daging, serbuk lada sulah, lobak merah dan garam. Biar sekejap, kemudian masukkan pula sawi bunga, mee ramen dan biar hingga kedua-duanya lembut. Bolehlah angkat dan hidang.
Amah's Oyster Fried Chicken
Amah's Oyster Fried Chicken
1/2 ekor ayam
2 sb sos tiram
3 sb tepung beras
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit lada sulah

Perap ayam dengan sos tiram, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah selama 1 jam. Bila nak goreng, gaul dengan tepung beras dan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan toskan. Hidang.
Salad Potong
Salad Potong
1 batang timun - hiris
1 batang lobak merah - hiris
3 biji tomato - potong enam

Hidang bersama salad dressing kegemaran anda atau dengan sambal belacan ataupun hidang begitu saja.