Wednesday 30 December 2015

Ayam Kung Po
Ayam Kung Po
400g isi ayam - potong kecil
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
3 biji cili padi - hiris
1/2 biji lada benggala hijau - hiris
1 paket sos Gong Bao
100ml air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang, cili padi dan halia hingga naik bau. Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit. Masukkan pula sos Gong Bao, lada benggala hijau dan sedikit air. Kacau dan biar selama 10 minit atau hingga ayam masak. Tutup api dan angkat.
Asam Pedas Watie
Asam Pedas Watie
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 paket cili boh
1 sb serbuk kurma
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum
7 biji okra
3 sb asam jawa
3 cawan air
1 sk gula
sedikit garam

Kisar bawang besar dan bawang putih. Gaul dengan cili boh. Ketepikan. Gaul asam jawa bersama 1 cawan air dan tapis. Ketepikan juga.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar yang dicampur dengan cili boh hingga pecah minyak. Masuk serbuk kurma, air asam jawa, daun kesum dan bunga kantan. Bila mendidih, masukkan ayam dan tambah air. Gaul rata. Bila ayam hampir masak, masukkan okra dan perasakan kuah dengan garam. Biar beberapa minit sebelum dihidangkan.

Tuesday 22 December 2015

Christmas Greetings from Kuala Lumpur

Wishing Merry Christmas to those who are celebrating and Happy Holidays to all. Just want to share a beautiful picture of Poinsettia taken in Singapore during my recent trip to the island.


Steamboat

Steamboat lunch back in hometown, Kluang, Johor after a hectic, 4-day trip to Singapore. Universal Studio, Gardens by the Bay and the Sea Aquarium, are some of the must-see places for those heading there. A nice lunch at home before returning to Kuala Lumpur.






Steamboat

Ingredients:
Beef fillet
Chicken fillet
Squid
Prawns
Fishball
Fishcake
Cauliflower
Broccoli
Kangkung
Japanese mustard
Oyster mushroom
Angel hair noodles

Broth:
Chicken carcass
Onion
Celery
Carrot

Dipping sauce:
10 red chillies
2 roasted garlic
2 tsp sugar
salt


Preparation for steamboat ingredients:
Cut cauliflower and broccoli into florets. Cut the ends of both kangkong and Japanese mustard, then chop both vegetables in half. Place them in platters.

Slice beef and chicken into thin slices. Clean squid and peel the prawn shell but leave the tails intact. Cut fishball in half and fishcake into 1/2" thick. Leave oyster mushroom whole. Place these ingredients in individual containers.

Soak noodles in water for half an hour. Then blanch in hot boiling water for a few minutes. Drain and set aside in a container.


Preparation for stock:
Place chicken carcass in a stockpot with water, whole onion, carrots and celery sticks. Let it boil gently for 1 hour. Then strain the broth and place it in another pot.


Preparation for dipping sauce:
Put red chillies, roasted garlic and some water in a blender. Instead of water, you can substitute it with some chicken stock for a richer flavor. Blend well. 

Heat a tiny amount of oil in a pan. Pour the chilly mixture into the pan and saute it for a few minutes. Add some sugar and salt to balance out the heat of chillies. Then transfer into a bowl.


To serve:
Place the electric cooker in the center of the table. Reheat stock and let it simmer. Choose you own meat, seafood and vegetables to cook in the simmering stock. Add noodles and let it cook slightly again before placing it in a bowl with broth. Serve with dipping sauce.
Peria Goreng Telur
Peria Goreng Telur
1 biji peria katak
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang cili merah - hiris
1 biji telur - pukul
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak untuk menumis

Hiris peria nipis-nipis. Gaul dengan sedikit garam dan ketepikan selama lebih kurang 15 minit supaya air pahit dari peria keluar. Kemudian bilas peria dan toskan.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan peria dan kacau beberapa minit. Kemudian masukkan cili merah dan telur. Kacau supaya peria disaluti telur. Akhir sekali, masukkan serbuk perasa dan garam. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Pasta Tomato Cendawan
Pasta Tomato Cendawan
1 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tin sos tomato cendawan
170g pasta vegeroni
4 cawan air
4 cendawan butang besar
3/4 sk Mixed Herbs
2 sk gula
1/2 sk garam
daun selasih
minyak zaitun

Bawang besar dan bawang putih didadu halus. Cendawan butang dibelah dua dan dihiris kecil-kecil.

Panaskan kuali dengan minyak zaitun. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan daging kisar dan kacau beberapa minit. Kemudian masukkan sos tomato cendawan. Gaul rata dalam 3 minit dan masukkan air. Kacau dan biar mendidih.

Bila mendidih, masukkan pasta. Balik-balikkan bahan-bahan dalam kuali ini. Masukkan gula, garam dan Mixed Herbs. Kecilkan api dan biar sehingga pasta lembut. Bila pasta hampir lembut, masukkan cendawan dan gaul. Tutup api. Akhir sekali, barulah dimasukkan daun selasih dan gaul rata.

Sunday 20 December 2015

Green Salad with Apple
Green Salad with Apple
Red and green frills mustard leaf
Red veined sorrel
Crisp lettuce
Radicchio
Snow pea shoot
Mizuna
Cherry tomatoes
Red onion
Green bell pepper
Red apple
Olive oil
Apple cider vinegar
Black pepper
Sugar
Salt

Tear salad into bite-sized pieces. Halve cherry tomatoes. Slice red onion, red apple and green bell pepper.

For the dressing, combine olive oil, apple cider vinegar, white pepper, sugar and some salt. Whisk the ingredients until blended. You may also substitute sugar with honey if you like.

In a bowl, toss the salad with cherry tomatoes, red onion, red apple and green bell pepper. Drizzle apple cider vinegar vinaigrette over salad. Toss to combine.
Mee Goreng
Mee Goreng
500g mee kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
50g daging
10 ekor udang saiz kecil
3 batang sawi bunga
6 keping cendawan tiram
7 biji fishball
1/2 batang fishcake
1 sb cili boh
3 sb kicap lemak manis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Daging dihiris nipis. Udang dibuang kulit dan dibersihkan. Tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya sahaja.

Bawang besar dan bawang putih didadu kecil. Koyak-koyakkan cendawan tiram. Fishball dibelah dua dan fishcake dihiris-dihiris.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan gaul sebentar. Bila daging dah empuk, masukkan pula udang, fishball dan fishcake. Gaul semua bahan-bahan ini. Bila hampir masak, masukkan mee kuning, kicap lemak manis dan sedikit garam. Akhir sekali, masukkan sawi bunga dan balik-balikkan sehingga sayur masak. Sedia untuk dihidangkan.

Friday 18 December 2015

Garden Salad with Calamansi Dressing

Calamansi lime or locally known as limau kasturi, is widely available in Malaysia and other Southeast Asian countries like Singapore, Thailand, Indonesia and the Philippines. It's commonly paired with sambal belacan, a condiment that is popular in the Malay cuisine. Makes a nice substitute for lemon juice in salad dressing. The use of calamansi lime calls for some sugar as it tends to be more tart than lemon juice.

Garden Salad with Calamansi Dressing

Red and green frills mustard leaf
Red veined sorrel
Crisp lettuce
Radicchio
Snow pea shoot
Mizuna
Cherry tomatoes
Red onion
6 calamansi limes
salt
sugar
black pepper
olive oil

Place the assortment of salad in a bowl. Top with the remaining salad ingredients like halved cherry tomatoes and sliced onion.

In another bowl, squeeze calamansi limes. Combine it with salt, sugar, black pepper and olive oil. Drizzle over salad and give it a good toss.

Tuesday 15 December 2015

Scrambled Eggs with Potatoes and Hotdog
Scrambled Eggs with Potatoes and Hotdog
4 eggs
2 black pepper hotdog
2 medium-sized potatoes
1/2 tsp dried rosemary
1/2 tsp dried thyme
a dash of salt
chopped parsley-garnish

Crack some eggs into a bowl. Whisk them and set aside.

Boil potatoes until they are partially cooked. Drain the water, let them cool down, remove the skin and cut into cubes. 

Slice hotdog into 1" thick and set aside.

Heat oil in a frying pan. Saute the hotdog slices until they are brown. Set them aside. Then saute the potatoes until they are golden brown. Add the hotdog slices and pour the eggs into the pan and let it sit for a few seconds. Then stir the eggs together with the pototoes and hotdog slices until they are well mixed. Sprinkle some dried rosemary, dried thyme and a dash of salt. Continue cooking until the eggs are as soft or as firm as you like them.

Transfer the eggs, hotdog and potatoes to a plate. Rough chop some parsley and sprinkle on top.
Nasi Goreng Ayam
Nasi Goreng Ayam

1 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 batang cili merah
4 biji cili padi
2 potong isi ayam
1 biji telur
2 helai daun kobis
2 sb kicap masin
3 sb kicap manis
garam
lada sulah
minyak untuk menumis

Isi
ayam dipotong kecil-kecil dan perapkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.

Bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi dikisar. Potong kobis kecil-kecil.

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul telur. Panaskan sedikit minyak dan scramble telur. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam separuh masak. Kemudian masukkan nasi dan gaul nasi hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masukkan pula kobis, kicap masin, kicap manis dan garam. Akhir sekali, masukkan telur dan gaul sekali lagi.

Bolehlah dihidangkan.

Wednesday 2 December 2015

Sotong Goreng Kunyit
Sotong Goreng Kunyit
10 ekor sotong
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1 batang cili merah
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
minyak untuk menumis

Sotong dibersihkan dan dipotong bulat. Basuh dan toskan. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah di hiris.

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong sekejap supaya air sotong keluar. Kemudian angkat dan ketepikan sotong. Gaul sotong dengan sedikit serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan sotong tadi dan goreng lagi. Jika kering, masuk sedikit air. Masukkan juga serbuk kunyit dan sedikit garam. Bila sotong dah masak, masukkan cili merah. Gaul rata dan hidang.
Sambal Ayam
Sambal Ayam
1/2 ekor ayam
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
1/2 biji bawang kuning
5 sb cili boh
1 keping asam keping
1 sk gula
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Ayam dipotong-potong dan diperap dengan sedikit garam dan lada sulah selama 1/2 jam. Bawang merah, bawang putih, halia dan bawang kuning dihiris.

Panaskan minyak. Goreng ayam hingga kuning keemasan, kemudian angkat, tos dan ketepikan sebentar. 

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis lagi hingga cili masak. Masuk sedikit air jika tumisan cili jadi kering. Masukkan juga gula, garam dan asam keping. Bila cili dah betul-betul masak, masukkan ayam dan bawang kuning dan gaul rata. Hidang.
Ayam Goreng Kunyit
Ayam Goreng Kunyit
300g isi ayam
1 sb serbuk kunyit
sedikit garam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang cili merah
1 sk sos ikan

Perap isi ayam dengan serbuk kunyit dan garam selama 1/2 jam. Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili merah.

Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar yang dihiris tadi bersama bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk isi ayam yang diperap tadi dan kacau rata. Kalau kering, masukkan air sedikit dan kacau lagi. Bila ayam dah masak, masuk baki bawang besar tadi, cili merah, sos ikan dan sedikit garam. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.