Sunday 29 April 2018

Nasi Goreng Sedap
Nasi Goreng Sedap
1 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 biji cili padi
segenggam ikan bilis
2 helai daun kobis
1/2 sk serbuk perasa Tesco
sedikit garam

minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi. Dengan menggunakan minyak menggoreng ikan bilis tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan nasi, kobis hiris dan gaul rata. Kemudian masukkan serbuk perasa Tesco, garam dan ikan bilis. Gaul rata sekali lagi, angkat dan hidang.
Telur Dadar Tom Yam
Telur Dadar Tom Yam
2 biji telur
1 sk pes tom yam
1/2 biji bawang merah
1 tangkai daun bawang
6 biji cendawan butang
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Hiris bawang merah. Kemudian potong daun bawang dalam 2" panjang. Cendawan pula dibelah dua.

Pukul telur, masukkan pes tom yam, daun bawang dan garam. Kacau rata.

Panaskan minyak, tumis bawang merah dan masukkan cendawan. Kacau hingga cendawan masak. Tuang bancuhan telur, bila bahagian bawah masak, terbalikkan dan biar sebelah lagi masak. Angkat dan hidang.
Sup Akar Teratai
Sup Akar Teratai
1/2 biji akar teratai
2" lobak merah
1/4 biji labu siam
5 biji cendawan Shitake
7 biji kurma merah
1 sb goji berry
2 keping halia
4 cawan air
sedikit garam

Didihkan air dan masukkan akar teratai dan halia. Biar 10-15 minit, kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Biar lagi dalam 5-10 minit, bolehlah angkat dan hidang.

Wednesday 25 April 2018

Telur Pindang
Telur Pindang

Telur pindang amat popular dikalangan orang Melayu Johor sebagai hadiah kepada tetamu di majlis perkahwinan. Penyediaan telur pindang memakan masa yang agak panjang malah boleh mengambil masa beberapa hari. Biasanya telur ayam digunakan untuk menghasilkan telur pindang. Telur ayam mentah direbus dengan pelbagai herba dan rempah seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih dan juga bahan-bahan lain seperti kulit bawang, asam jawa, daun salam, daun jambu batu, serai dan lengkuas. Hasil rebusan menjadikan bahagian kulit telur berubah kepada warna coklat gelap manakala telur putih bertukar kepada warna coklat cair. Disebabkan telur pindang ini direbus begitu lama bersama pelbagai herba dan rempah ratus, ianya tahan lama dan jika disimpan di dalam peti sejuk ianya boleh kekal segar selama 10-14 hari.

Friday 20 April 2018

Laksa Johor
Laksa Johor
1kg ikan mata besar
300g ikan tenggiri
200g isi udang
1 paket udang kering
2 asam keping
1 sb asam jawa
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1" halia
1" lengkuas
2 batang serai
sedikit belacan
5 sb rempah kari ikan
2 biji kelapa - diambil santan
air secukupnya
sedikit kerisik
garam
gula
minyak untuk menumis

Rebus ikan mata besar, ikan tenggiri, udang dan asam keping. Bila ikan dah masak, buang tulang dan ambil isinya.

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, udang kering dan belacan hingga hancur. Lengkuas diketuk.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Masuk santan dan tambah air sikit-sikit. Kemudian masuk ikan, udang, air asam jawa dan perasakan dengan gula dan garam. Bila bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang bersama bahan-bahan di bawah.

Bahan-bahan sampingan:
cili merah - hiris
taugeh - celur
bawang besar - hiris nipis
daun selasih - hiris halus
daun kesum - hiris halus
timun - hiris nipis
limau kasturi - belah dua

Hidang laksa Johor bersama sambal belacan.
Agar-agar Teh Hijau
Agar-agar Teh Hijau

10g serbuk agar-agar
1 tin (390ml) susu cair
550 ml air
230g gula
1 sb serbuk teh hijau
1 biji telur
1 sk pewarna hijau
1 helai daun pandan

Campurkan serbuk agar-agar bersama air, daun pandan, gula dan susu cair. Didihkan dengan api kecil dan kacau hingga serbuk agar-agar larut. Bancuh serbuk teh hijau dengan sedikit bancuhan agar-agar dan kemudian tuang semula kedalam periuk. Pukul telur di dalam mangkuk, masukkan sedikit bancuhan agar-agar dan tuang ke dalam periuk. Kacau. Tutup api, keluarkan daun pandan dan ketepikan dalam 15 minit sambil kacau-kacau campuran tadi. 

Tuangkan kedalam acuan kegemaran. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

Friday 13 April 2018

Ayam Goreng Daun Kari
Ayam Goreng Daun Kari
7 ketul ayam
1" halia
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk kari daging
1/2 sk garam
1 sk kicap manis
1 tangkai daun kari
minyak untuk menggoreng

Tumbuk halia dan dapatkan airnya. Simpan juga halia yang telah ditumbuk tadi.

Perap ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari, garam, kicap manis, air halia dan halia tumbuk. Panaskan minyak dan goreng ayam bersama daun kari. Bila ayam garing, angkat dan hidang.
Kacang Botol Goreng
Kacang Botol Goreng
10 biji kacang botol
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan ikan bilis. Bila wangi, masukkan kacang botol yang telah dihiris  bersama sedikit garam. Goreng hingga kacang masak. Hidang.
Telur Hancur Goreng Timun
Telur Hancur Goreng Timun
2 biji telur
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 sb kicap masin
1/4 batang timun
minyak untuk menumis

Pecahkan telur dalam bekas. Pukul dan ketepikan.

Hiris bawang besar dan bawang putih. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan telur, kicap dan kacau hingga telur hancur. Hiris timun, buang biji dan masukkan ke dalam telur. Gaul rata dan hidang.

Sunday 8 April 2018

Italian Salad
Italian Salad
5 keping daun salad
4 biji telur
7 biji cherry tomato
1/2 biji bawang besar merah
Italian dressing
sedikit serbuk lada hitam

Basuh daun salad dan koyak-koyakkan. Letak dalam mangkuk. Rebus telur dan potong empat. Cherry tomato boleh dibelah dua atau dibiarkan begitu saja. Hiris bawang besar merah. Masukkan semua bahan-bahan ini ke dalam mangkuk salad. Tuang Italian dressing secukupnya dengan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.
Sandwich Tuna
Sandwich Tuna
1 bun croissant
1 tin tuna
2 sb mayonis
1/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit mentega
hirisan timun dan tomato

Gaul tuna bersama mayonis, mustard, garam dan lada sulah. Sapu mentega pada croissant. Letak tuna tadi dan ratakan atas croissant. Susun hirisan timun dan tomato atas tuna. Hidang.

Wednesday 4 April 2018

Nasi Goreng Rempah Kari
Nasi Goreng Rempah Kari
1 mangkuk nasi putih
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
2 batang hotdog
2 sb rempah kari daging
2 batang kacang panjang
1/2 sk serbuk perasa Tesco
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng hotdog hingga masak. Potong kecil-kecil dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih dan cili padi. Dengan menggunakan minyak menggoreng hotdog tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga wangi dan masukkan pula nasi, hotdog, kacang panjang yang dihiris dan gaul rata. Kemudian masukkan serbuk perasa Tesco dan garam. Gaul rata sekali lagi, angkat dan hidang.
Labu Siam Goreng Telur
Labu Siam Goreng Telur

1/2 biji labu siam
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Labu siam dibuang kulit dan hiris batang mancis.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan labu hingga goreng labu agak lembut. Masukkan garam dan telur yang telah dipukul. Kacau rata. Masukkan pula hirisan cili merah, kacau sekali lagi dan angkat. Hidang.
Daging Goreng Halia dengan Seleri
Daging Goreng Halia dengan Seleri
200g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 biji cili merah
2 batang seleri
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1 sk gula
sedikit air
minyak untuk menumis

Gaul daging dengan sedikit sos tiram. Ketepikan 1/2 jam.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga airnya kering. Kemudian masukkan minyak dan bila panas masukkan pula bawang-bawang dan halia yang telah dihiris. Jika kering, masukkan sedikit air.

Masukkan pula sos tiram, sos ikan, gula dan tambah sedikit air. Akhir sekali, masukkan seleri dan cili merah. Gaul rata dan hidang.