Sunday 28 February 2016

Sambal Udang ala Thai
Sambal Udang ala Thai
10 ekor udang saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 hiris halia
1 batang serai
3 sb cili boh
3 sb sos cili Thai
1 keping asam keping
6-7 helai daun limau purut
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Perap udang dengan garam dan lada sulah selama 1/2 jam. Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Serai diracik halus.

Panaskan minyak dan goreng udang sehingga warnanya bertukar kekuningan. Kemudian angkat, toskan minyak dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis pula bawang-bawang, halia dan serai hingga terbit aroma. Masuk cili boh dan kacau beberapa minit. Masukkan sedikit air jika cili kering. Kemudian masukkan sos cili Thai, asam keping, daun limau purut dan sedikit air. Kacau sehingga kesemua bahan-bahan sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tak perlu masukkan gula sebab sos cili Thai dah manis. Akhir sekali, masukkan udang yang telah digoreng tadi. Gaul dan hidang.

Friday 26 February 2016

Bihun Goreng Tom Yam
Bihun Goreng Tom Yam
1 keping bihun kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 biji cili merah
1 paket pes tom yam
1/4 sk stok ayam
sedikit air
1 keping fishcake
4 keping fillet ayam
10 ekor udang
2" lobak merah
1 pokok sawi Jepun
7 helai daun limau purut
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bihun direndam selama 1 jam dan kemudian dicelur. Tos dan ketepikan sebentar.

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dikisar dengan sedikit air. Cili merah pula dihiris. 

Ayam dipotong kecil-kecil dan fishcake dihiris. Lobak merah dipotong seperti batang mancis dan sawi Jepun dipotong tiga.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan pes tom yam dan tumis lagi hingga keluar minyak. Jika bahan-bahan tumis agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula ayam dan kacau seketika. Kemudian masukkan fish cake, udang, stok ayam dan daun limau purut. Kacau lagi hingga bahan-bahan tadi hampir masak. Akhir sekali, masukkan bihun yang telah direndam bersama sawi Jepun. Gaul rata dan masukkan juga cili merah. Gaul 2-3 kali, kemudian angkat dan hidang.
Bendi Goreng Udang Kering
Bendi Goreng Udang Kering
8 biji bendi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1 sb udang kering
1/2 sk garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bendi dipotong serong. Bawang besar, bawang putih, udang kering dan 1 biji cili merah dikisar. Satu lagi cili merah dihiris.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan bendi dan kacau rata. Jika kering, masukkan sedikit air. Bila bendi hampir masak, masukkan hirisan cili merah dan perasakan dengan garam. Hidang.

Wednesday 24 February 2016

Ayam Bbq Pedas

Ayam Bbq Pedas
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2" halia
1 batang serai
2 sb Sos Barbeku Pedas Knorr
1 sk garam
1 paket chilli flakes
1 biji kentang
1/2 biji lada benggala merah
sedikit daun sup atau daun ketumbar
minyak zaitun

Bawang besar, bawang putih, halia dan serai dikisar halus. Kentang dipotong empat. Lada benggala dihiris memanjang.

Perap ayam dengan bahan-bahan kisar, chilli flakes dan Sos Barbeku Pedas. Gaul sebati dan simpan didalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian keluarkan ayam dari peti sejuk dan biarkan dalam 1/2 jam. Masukkan garam dan minyak zaitun dan gaul rata.

Panaskan griddle pan dengan sedikit minyak zaitun dan grill ayam hingga masak, lebih kurang dalam 40 minit. Jika ayam kering, tuangkan sedikit minyak zaitun dan balik-balikkan ayam. Bila ayam dah masak, angkat dan letak dalam pinggan.

Gaul kentang dan lada benggala dengan baki perapan ayam. Kemudian grill kentang dan lada benggala hingga masak. Angkat dan letak bersama ayam yang telah digrill tadi. Tabur dengan sedikit hirisan daun sup semasa menghidang ayam.
Sawi Bunga Goreng
Sawi Bunga Goreng
1 ikat sawi bunga
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 keping fish cake - hiris
sedikit air
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan sawi bunga dan goreng. Masukkan sedikit air jika sayur kering. Kemudian masukkan pula fish cake, cili merah, serbuk perasa dan sedikit garam. Kacau sekejap dan hidang.

Monday 22 February 2016

Curry Leaves Butter Prawns
Curry Leaves Butter Prawns
500g udang saiz besar
3 ulas bawang putih - cincang halus
5 biji cili padi - cincang halus
10 helai daun kari
1 sb mentega
2 biji telur - pukul
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak untuk menggoreng

Perap udang dengan sedikit garam dan lada sulah dalam 10 minit. Ketepikan.

Panaskan kuali dengan minyak. Masukkan udang dan goreng hingga udang bertukar warna kepada merah kekuningan. Angkat, tos dan ketepikan.

Dengan menggunakan kuali yang serupa, masukkan mentega dan biar panas sedikit. Kemudian masukkan bawang putih dan tumis. Bila dah wangi, masukkan pula cili padi dan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan daun kari, sedikit garam dan lada sulah. Kacau lagi dan masukkan pula udang tadi dan gaul rata. Tuang telur ke dalam kuali dan gaul bersama udang dan bahan-bahan lain hingga rata. Sedia untuk dihidangkan.

Friday 19 February 2016

Peria Goreng Ikan Bilis
Peria Goreng Ikan Bilis
1 biji peria katak
1 biji bawang - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili hijau - hiris
3 sb ikan bilis
1 biji telur - pukul
sedikit garam
minyak untuk menumis

Hiris peria nipis-nipis. Gaul dengan sedikit garam dan ketepikan selama lebih kurang 15 minit supaya air pahit dari peria keluar. Kemudian bilas peria dan toskan.

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, kemudian angkat, tos dan ketepikan. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan peria dan kacau beberapa minit. Kemudian masukkan pula cili hijau dan telur. Kacau supaya peria disaluti telur. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan garam. Gaul rata dan hidang.
Sup Ayam Ringkas
Sup Ayam Ringkas
4 keping isi ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang kecil - hiris
1" halia - hiris
1 batang serai - ketuk
1/3 batang lobak merah
1 biji kentang
1 liter air
2 sb rempah sup
1/2 pokok daun sup
sedikit garam

Didihkan air bersama bawang besar, bawang putih, halia dan serai. Bila mendidih, masukkan isi ayam. Biar ayam direbus dalam 5 minit. Buangkan bahan-bahan kotor yang terapung dipermukaan sup. Ini membuatkan sup kita hanyir.

Masukkan lobak merah, kentang, rempah sup dan sedikit daun sup. Bila karot dan kentang empuk, perasakan dengan garam. Taburkan dengan hirisan daun sup bila hidang.

Tuesday 16 February 2016

Ketam Masak Lemak
Ketam Masak Lemak
3 ekor ketam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 batang serai
2 cawan air
1 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1/2 sb serbuk kunyit
1 paket kecil santan

Ketam dibersihkan. Bawang besar, bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar. Serai diketuk.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk bersama serai hingga naik bau. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masukkan daun kunyit, sedikit serbuk kunyit, garam dan asam keping. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan ketam dan biar 5 minit. Akhir sekali, masukkan santan. Kecilkan api dan kacau selalu supaya santan tidak pecah. Tutup api dan hidang.
Kangkung Goreng Belacan (1)
Kangkung Goreng Belacan (1)
1 ikat kangkung
2 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
11/2 sb belacan
2 sb ikan bilis
sedikit air 
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Kangkung dibasuh dan dipotong-potong. Ketepikan sekejap.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi, belacan dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk kangkung dan goreng sekejap. Masukkan sedikit air supaya sayur tidak terlalu kering. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday 13 February 2016

Ole-ole dari Melaka

Buah tangan dari Emy dan keluarga bila mereka ke sana minggu lepas. Belacan pun ada, home-made tempoyak dari kawan Baba Nyonya pun ada tapi belum saya gunakan lagi. Tqvm.


Dodol

Cakar Ayam

Pisang Salai

Daging Goreng Cili Sos Tiram
Daging Goreng Cili Sos Tiram
300g daging
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1/2 biji cili benggala merah - didadu kecil
4 sb sos tiram
1 sk chilli flakes
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit air
minyak untuk menumis

Daging diperap dengan 2 sb sos tiram, chilli flakes dan sedikit lada sulah selama 1/2 jam. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging dalam 10 minit hingga airnya kering. Kemudian barulah masukkan minyak dan juga bawang-bawang dan halia yang telah dihiris. Terus goreng daging sehingga bawang dan halia wangi dan layu. Masukkan pula cili benggala merah, sedikit air, garam dan baki sos tiram. Jangan goreng terlalu lama supaya cili benggala tidak menjadi terlalu lembik. Balik-balikkan berapa minit dan hidang.
Sup Sayur
Sup Sayur
1 ikat sawi Jepun
3" lobak merah
3" lobak putih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 cawan air
1 sk stok sayur 
sedikit garam
minyak untuk menumis

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Sawi Jepun dipotong-potong. Lobak merah dan lobak putih dipotong dua dan kemudian dihiris.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang-bawang hingga naik aroma. Masukkan air dan biar hingga air mendidih. Masukkan pula batang sawi Jepun diikuti dengan kedua-dua jenis lobak. Biarkan sayur masak dalam beberapa minit. Akhir sekali, masukkan daun sawi Jepun, garam dan stok sayur. Biar lagi dalam 2-3 minit, bolehlah padamkan api dan hidang.

Monday 8 February 2016

Kacang Botol Goreng Sos Pedas Korea
Kacang Botol Goreng Sos Pedas Korea

5 biji kacang botol
8 keping cendawan tiram
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
2 sb sos pedas kacang hitam Korea
sedikit air
minyak untuk menumis

Kacang botol dihiris lebih kurang 1/2". Cendawan tiram disiat-siat. 
Hiris bawang besar dan bawang putih.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga naik bau. Masukkan sos Korea dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan pula kacang botol dan goreng 1-2 minit. Masukkan sedikit air bersama cendawan tiram dan lada merah. Goreng 1-2 minit lagi dan bolehlah dihidangkan.
Udang Petai Tempoyak Bercili
Udang Petai Tempoyak Bercili

5 ekor udang saiz besar (atau 500g udang)
200g petai
2 sb tempoyak cili
2 helai daun kunyit
1 keping asam keping
125ml air
5 bawang besar
1 bawang putih
2 cm kunyit hidup
6 biji cili padi
2 biji cili merah
1 batang serai
1 sk gula
1/2 sk garam

Udang dibersihkan. Petai dibelah dua. Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, cili padi, cili merah dan serai.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk tempoyak, asam keping dan air. Kacau sebati dan biarkan mendidih.

Bila mendidih, masukkan petai, udang dan daun kunyit. Masak hingga pekat. Perasakan dengan gula dan garam.

Thursday 4 February 2016

Dadih Bandung Rose
Dadih Bandung Rose

1 kotak (90g) serbuk dadih perasa bandung rose
500 ml air
1 sk biji selasih

Rendam biji selasih didalam air panas hingga kembang. Tapis dan ketepikan.

Didihkan air didalam periuk. Bila air mendidih, masukkan serbuk dadih dan kacau hingga larut. Tutup api dan ketepikan periuk. Masukkan biji selasih tadi dan kacau hingga sekata. Tuang larutan dadih kedalam acuan kegemaran anda. Biarkan sebentar dan bila ianya tidak panas lagi barulah dimasukkan kedalam peti sejuk.
Kacang Panggang Dengan Telur
Kacang Panggang Dengan Telur
1 tin kacang panggang dalam sos tomato
2 ulas bawang putih
1 biji cili hijau
1 sk cili boh
2 biji telur
sedikit daun sup
sedikit garam
minyak masak

Hiris cili hijau dan daun sup.

Panaskan minyak. Goreng telur, kemudian angkat dan letakkan kedalam pinggan.

Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis bawang putih dan kemudian masukkan cili boh. Kacau sekejap dan masukkan pula kacang panggang. Biar beberapa minit sehingga kacang panas. Masukkan cili hijau dan garam.

Tuang kacang keatas telur dan tabur dengan hirisan daun sup. Enak dimakan dengan French bread.