Sunday 29 May 2016

Telur Scramble Dengan Tomato
Telur Scramble Dengan Tomato
3 biji telur
1 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Telur dipukul dan ketepikan. Tomato dipotong kecil.

Panaskan minyak. Tuang telur dan kacau supaya menjadi scramble. Sebelum ianya keras masukkan tomato dan sedikit garam. Kacau. Kemudian masukkan daun ketumbar dan gaul sekejap. Hidang.

Friday 27 May 2016

Kacang Panjang Goreng Telur
Kacang Panjang Goreng Telur

1 ikat kacang panjang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kacang panjang dihiris halus. Bawang besar dan bawang putih di hiris. Telur dipecahkan didalam mangkuk dan pukul.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan goreng hingga kacang separuh masak. Kemudian masukkan telur dan gaul rata bersama kacang panjang tadi. Masukkan sedikit garam dan cili merah. Gaul rata dan hidang.
Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari

7 ketul ikan pari
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
4 sb cili boh
1 keping asam
1 batang bunga kantan
1 biji terung
2 cawan air
sedikit ajinomoto
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Ikan dibasuh dengan air asam jawa untuk buang bau hanyir ikan.

Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Serai dititik. Terung dipotong memanjang dan kemudian dihiris menyerong dalam 1" tebal.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masuk air sikit-sikit supaya cili tak kering. Bila cili dah masak, masukkan asam keping, bunga kantan, garam, gula dan ajinomoto. Akhir sekali, masukkan ikan dan terung dan biarkan masak dalam 10 minit.

Sedia untuk dihidang.

Monday 23 May 2016

Bendi Goreng Ikan Bilis

Untuk mengelakkan bendi dari berlendir masa memasak selalunya saya rendam bendi ni dalam air yang bercampur dengan sedikit garam. Satu lagi petua ialah potong bendi bila kita dah hampir nak memasak. Jangan potong awal dan biarkan bendi tu dalam bekas. Cubalah dua petua ni untuk mengelakkan bendi berlendir semasa memasak.

Bendi Goreng Ikan Bilis

10 biji bendi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
4 biji cili padi
3 sb ikan bilis
sedikit kiub ikan bilis
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bendi dihiris menyerong dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi bersama sedikit air tetapi jangan terlalu hancur. Masukkan pula 1 sb ikan bilis dan kisar lagi. Jangan kisar terlalu hancur.

Panaskan minyak dan goreng baki ikan bilis hingga hampir garing. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis. Masuk garam, sedikit kiub ikan bilis dan sedikit air. Akhir sekali, masukkan bendi dan goreng dalam 5 minit. Hidang.
Ayam Masak Kicap
Ayam Masak Kicap
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2" halia
1 sb cili boh
2 biji kentang saiz kecil
4 sb kicap lemak manis Jalen
3 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis
sedikit daun ketumbar

Bawang besar, bawang putih dan halia dihiris. Kentang dipotong enam. Perap ayam dengan sedikit kicap dan biar lebih kurang dalam 1/2 jam.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan cili boh dan tumis sekejap. Masukkan pula ayam dan gaul bersama-sama bahan-bahan tumis. Kemudian masukkan satu cawan air dan renih selama 10 minit. Masukkan pula kicap lemak manis. Kacau dan biar lebih kurang 30 minit lagi. Akhir sekali, masukkan pula kentang, baki air dan sedikit garam. Biar hingga ayam masak.

Tabur dengan hirisan daun ketumbar dan masakan sedia untuk dihidang.

Thursday 19 May 2016

Mee Goreng
Mee Goreng
1 bungkus mee kuning
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 sb cili boh
100g daging
1 pokok sawi bunga
1 keping fishcake
5 biji fishball
3 sb kicap lemak manis Jalen
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Mee kuning dicelur dengan air panas dan ditoskan. Bawang besar dan bawang putih dikisar bersama sedikit air. Daging dipotong nipis, fishcake dihiris dan fishball dipotong dua. Cili merah dihiris untuk ditabur sebagai hiasan.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik aroma. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masukkan daging dan kacau beberapa minit. Masuk 1/4 cawan air dan biar beberapa minit lagi supaya daging empuk.

Kemudian masukkan fishball, fishcake dan kacau. Masukkan sayur diikuti dengan mee dan kacau hingga semua bahan-bahan rata. Akhir sekali, masukkan kicap lemak manis, garam dan sedikit air. Kacau beberapa minit lagi supaya semua bahan-bahan sebati dan rata.

Tabur dengan hirisan cili merah dan mee tadi sedia untuk dihidang.
Kacang Panjang Goreng Campur
Kacang Panjang Goreng Campur

1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
4 batang kacang panjang
2" lobak merah
2 biji fishball putih
2 biji fishball goreng
2 biji isi ketam bahagian penyepit
sedikit gula perang
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Bawang besar, bawang putih dan cili merah dihiris.

Kacang panjang dipotong 1". Lobak merah dipotong seperti batang mancis. Fishball putih dipotong 4, fishball goreng dipotong 2 dan isi ketam dipotong dua.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan kacau 2-3 minit. Kalau kering masukkan sedikit air. Kemudian masukkan pula lobak merah, fishball dan juga isi ketam. Kacau rata. Perasakan dengan gula perang dan garam. Akhir sekali, masukkan cili merah, gaul dan hidang.

Sunday 15 May 2016

Daging Kicap Daun Selasih
Daging Kicap Daun Selasih
200g daging
11/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
5 biji padi
1/2" halia
11/2 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1/2 sb sos soya pekat
10 helai daun selasih
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Daging dihiris dan diperap dengan 1/2 sb sos tiram. Ketepikan dalam 30 minit.

Kisar 1 biji bawang besar, bawang putih dan cili merah bersama sedikit air. Jangan kisar terlalu hancur. Halia dan baki 1/2 biji bawang besar dihiris. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar bersama halia hingga wangi. Kemudian masukkan daging dan goreng dalam 10-15 minit. Tambah air sikit-sikit supaya tak kering. Masukkan sos tiram, sos soya cair dan sos soya pekat. Kacau hingga sebati dan masukkan pula cili padi, bawang besar hiris dan perasakan dengan garam. Akhir sekali, masukkan daun selasih, kacau dan angkat.

Sedia untuk dihidang.
Nasi Lemak
Nasi Lemak
2 pot beras
2 hiris halia
1 batang serai
1 helai daun pandan
1 sk garam
1/2 biji kelapa

Beras dibasuh bersih dan toskan. Serai dititik dan daun pandan disimpul.

Kisar kelapa parut dengan air didalam blender. Kemudian perah kelapa untuk mendapatkan santannya. Masukkan kelapa yang telah diperah tadi, tambah air dan kisar lagi dan perah untuk mendapatkan santan yang kedua.

Masukkan santan kedalam periuk nasi diikuti dengan halia, serai, daun pandan dan garam. Kacau dan masak nasi seperti biasa.

Hidang nasi lemak dengan Sambal Ikan Bilis bersama telur rebus dan timun hiris. Kalau ada kacang goreng dan ikan bilis goreng bolehlah dihidangkan bersama.


Sambal Ikan Bilis
70g ikan bilis
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 sb cili boh
2 sk gula
1 keping asam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Kisar 11/2 biji bawang besar bersama bawang putih. Baki 1/2 biji bawang besar dihiris.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang bahan kisar dengan bawang hiris hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau lagi dalam 5 minit. Biar cili masak lebih kurang dalam 10 minit lagi. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping.

Akhir sekali, masukkan ikan bilis tadi. Kacau dan hidang.

Tuesday 10 May 2016

Bihun Goreng
Bihun Goreng
1 keping bihun
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 sb cili boh
100g daging
1 pokok sawi bunga
1 keping fishcake
5 biji fishball
3 sb kicap lemak manis Jalen
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Bihun dicelur dengan air panas dan ditoskan. Bawang besar dan bawang putih dikisar bersama sedikit air. Daging dipotong nipis, fishcake dihiris dan fishball dipotong dua. Cili merah dihiris untuk ditabur sebagai hiasan.

Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik aroma. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masukkan daging dan kacau beberapa minit. Masuk 1/4 cawan air dan biar beberapa minit lagi supaya daging empuk.

Kemudian masukkan fishball, fishcake dan kacau. Masukkan sayur diikuti dengan bihun dan kacau hingga semua bahan-bahan rata. Akhir sekali, masukkan kicap lemak manis, garam dan baki air. Kacau beberapa minit lagi supaya semua bahan-bahan sebati dan rata.

Tabur dengan hirisan cili merah dan bihun tadi sedia untuk dihidang.
Asam Pedas Ikan
Asam Pedas Ikan

3 ekor ikan cencaru saiz sederhana
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
4 sb cili boh
1 keping asam
3 tangkai daun kesum
5 biji bendir
2 cawan air
sedikit ajinomoto
sedikit garam
sedikit gula
minyak untuk menumis

Ikan dibersihkan. Basuh dengan air asam jawa untuk buang bau hanyir ikan.

Bawang besar dan bawang putih dikisar dengan sedikit air. Serai dititik. Bendir dipotong dua.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau sekejap. Masuk air sikit-sikit supaya cili tak kering. Bila cili dah masak, masukkan bendir, asam keping, daun kesum, garam, gula dan ajinomoto. Akhir sekali, masukkan ikan dan biar masak dalam 10 minit.

Sedia untuk dihidang.

Saturday 7 May 2016

Telur Dadar Sayur
Telur Dadar Sayur
3 biji telur
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 biji tomato
1/2 biji lada benggala hijau
2" lobak merah
4 floret broccoli
1/2 sk serbuk stok sayur
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Telur dipukul dan diketepikan. Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.

Tomato dan lada benggala dipotong dadu. Lobak merah dipotong batang mancis dan broccoli dipotong kecil.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan lada benggala, broccoli dan lobak merah, kacau beberapa minit dan masukkan pula tomato, serbuk stok sayur dan garam. Kacau hingga sayur-sayur hampir masak. Masukkan pula telur dan pastikan telur dan sayur rata didalam kuali. Kecilkan api. Bila bahagian bawah telur dah masak, terbalikkan telur dadar ni perlahan-lahan supaya tak pecah. Tunggu hingga bahagian ini masak pula. Bila bahagian ini dah masak, terbalikkan semula supaya bahagian sayur berada diatas. Angkat dan letak dalam pinggan. Hidang.
Nasi Goreng Ikan Masin
Nasi Goreng Ikan Masin
1 mangkuk nasi
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
3 biji cili padi
1 keping isi ikan masin kurau
4 batang kacang panjang
1 biji telur
11/2 sk sos ikan
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi.  Isi ikan masin kurau dipotong-potong. Kacang panjang juga dipotong halus.

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga hampir garing. Kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga naik bau. Masukkan pula kacang panjang dan kacau 3-4 minit. Pecahkan telur dalam mangkuk dan tuang ke dalam kuali dan kacau rata. Bila telur dah hampir masak, masukkan nasi dan balik-balikkan. Perasakan dengan sedikit garam dan sos ikan. Kacau nasi lebih kurang dalam 10 minit supaya semua bahan-bahan sebati.

Sedia untuk dihidang.

Tuesday 3 May 2016

Nai Pak Goreng Sos Tiram
Nai Pak Goreng Sos Tiram

1 paket sayur nai pak
5 ketul daging
1/2 bawang besar
1 ulas bawang putih
21/2 sb sos tiram
sedikit garam
sedikit air
1/2 sk minyak bijan
minyak untuk menumis

Daging dihiris nipis dan perap dengan 1/2 sb sos tiram. Ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan daging dan kacau hingga daging hampir masak. Kemudian masukkan sayur, sos tiram, air dan garam. Kacau beberapa minit dan masukkan minyak bijan. Gaul dan hidang.
Ikan Bilis Goreng Rempah Kari
Ikan Bilis Goreng Rempah Kari

1 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji kentang
3 tangkai daun kari ikan
2 sk rempah kari
1 sk biji sawi
minyak untuk menumis

Ikan bilis dibersihkan. Kemudian basuh dan tos. Panaskan sedikit minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Bawang besar dan bawang putih dihiris. Bancuh rempah kari dengan sedikit air sehingga menjadi pes. Kentang dibuang kulit dan dihiris nipis.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, biji sawi dan daun kari hingga wangi. Masukkan bancuhan rempah kari dan kacau hinga naik aroma. Kalau kering masukkan sedikit air. Kemudian masukkan kentang dan kacau dalam 10-15 minit. Tambah sedikit air jika perlu. Akhir sekali, masukkan ikan bilis. Gaul rata dan dihidang.