Saturday 28 July 2018

Sup Sayur Dengan Ayam
Sup Sayur Dengan Ayam
4 keping isi ayam
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2" halia
1" lobak merah
1/4 biji labu siam
5 keping cendawan Shitake
2 helai kobis panjang
1 sb Maggi stok pekat ayam
2 cawan air
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis

Potong ayam kecil-kecil dan perap dengan sedikit lada sulah. Ketepikan.

Rendam cendawan Shitake dan bila lembut potong dalam 2-3 hiris.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia yang telah dihiris. Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula air dan biar mendidih.

Bila mendidih, masukkan lobak merah, labu siam dan akhir sekali masukkan kobis panjang dan cendawan. Perasakan dengan garam dan stok ayam. Hidang.
Zucchini Goreng
Zucchini Goreng
3" zucchini hijau
3" zucchini kuning
1 biji tomato
1 batang seleri
2 tangkai daun thyme
1/4 biji bawang besar
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar hingga wangi. Masukkan zucchini hijau dan kuning. Kacau sekejap dan masukkan pula seleri, tomato, daun thyme dan garam. Gaul rata dan hidang.
Kari Daging Kisar
Kari Daging Kisar
1 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
rempah empat sekawan
3 sb serbuk kari
1 tangkai daun kari
2-3 cawan air
1 biji kentang
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, serai dan rempah empat sekawan hingga wangi. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masuk ke dalam kuali. Kacau hingga naik bau. Kemudian masukkan daging cincang, daun kari, sedikit air dan kentang yang dipotong enam. Biar hingga daging dan kentang masak. Perasakan dengan garam dan tambah air jika perlu. Hidang.

Sunday 22 July 2018

Sup Ayam Dengan Sayur Asin
Sup Ayam Dengan Sayur Asin
6 ketul ayam
2 ulas bawang putih
1" halia
2-3 helai sayur asin
1 biji tomato
1 keping tauhu
4 keping cendawan tiram
4 cawan air
sedikit garam

Rebus ayam dengan air dan sedikit garam. Buang sisa-sisa kotor yang terapung di atas air rebusan. Masuk bawang putih dan halia yang telah dihiris. Biar hingga ayam hampir masak.

Kemudian masukkan sayur asin, tauhu dan cendawan tiram. Akhir sekali, masukkan tomato dan sedikit garam. kacau dan hidang.
Asparagus Goreng Udang dan Lobak Merah
Asparagus Goreng Udang dan Lobak Merah

10 batang asparagus
10 ekor udang
2" lobak merah
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit lada sulah
minyak untuk menumis

Perap udang dengan sedikit garam dan lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang dan kacau. Kemudian masukkan asparagus, lobak merah dan sedikit garam. Gaul rata dan hidang.
Masak Lemak Daging Tetel
Masak Lemak Daging Tetel
500g daging tetel
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa
1 helai daun kunyit
1 batang rebung
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit ajinomoto

Ikan bilis boleh dikisar atau dibiarkan begitu sahaja. Rebus daging tetel hingga empuk. Ketepikan.

Masuk santan, ikan bilis, serbuk lada hitam dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Bila mendidih, masuk daging tetel, rebung, serbuk kunyit, garam, ajinomoto, cili merah dan daun kunyit. Bila rebung masak, angkat dan hidang.

Tuesday 17 July 2018

Tuna Curry Sandwich
Tuna Curry Sandwich
1 can tuna curry
1/4 onion, finely sliced
3 bird's eye chillies, finely sliced
1/2 baguette
1 tbsp butter
lettuce leaves
tomatoes
coriander leaves, chopped

Combine tuna curry, onion, bird's eye chillies and coriander leaves in a bowl. Set it aside.

Spread baguette with butter. Arrange lettuce leaves and spread tuna curry mixture on top. Put some sliced tomatoes and top with another baguette. Serve.
Salad Dengan Telur dan Sosej
Salad Dengan Telur dan Sosej
4 biji telur rebus
3 batang sosej
2 biji tomato
5 helai daun lettuce
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
5 biji cendawan butang
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
Kewpie Sesame Soy Sauce Dressing
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng sosej. Angkat dan potong-potong sosej dalam 1/2". Ketepikan. Goreng pula cendawan dan kemudian ketepikan juga.

Di dalam mangkuk yang besar, campur semua bahan-bahan termasuk sosej dan cendawan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Tuang dressing dan gaulkan kesemua bahan-bahan. Hidang.

Monday 9 July 2018

Mee Suah
Mee Suah
2 keping mee suah
2 ketul ayam
2 ulas bawang putih
4 hiris halia
4 -5 cawan air
1 batang lobak merah
4 keping cendawan shitake
1 batang daun ketumbar
1 pokok sawi Jepun
1 sk stok pekat ayam
sedikit garam

Rebus ayam dengan air dan sedikit garam hingga ayam empuk. Keluarkan ayam, biar sejuk dan carik-carik isinya. Ketepikan.

Didihkan sup ayam tadi. Masuk lobak merah, stok pekat ayam, cendawan, sawi Jepun dan garam. Bila sayur-sayur dah masak, masukkan mee suah dan daun ketumbar. Kacau sekejap dan hidang.
Tauhu Goreng Daun Bawang
Tauhu Goreng Daun Bawang
2 keping tauhu
1 batang daun bawang
4 keping cendawan Shitake
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji lada merah
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Kemudian tumis bawang-bawang hiris hingga wangi. Masukkan cendawan, daun bawang diikui dengan tauhu goreng tadi. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Akhir sekali, masukkan lada merah. Kacau dan hidang.
Brokoli Goreng Cendawan dan Fishcake
Brokoli Goreng Cendawan dan Fishcake

10 floret brokoli
10 batang cendawan
1 keping fishcake
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hiris hingga wangi. Masukkan brokoli diikuti dengan cendawan dan fishcake. Jika kering, masukkan sedikit air. Bila sayur dah masak, masukkan garam dan sedikit ajinomoto. Gaul rata, angkat dan hidang.

Tuesday 3 July 2018

Claypot Chicken Rice
Claypot Chicken Rice
2 cawan beras
7 ketul ayam
6 ketul kecil ikan masin
3 ulas bawang putih
1" halia
3 keping cendawan Shitake
2-3 sb stok pekat ayam
1 batang daun bawang
2 sb soya sos cair
1 sb soya sos pekat
1/2 sk minyak bijan
1 sb sos tiram
11/2 sk tepung jagung + sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
air secukupnya
minyak

Perap ayam dengan soya sos cair, soya sos pekat, sos tiram, bancuhan tepung jagung, lada sulah dan sedikit minyak.

Rendam cendawan Shitake hingga lembut. Hiris dan ketepikan.

Masukkan beras ke dalam periuk tanah dan tuang air secukupnya. Masukkan ayam dan sos perapannya, cendawan Shitake, stok pekat ayam, ikan masin dan bawang dan halia yang telah dicincang halus. Bila nasi dan ayam masak, tabur hirisan daun bawang. Hidang.
Sup Sayur Dengan Bebola Lobster
Sup Sayur Dengan Bebola Lobster
5 biji bebola lobster
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cawan air
4 helai kobis cina
5 keping cendawan Shitake
3" lobak merah
1/2 sk stok pekat ayam
1 batang daun ketumbar
sedikit garam

Rendam cendawan Shitake selama 10 minit. Bila lembut, potong 2-3 bahagian.

Didihkan air bersama bawang merah dan bawang putih. Bila air mendidih, masukkan lobak merah, cendawan dan bebola lobster. Selepas 1-2 minit, masukkan kobis cina, garam dan stok pekat ayam. Kacau. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Angkat dan hidang.