Saturday 25 August 2018

Kue Teow Goreng ala Thai
Kue Teow Goreng ala Thai
1 paket kue teow
12 ekor udang
100g daging
1 keping fishcake
1 batng daun bawang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 sk serbuk cili
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
11/2 sb sos tiram
2 sb soya sos cair
1 sk kacang soya
1/2 sk gula
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menumis

Perap daging dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dihiris. Masukkan daging diikuti dengan udang dan kacau hingga daging dan udang masak.

Kemudian masukan hirisan fishcake, air, stok pekat ayam, serbuk cili, bancuhan tepung jagung, sos tiram, kacang soya, soya sos cair, gula dan garam. Kacau rata dan masukkan kue teow dan daun bawang. Gaul rata. Kemudian angkat dan hidang.
Tauhu Goreng Daging Pedas
Tauhu Goreng Daging Pedas
2 keping tauhu
30g daging
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang daun bawang
2 biji cili padi
1/2 sk serbuk cili
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Potong tauhu dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Perap daging dengan serbuk cili, serbuk lada sulah dan garam.

Dengan baki minyak goreng tauhu tadi, tumis bawang-bawang yang dihiris hingga wangi. Masukkan daging dan goreng hingga daging masak. Bila daging dah masak, masukkan tauhu goreng tadi, daun bawang, cili padi dan sedikit garam. Gaul rata dan hidang.
Labu Siam dan Radish Goreng Telur
Labu Siam dan Radish Goreng Telur
1/2 biji labu siam
2" red radish
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji telur
sedikit garam
minyak untuk menumis

Labu siam di buang kulit dan di potong menyerong.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan labu dan red radish dan goreng hingga  kedua-dua sayur lembut. Masukkan garam dan telur yang telah dipukul. Kacau rata. Kemudian angkat dan hidang.

Sunday 19 August 2018

Beef Pastrami Sandwich
Beef Pastrami Sandwich
2 keping roti Bran & Wheatgerm
2-3 keping pastrami daging
1 helai daun salad Romaine
3 keping tomato
1 keping keju
1 sb mayonis

Sapu mayonis pada kedua-dua keping roti. Letak daun salad Romaine, pastrami daging, keju dan kepingan tomato. Ambil sekeping roti lagi dan letak di atas. Potong dua bentuk menyerong. Hidang.
Pasta Salad with Italian Dressing
Pasta Salad with Italian Dressing
1 cawan pasta Penne
1/2 biji bawang besar
2 batang sosej
2 batang daun bawang
1 keping pastrami daging
5 keping sundried tomato
2-3 sb Italian dressing
sedikit garam kosher
sedikit lada hitam
minyak masak

Rebus pasta di dalam air yang bercampur garam hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan goreng sosej dan pastrami daging. Potong sosej, carik-carikkan pastrami daging dan ketepikan kedua-duanya.

Ambil mangkuk dan campurkan kesemua bahan-bahan. Masukkan juga dalam 2 sb minyak goreng sosej tadi. Gaul kesemua bahan dan bolehlah dihidangkan.
Kentang Rebus Dengan Ayam
Kentang Rebus Dengan Ayam
2 biji kentang
1 batang daun bawang
1 ketul ayam yang telah direbus
3 cawan air
1/2 sb stok ayam pekat
sedikit garam
sedikit minyak

Hiris kentang dan rebus dalam air, stok ayam dan garam. Bila air kering, masukkan sedikit minyak. Bila minyak panas, masukkan ayam yang telah dicarik-carik. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan gaul rata. Kemudian angkat dan hidang.

Tuesday 14 August 2018

Ayam Masak Sos Tiram dan Labu Siam
Ayam Masak Sos Tiram dan Labu Siam
6 keping isi ayam
1/2 biji labu siam
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2" halia
2 sk sos tiram
1/2 cawan air
1 biji tomato
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hiris hingga wangi. Masuk ayam diikuti dengan tomato yang dipotong kecil-kecil. Bila ayam dah masak, masuk labu siam, sos tiram, air dan garam. Gaul rata dan hidang.
Kobis Goreng Dengan Ayam dan Rice Cake
Kobis Goreng Dengan Ayam dan Rice Cake

4 helai kobis
2 keping isi ayam
10 keping rice cake
1/2 bij bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 sk serbuk cili
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang yang telah dihiris hingga wangi. Masuk isi ayam, serbuk cili dan garam. Bila ayam dah masak, masuk kobis, daun bawang dan rice cakes dan gaul rata. Hidang.

Kalau rice cake keras selepas keluar dari peti sejuk, rendam sekejap dalam air suam.
Sayur Green Dragon Goreng Ayam
Sayur Green Dragon Goreng Ayam

1/2 paket sayur Green Dragon
2 ketul isi ayam
2 ulas bawang putih
1" halia
1/2 sk serbuk cili
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak untuk menumis

Perap ayam dengan serbuk cili, garam dan lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Bila ayam dah masak, masukkan sayur dan sedikit garam lagi. Gaul rata dan hidang.

Wednesday 8 August 2018

Ayam Masala
Ayam Masala
1 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sb garam masala
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1 biji tomato
2 sb pes tomato
1 sk stok ayam pekat
1 biji kentang
2 pokok daun ketumbar
3 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk garam masala, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam dan kacau.

Masuk ayam dan air. Gaul rata. Semasa ayam tengah masak, masukkan kentang, tomato, pes tomato, daun ketumbar, stok ayam dan garam. Biar sehingga ayam masak.

Tabur sedikit hirisan daun ketumbar semasa hidang.
Sayur Campur Goreng Sos Tiram
Sayur Campur Goreng Sos Tiram
4 helai kobis panjang
2" lobak merah
4 keping cendawan tiram
3 ulas bawang putih
11/2 cawan air
1 sb sos tiram
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan air dan biar mendidih. Bila air mendidih, masukkan kobis panjang, cendawan, lobak merah, sos tiram dan garam. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan hidang.
Terung Goreng Dengan Bawang Putih Bercili
Terung Goreng Dengan Bawang Putih Bercili
2 keping isi ayam
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji terung saiz sederhana
1 peket Lee Kum Kee Sauce for Spicy Garlic Eggplant
minyak untuk menumis

Panaskan minyak, goreng terung sekejap hingga hampir masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng sekejap. Kemudian masukkan sos Lee Kum Kee, terung dan gaul rata. Angkat dan hidang.

Friday 3 August 2018

Spaghetti Dengan Bebola Daging
Spaghetti Dengan Bebola Daging
100g spaghetti
12 biji bebola daging
3 ulas bawang putih
1 tin tomato cincang
1 helai daun bay
1 tangkai daun rosemary
10-12 biji cendawan butang
1/2 tin air
1/2 kiub pati lembu
1 sk gula
sedikit garam
minyak zaitun

Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga al dente.

Untuk kuahnya, panaskan minyak zaitun. Tumis hirisan bawang putih dan masukkan bebola daging, tomato, daun bay dan air. Biar sos masak. Akhir sekali, masukkan kiub pati lembu, cendawan butang, garam, gula dan daun rosemary. Hidang bersama spaghetti.
Omelet Telur Dengan Tomato, Cendawan dan Sosej
Omelet Telur Dengan Tomato, Cendawan dan Sosej
3 biji telur
8 biji cendawan butang (saiz kecil)
2 biji tomato (saiz kecil)
2 sosej
1 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
sedikit serbuk perasa
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng cendawan butang yang telah dihiris. masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau dan angkat. Potong tomato dan goreng seperti cendawan tadi. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula sosej.

Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul bersama sedikit garam. Panaskan minyak dan tuang telur. Kemudian terbalikkan telur dan biar bahagian ini masak pula. Angkat dan hidang bersama cendawan butang, tomato, sosej dan hirisan daun ketumbar.
Salad Kentang Dengan Cendawan dan Sosej
Salad Kentang Dengan Cendawan dan Sosej

4 biji kentang
2 batang sosej
1 biji bawang merah
3 sb yoghurt
2 sb mayonis
11/2 sk mustard
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar

Rebus kentang bersama sedikit garam. Bila kentang empuk, angkat dan biar sejuk. Potong dan masukkan kedalam mangkuk bersama sosej goreng, bawang merah hiris, serbuk lada hitam dan garam.

Campurkan yoghurt, mayonis dan mustard. Kacau. Masuk ke dalam campuran kentang dan kacau. Tabur daun ketumbar. Kacau sekali lagi dan hidang.