Thursday 27 August 2020

Keria Ball Manis (2)
Keria Ball Manis (2)
240g keledek ungu
50g tepung gandum
60g gula
4-5 sb santan kotak
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Kupas kulit keledek dan potong kecil-kecil. Kukus hingga lembut lebih kurang dalam 20 minit. Angkat dan masuk ke dalam bekas. Lecek keledek hingga hancur. Masuk tepung gandum, gula, garam dan santan. Gaul perlahan-lahan hingga menjadi doh. Ambil sedikit adunan dalam 20g dan bulat-bulatkan. Buat hingga adunan habis. Panaskan minyak, pasti minyak betul-betul panas dan masukkan bebola keria. Goreng hingga masak. Angkat dan hidang.
Mee Segera Goreng Thai
Mee Segera Goreng Thai
2 paket mee segera Thai
2 paket perencah
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 keping isi ayam - potong kecil
1 keping fish cake - hiris
5 biji fishball - belah dua
1 pokok bok choy - potong
3" lobak merah - potong batang mancis
sedikit air
minyak

Didihkan air dan rebus mee segera tiga suku masak. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga ayam bertukar warna. Masuk perencah dan kacau. Jika kering tambah sedikit air. Kemudian masukkan fish ball dan fish cake. Goreng sebentar dan masukkan sayur-sayur dan mee segera. Goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Bolehlah angkat dan hidang.
Sup Ayam Dengan Sour Plum
Sup Ayam Dengan Sour Plum
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
8 biji sour plum
1 sb stok pekat ayam
1 biji lobak merah - potong
5 biji cendawan Shitake - hiris
1 batang seleri - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
3 cawan air rebusan ayam
1 sk garam

Didihkan air rebusan ayam bersama ayam, bawang-bawang dan halia. Bila ayam separuh masak, masukkan lobak merah, sour plum, stok pekat ayam dan garam. Kecilkan api dan biar merenih. Bila ayam dah empuk, masukkan pula seleri dan cendawan. Biar beberapa minit, kemudian angkat dan hidang. Tabur hirisan daun ketumbar.
Lobak Putih dan Merah Goreng Udang Kering
Lobak Putih dan Merah Goreng Udang Kering
3" lobak putih
3" lobak merah
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sb sos tiram
3 sb udang kering
sedikit air
sedikit garam
minyak

Lobak merah dan putih dipotong batang mancis. Rendam udang kering 5 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang kering dan goreng sekejap. Masukkan pula lobak merah dan putih, sos tiram, garam dan sedikit air. Gaul rata, bila sayur-sayur dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.
Phad Kra Phao
Phad Kra Phao
6 keping ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
2 biji cili padi
4-5 floret brokoli
2 sb sos ikan
2 sb sos tiram
3 sb kicap manis pedas
sedikit air
1 sk gula
minyak

Perap ayam dengan 1 sb sos tiram selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam dan goreng dalam 2-3 minit. Tambah air jika kering. Masuk sos ikan, baki sos tiram dan kicap manis pedas. Bila semua sos dah sebati, masukkan pula brokoli dan perasakan dengan garam dan gula. Bila ayam dah masak, bolehlah angkat dan hidang.

Saturday 22 August 2020

Lempeng
Lempeng
1 cawan tepung
300ml air
secubit garam
1 sb minyak

Campur semua bahan-bahan. Jika mahu adunan lagi cair, tambah sedikit air lagi.

Panaskan kuali non-stick. Tuang dua sendok adunan dan ratakan. Guna api kecil. Bila bahagian bawah masak, terbalikkan dan biar bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang bersama sambal ikan bilis atau kuah kari ayam/daging.
Pasta Goreng Kicap
Pasta Goreng Kicap
11/2 mug pasta bowtie
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
15 ekor udang - potong kecil
1 keping fishcake - hiris
3" lobak merah - potong dadu
1/4 biji lada benggala merah - potong dadu
1/4 biji lada benggala kuning - potong dadu
1 tangkai daun bawang (jika ada)
1/2 kiub pati ikan bilis
1 sb cili boh
1 sb sos tiram
1 sb kicap
sedikit air
sedikit garam
minyak

Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis sekejap. Kemudian masukkan udang dan fishcake. Goreng sekejap dalam beberapa minit. Jika kering, masuk sedikit air. Masukkan pula pati ikan bilis, sos tiram, kicap dan sayur-sayur. Akhir sekali, masukkan pasta dan perasakan dengan garam. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.
Sotong Masak Kari Merah Thai
Sotong Masak Kari Merah Thai
2 ekor sotong rendam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
2 sb rempah kari merah
1/2 kotak santan
1 cawan air
1 sk sos ikan
1-2 biji limau kasturi - jusnya
1 tangkai daun ketumbar
minyak

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng sotong untuk keluarkan airnya. Bila air dah kering, angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk rempah kari merah dan kacau. Jika kering, tambah sedikit air. Kemudian masukkan sotong dan kecilkan api. Kacau sekali-sekala. Bila sotong dah masak, masukkan santan, sos ikan dan jus limau kasturi. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Goreng Belacan
Ayam Goreng Belacan
7 ketul drummet
1 sb serbuk belacan
1 sk sos tiram
1/2 sk sos ikan
1/2 sk gula
1 sk tepung jagung
4-5 sb tepung jagung - untuk salut
minyak

Perap ayam bersama serbuk belacan, sos tiram, sos ikan, gula dan 1 sk tepung jagung selama 30 minit. Kemudian golekkan ayam di dalam tepung jagung. Toskan lebihan tepung dan letakkan ayam tadi di atas pinggan selama 10 minit. Ini untuk memastikan tepung betul-betul melekat pada ayam. Jika kita terus goreng, ini akan menjadikan minyak kita kotor dengan tepung.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat dan hidang.
Bendi Goreng Belacan
Bendi Goreng Belacan
10 batang bendi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 sk serbuk belacan
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji telur - dipukul
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan serbuk belacan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk bendi dan goreng. Bila bendi separuh masak, masukkan telur dan gaul rata. Masukkan juga hirisan bawang besar, cili merah dan perasakan dengan garam. Bila semua bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang.

Friday 14 August 2020

Smoothie Pisang dan Buah Naga
Smoothie Pisang dan Buah Naga
1 biji pisang
1 biji buah naga merah
1 cawan susu
1 sk gula

Kisar semua bahan-bahan dalam blender. Tuang dalam gelas dan hidang.
Pasta Goreng Teriyaki Daging
Pasta Goreng Teriyaki Daging
1 mug pasta
150g daging
2 sk pes halia bawang putih
1 keping fish cake
3 helai kobis panjang
3-4 sb sos teriyaki
1 sk chilli flakes
sedikit garam
 sedikit serbuk lada hitam
sedikit air
minyak

Perap daging dengan 1 sb sos teriyaki selama 30 minit. Ketepikan.

Didihkan air dengan sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan pasta dan rebus hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis pes halia bawang putih. Masuk daging dan goreng hingga daging hampir masak. Kemudian masukkan fish cake dan beberapa minit lagi. Masukkan pula pasta, kobis panjang, baki sos teriyaki, chilli flakes, garam dan serbuk lada hitam. Jika kering tambah sedikit air. Gaul rata dan hidang.
Roasted Veggie
Roasted Veggie
brokoli
bunga kobis
lobak merah
minyak zaitun
garam

Potong brokoli, bunga kobis dan lobak merah. Masukkan dalam bekas aluminium. Tuang minyak zaitun dan tabur sedikit garam. Bakar hingga sayur-sayur lembut.
Daging Kisar Goreng Bersama Leek
Daging Kisar Goreng Bersama Leek
260g daging kisar
1 batang leek
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1/2 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk tepung jagung
sedikit bancuhan tepung jagung bersama air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

Perap daging dengan sos soya cair, minyak bijan, serbuk lada sulah, garam, serbuk penaik dan tepung jagung selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng daging hampir masak. Kemudian masukkan leek, sos tiram dan sedikit air jika kering. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Masak Garam Masala
Ayam Masak Garam Masala
300g isi ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
sedikit rempah 4 sekawan
1-2 serbuk garam masala
1 sb serbuk cili Kashmiri
1 sb sos tomato
1 biji kentang - potong dadu
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
1/2 cawan air
1/2 cawan susu/yoghurt asli
1 sk stok pekat ayam
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kemudian panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar ini hingga naik bau. Masuk rempah 4 sekawan diikuti dengan serbuk garam masala dan serbuk cili. Sambung menumis dan jika kering, tambah sedikit air.

Masukkan pula ayam dan kentang. Tambah air dan biar merenih hingga ayam dan kentang empuk. Masukkan sos tomato, stok pekat ayam, garam dan susu. (Jika guna yoghurt asli, kurangkan sukatan). Akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.

Thursday 6 August 2020

Fruit Tartlets
Fruit Tartlets
20 biji mangkuk tart

Bahan kastard:
400ml susu segar
100g gula caster
60g tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanilla
1/2 sk mentega

Hiasan: buah kiwi, buah strawberry dan anggur

Mangkuk tart saya beli yang dah siap.

Untuk kastard, satukan bahan-bahan kecuali mentega di atas api sederhana. Kacau selalu dan masak hingga kental. Bila dah likat, masukkan mentega dan gaul rata. Angkat dan sejukkan. Kemudian masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam mangkuk tart dalam 3/4 penuh. Susun dengan hirisan buah-buahan kegemaran anda.
Kek Oren
Kek ini mudah dibuat. Tak perlu gunakan mixer, hanya gunakan blender saja.


Kek Oren
11/2 cawan tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
1 (220g) biji oren Navel Sunkiss
3 biji telur saiz A
1 cawan gula
180g mentega - cairkan
sedikit pewarna kuning

Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.

Potong buah oren kecil-kecil. Potong dengan kulitnya sekali, cuma buang biji dan bahagian putih di tengah. Masuk ke dalam blender bersama gula, telur dan mentega. Kisar hingga hancur. Kemudian tuang ke dalam tepung tadi. Masukkan sedikit pewarna kuning dan gaul rata.

Alas loyang dengan kertas dan sapukan sedikit mentega. Tuang adunan dan ratakan. Bakar pada suhu 180℃ selama 40-45 minit atau hingga kek masak.
Nasi Ayam

Ayam Goreng Madu



Sos Cili, Kicap dan Sup
Nasi Ayam
2 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (guna resepi Sup Ayam)
sedikit garam
1 helai daun pandan

Campurkan beras, air rebusan ayam, garam dan daun pandan ke dalam periuk elektrik. Masak nasi seperti biasa.

Ayam Madu
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
6 cawan air
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
2 sb madu
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Kisar bawang-bawang dan halia. Perap ayam dengan bahan-bahan kisar selama 2 jam. Didihkan air dan rebus ayam sehingga empuk. Keluarkan ayam dan sejukkan. Tapis air rebusan ayam. Guna untuk masak nasi dan untuk buat sup.

Ayam tadi digaul dengan garam, serbuk lada sulah, kicap manis, kicap masin, kicap pekat dan madu. Biar dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng. (Simpan air perapan ayam bersama kicap tadi).

Sup Ayam
3 cawan air rebusan ayam
sedikit daun bawang - hiris

Didihkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam secukupnya. Tabur sedikit daun bawang semasa menghidang.

Kuah Kicap
Ambil air perapan ayam bersama kicap. Didihkan. Tuang dalam mangkuk dan hidang.


Sos Cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 biji cili merah
2 biji cili padi
2 sb cuka
1 senduk air rebusan ayam

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Masuk air rebusan ayam dan cuka. Kacau dan masak sos cili dengan api sederhana. Hidang bersama nasi ayam.

Ayam Goreng Madu
Ayam Goreng Madu
1/2 ekor ayam
3 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb kicap pekat
2 sb madu
garam
serbuk lada hitam
minyak untuk menggoreng

Gaul ayam dengan bahan-bahan di atas. Perap 2 jam dan goreng hingga masak.
Sayur Campur Goreng
Sayur Campur Goreng
3 ulas bawang putih - cincang
brokoli
lobak merah
bunga kobis
timun Jepun
cendawan Shitake
daun salad
sedikit air
2 sb sos soya Thai
1 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak kelapa

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Mula-mula masukkan lobak merah dan goreng separuh masak. Kemudian masukkan bunga kobis dan brokoli. Boleh masukkan sedikit air jika kering. Masukkan pula sos soya cair dan minyak bijan. Bila semua sayur-sayur dah lembut, masukkan timun, daun salad dan cendawan. Goreng sekejap, kemudian angkat dan hidang.

Saturday 1 August 2020

Tempe dan Kentang Goreng Sambal Limau
Tempe dan Kentang Goreng Sambal Limau
1 keping tempe - hiris
1 biji kentang - potong kecil dan rebus
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sb cili boh
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 kiub pati ikan bilis
sedikit air
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan. Angkat.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis hingga pecah minyak. Masuk sedikit air jika kering dan juga sedikit pati ikan bilis. Gaul rata dan bila dah sebati, masukkan pula tempe, kentang, gula dan jus limau kasturi. Masukkan juga limau kasturi tadi (potong kecil-kecil) selepas ambil jusnya. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Kari Bebola Daging
Kari Bebola Daging
250g daging kisar
20g serbuk roti Panko + 50ml susu
20g tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - cincang
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
3 sb rempah kari daging + air
1/2 kotak santan
1 biji kentang - potong kecil
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau
11/2 cawan air
minyak

Untuk bebola daging, gaul daging kisar bersama serbuk roti, tepung gandum, telur, bawang besar cincang, garam dan serbuk lada hitam. Bulat-bulatkan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Untuk kari pula, kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk bancuhan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Masuk kentang, air dan tutup periuk. Biar merenih dalam 15 minit. Masukkan daun kari, garam, bebola daging dan santan. Kacau perlahan-lahan beberapa minit atau hingga kentang empuk. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Mackerel Masak Daun Kari
Mackerel Masak Daun Kari
1 tin (230g) mackerel
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
2 tangkai daun kari
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk kari ikan
1 biji tomato - potong kecil-kecil
1 ketul asam jawa + air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk tomato diikuti dengan serbuk cili dan serbuk kari ikan. Kacau-kacau. Jika kering, masuk sedikit air. Bila semua rempah-rempah dah sebati, masukkan mackerel dan sosnya sekali bersama daun kari. Akhir sekali, masukkan air asam jawa. Gaul rata dan biar dalam 2-3 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Sayur Campur Goreng Sos Cili Thai
Sayur Campur Goreng Sos Cili Thai
brokoli
lobak merah
bunga kobis
snow peas - hiris dua menyerong
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk pes cili Thai
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk lobak merah, bunga kobis, pes cili Thai dan sedikit air. Kacau supaya pes cili sebati. Masukkan pula snow peas, brokoli dan garam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.