Tuesday 2 November 2021

 Minuman Koktel

Minuman Koktel

2 tin susu sejat/cair
1 tin kecil ice-cream soda
1 tin buah laici - optional
1 biji buah naga putih/merah
nata de coco
sumi pelbagai rasa
buah-buahan sebenar
ais

Campur semua bahan dalam satu bekas. Kacau perlahan-lahan. Terpulang nak tambah air atau tak. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Kredit: Noor Fatimah

 Puding Black Pearl

Puding Black Pearl

20g agar-agar
5¾ gelas air
3 biji telur
1¼ gelas gula
1 tin susu cair
½ bungkus cincau - dipotong dadu
½ sdm tepung jagung
½ sk esen vanilla

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Pukul telur dengan gula hingga sebati. Masuk susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.
3. Pukul lagi adunan hingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar-agar tadi.
4. Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga 30-45 minit.
5. Tutup api dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar-agar. Kacau hingga rata.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti sejuk.

* Bahan-bahan untuk setengah adunan

Kredit: dapur.miera

 Makaroni Goreng Ayam Parmesan
Makaroni Goreng Ayam Parmesan
150g makaroni
110g isi ayam - potong kecil
4-5 ulas bawang putih - cincang
1 sk serbuk paprika
2 batang sosej - hiris
1 mangkuk kecil baby bayam
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
1 sk chilli flakes
1-2 sb keju parmesan
sedikit air rebusan pasta
garam
minyak

1. Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus makaroni hingga al dente. Angkat dan ketepikan.
2. Gaul ayam dengan serbuk paprika dan garam.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan goreng 2-3 minit...kemudian masuk sosej. Goreng sekejap.
4. Masukkan pula pasta, air rebusan pasta, chilli flakes, serbuk pati ikan bilis dan keju parmesan. Gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan baby bayam. Gaul rata, angkat dan hidang.

 Sambal Tauhu Dengan Udang

Sambal Tauhu Dengan Udang

2 keping tauhu
20 ekor udang
1 asam keping
1 batang serai - titik
3 sb santan kotak
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
sedikit air
garam
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1" lengkuas

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak menggoreng tauhu tadi. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi.
3. Masuk udang dan goreng hingga udang separuh masak. Masuk sedikit air, asam keping, serbuk pati ikan bilis dan garam. Gaul rata.
4. Masuk tauhu dan santan. Gaul rata sekali lagi.
5. Angkat dan hidang.

 Acar Rempah Timun Telur Puyuh

Acar Rempah Timun Telur Puyuh

Bahan A:
telur puyuh - direbus dan dikopek kulit
1 biji timun - dipotong jejari
1 biji lobak merah - dipotong jejari
bawang merah ros - dibelah dua
cili merah dan hijau
3 sb rempah kurma
3 sb kerisik
cuka
garam
gula
biji sawi

Bahan B (dihiris):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1" halia

Bahan C (dikisar):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1" halia
1" kunyit
segenggam udang kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar

1. Tumis Bahan B hingga naik bau.
2. Masuk Bahan C, kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik.
4. Masuk semua bahan-bahan utama (Bahan A).
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, tabur biji sawi.
7. Siap dan boleh dihidangkan.

Kredit: unknown