Monday 25 April 2022

 Es Semangka Susu

Es Semangka Susu

1/2 biji buah semangka tanpa biji - potong dadu kecil
1200cc susu cair full cream
300cc sirap frambozen
es batu secukupnya

1. Campur semua bahan jadi satu.
2. Tuang ke dalam gelas. Hidang.

Kredit: unknown

 Udang Masak Berempah

Udang Masak Berempah

13 (410g) ekor udang harimau
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai
2 biji cili padi merah
1 sk serbuk ketumbar
1 sb serbuk cili
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk jintan manis (fennel powder)
1 sk jintan putih (cumin seeds)
2 sb dadih asli
1 biji tomato (kalau ada) - potong wedges
2 tangkai daun kari
1 sk gula
garam secukupnya
serbuk lada sulah
sedikit air
bawang besar kuning - hiris bulat
minyak

1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai dan cili padi merah. Ketepikan.
2. Bancuh serbuk ketumbar, serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk jintan manis dan jintan putih dengan sedikit air. Ketepikan.
3. Gaul udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
4. Dengan baki minyak menggoreng udang tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. masuk bancuhan rempah dan sambung menumis.
5. Masukkan dadih, daun kari, garam, gula dan sedikit air. 
6. Masukkan udang, hirisan bawang besar kuning dan tomato. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

 Nasi Goreng Perencah Adabi

Nasi Goreng Perencah Adabi

320g nasi
1 (30g) paket perencah Adabi
1/2 biji bawang merah - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji cili padi merah - hiris halus
150g isi ayam - potong kecil
2 sosej - hiris
3-4 pokok sawi - hiris
2 biji telur - pukul
sedikit garam
minyak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi.
2. Masuk ayam dan goreng hingga berubah warna.
3. Masuk sosej dan goreng sekejap...masuk perencah nasi goreng dan gaul rata dengan bahan-bahan lain.
4. Masuk sawi...masukkan pula nasi dan gaul rata.
5. ketepikan nasi dan tuang telur. Kacau telur hingga tiga suku masak, kemudian gaulkan nasi dengan telur.
6. Perasakan dengan sedikit garam jika perlu.
7. Angkat dan hidang.

Thursday 14 April 2022

 Bingka Roti

Bingka Roti

5 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar/susu cair
1 sudu esen vanilla
1 gelas tepung
sedikit garam

1. Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas santan.
2. Kocok telur, gula, esen vanilla dan 1 gelas santan. Masuk tepung sikit2.
3. Masukkan adunan ke dalam roti yang berendam tadi sampai rata.
4. Oleskan loyangdengan sedikit marjerin dan tuangkan adunan.
5. Bakar adunan dengan suhu 130℃ sampai kekuningan.
6. Bila sejuk baru potong.

Kredit: unknown

 Ikan Bakar Sambal

Ikan Bakar Sambal

2 keping ikan siakap
3 sb sos sambal
1/2 biji bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 asam keping - saiz sederhana
beberapa helai daun pandan
sedikit air
1/2-1 sk gula
1/2 sk garam
minyak
4-5 pencungkil gigi

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk sos sambal dan kacau. Masuk air (sikit saja sebab nak sambal tu pekat), garam, gula, asam keping...kacau-kacau hingga pekat. Tuang sambal dalam pinggan.

Letak sedikit sambal atas daun kunyit...letak ikan...dan letak sedikit sambal atas ikan. Ratakan. Balut ikan dan ketatkan balutan dengan pencungkil gigi. Panaskan grill pan dengan minyak dan bakar ikan hingga masak. Hidang dengan nasi putih dan salad.

 Hati Goreng Kunyit

Hati Goreng Kunyit

320g hati lembu - hiris
½ biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1" halia - hiris halus
2 biji cili padi - cincang
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
1½ sk serbuk kunyit
½ sk serbuk cili
½ sk serbuk Maggi Cukup Rasa
sedikit air
sedikit garam
minyak
sedikit hirisan bawang besar kuning

1. Perap hati dengan ½ sk serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
3. Masuk hati dan goreng. Masuk baki serbuk kunyit, sedikit air dan garam. Gaul rata.
4. Masuk cili merah, cili hijau, bawang besar dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.

Tuesday 5 April 2022

 Nasi Biryani Ayam

Nasi Biryani Ayam

300g beras Basmathi
450g ayam
1 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
4 sekawan
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
21/2 sb serbuk biryani Adabi
1 biji tomato - potong kecil-kecil
2 sb dadih asli
1 helai daun pandan
sedikit daun pudina
1 sb stok pekat ayam
60ml air
150ml susu cair
garam
minyak

1. Rendam beras selama 30 minit. Tapis dan toskan. Setelah air dah tos, masukkan beras ke dalam periuk nasi. Ketepikan sekejap.
2. Bancuh serbuk biryani dengan sedikit air. Kacau dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan empat sekawan hingga wangi. Masuk bancuhan rempah biryani dan sambung menumis. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Selepas 10 minit, masukkan dadih asli dan gaul sekali lagi...biar dalam 2-3 minit, dan masukkan ke dalam periuk nasi.
4. Masukkan pula daun pandan, daun pudina, cili merah, cili hijau, tomato, stok pekat ayam, air, susu cair dan garam. Gaul rata dan masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa.
5. Tabur bawang goreng semasa menghidang.