Showing posts with label Sup. Show all posts
Showing posts with label Sup. Show all posts

Tuesday, 27 July 2021

 Sup Telur Puyuh

Sup Telur Puyuh

15 biji telur puyuh - rebus
cendawan tiram - siat-siat
lobak merah - hiris
1/2 biji bawang merah- hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau -hiris
11/2 cawan air
1 sb cuka beras
1/2 kiub pati sayur
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau hingga wangi. Masukkan air dan biar mendidih. Masukkan pula lobak merah, biar dalam 1-2 minit...kemudian masukkan pula cendawan tiram, telur puyuh, kiub pati sayur, cuka beras dan garam. Kacau sekejap, kemudian bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 1 December 2020

Sup Pasta Ayam Berkrim
Sup Pasta Ayam Berkrim
1 mug makaroni
3 keping isi ayam - potong kecil
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang lobak merah
100g brokoli
1 batang seleri
8 biji cendawan butang - hiris
1/4 cawan krim
3 cawan air
1 sk serbuk oregano kering
1 tangkai daun parsli - hiris
1 sb tepung jagung + sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Gaul ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah, seleri dan oregano. Kacau rata. Kemudian masukkan air. Bila air mendidih, masukkan ayam tadi dan juga makaroni. Kacau perlahan-lahan. Tunggu hingga makaroni tiga suku masak dan masukkan pula brokoli, cendawan, krim, bancuhan tepung jagung, garam dan serbuk perasa. Gaul rata sekali lagi. Tabur sedikit hirisan daun parsli dan juga parutan keju parmesan jika suka.

Friday, 16 October 2020

Sup Ayam
Sup Ayam
7 ketul ayam
1 paket Sup Tulang
1/2 biji bawang besar - hiris tebal
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
3 biji cili padi - titik
1 biji tomato - belah empat
1 biji kentang - potong kecil
1 batang seleri - hiris
3" lobak merah - potong dadu
1 tangkai daun sup - hiris
3 cawan air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
sedikit gula

Didihkan air bersama ayam. Buang sisa kotor yang terapung di permukaan air. Kemudian masukkan bawang-bawang, halia, cili padi, kentang dan bunjut Sup Tulang. Biar selama 20 minit. Akhir sekali, masukkan sayur-sayur dan perasakan dengan garam dan gula. Bila ayam dah empuk, bolehlah angkat dan hidang. Tabur hirisan daun sup.

Saturday, 3 October 2020

Sup Cendawan dan Bebola Ayam
Sup Cendawan dan Bebola Ayam
1/2 peket cendawan tiram
8 biji bebola ayam
700ml air rebusan ayam
1/4 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air rebusan ayam dan biar mendidih. Kemudian masukkan cendawan tiram, bebola ayam dan perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata dan tabur hirisan daun ketumbar. Angkat dan hidang.

Thursday, 27 August 2020

Sup Ayam Dengan Sour Plum
Sup Ayam Dengan Sour Plum
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
8 biji sour plum
1 sb stok pekat ayam
1 biji lobak merah - potong
5 biji cendawan Shitake - hiris
1 batang seleri - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
3 cawan air rebusan ayam
1 sk garam

Didihkan air rebusan ayam bersama ayam, bawang-bawang dan halia. Bila ayam separuh masak, masukkan lobak merah, sour plum, stok pekat ayam dan garam. Kecilkan api dan biar merenih. Bila ayam dah empuk, masukkan pula seleri dan cendawan. Biar beberapa minit, kemudian angkat dan hidang. Tabur hirisan daun ketumbar.

Thursday, 6 August 2020

Nasi Ayam

Ayam Goreng Madu



Sos Cili, Kicap dan Sup
Nasi Ayam
2 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam (guna resepi Sup Ayam)
sedikit garam
1 helai daun pandan

Campurkan beras, air rebusan ayam, garam dan daun pandan ke dalam periuk elektrik. Masak nasi seperti biasa.

Ayam Madu
1/2 ekor ayam
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
6 cawan air
2 sb kicap manis
2 sb kicap masin
1 sb kicap pekat (dark soy sauce)
2 sb madu
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Kisar bawang-bawang dan halia. Perap ayam dengan bahan-bahan kisar selama 2 jam. Didihkan air dan rebus ayam sehingga empuk. Keluarkan ayam dan sejukkan. Tapis air rebusan ayam. Guna untuk masak nasi dan untuk buat sup.

Ayam tadi digaul dengan garam, serbuk lada sulah, kicap manis, kicap masin, kicap pekat dan madu. Biar dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng. (Simpan air perapan ayam bersama kicap tadi).

Sup Ayam
3 cawan air rebusan ayam
sedikit daun bawang - hiris

Didihkan air rebusan ayam. Perasakan dengan garam secukupnya. Tabur sedikit daun bawang semasa menghidang.

Kuah Kicap
Ambil air perapan ayam bersama kicap. Didihkan. Tuang dalam mangkuk dan hidang.


Sos Cili
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 biji cili merah
2 biji cili padi
2 sb cuka
1 senduk air rebusan ayam

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Masuk air rebusan ayam dan cuka. Kacau dan masak sos cili dengan api sederhana. Hidang bersama nasi ayam.

Friday, 15 May 2020

Sup Daging Sedap
Sup Daging Sedap
200g daging - hiris
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2-3 biji cili padi - titik
1 biji kentang - potong kiub
1 batang lobak merah - potong kiub
2-3 keping cendawan tiram - siat-siat
1 batang seleri - hiris
1 biji tomato - potong enam
1 kiub pati daging
15 biji lada hitam
5-6 biji cengkih
1/2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
air secukupnya
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.

Rebus daging dengan air secukupnya bersama lada hitam, cengkih dan kulit kayu manis hingga tiga suku empuk. Buang sisa-sisa kotor dipermukaan air. Bila daging dah hampir empuk, tapis dan didihkan semula.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk ke dalam daging tadi bersama cili padi. Kemudian masukkan sayur-sayur, kiub pati daging, tomato dan garam. Bila daging dan sayur dah empuk, tutup api dan masukkan daun ketumbar. Gaul kemudian angkat dan hidang.

Wednesday, 15 April 2020

Sup Sayur (2)
Sup Sayur (2)
2 pokok sawi
1 paket cendawan enoki
1 keping isi ayam - potong kecil
3 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Bila mendidih, masuk stok pekat ayam, ayam dan garam. Bila ayam dah empuk, masuk sawi dan cendawan. Biar beberapa minit, kemudian angkat dan hidang.

Sunday, 29 March 2020

Sup Tauhu Sayur Asin
Sup Tauhu Sayur Asin
5 helai daun kobis - hiris
1 keping tauhu - potong enam
2 keping sayur asin - hiris
1 biji tomato - potong enam
2 ulas bawang putih - hiris
3 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 sk garam

Didihkan air dan masukkan kobis dan bawang putih. Kemudian masukkan tauhu, sayur asin, stok pekat ayam dan garam. Bila semua bahan-bahan dah lembut, masukkan tomato. Biar 1 minit, kemudian angkat dan hidang.

Tuesday, 17 March 2020

Sup Sayur Bersama Seaweed
Sup Sayur Bersama Seaweed
5 helai daun kobis - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris
1 keping tauhu - potong enam
sedikit seaweed kering
3 cawan air rebusan ayam
1 sk stok pekat ayam
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air rebusan ayam dan biar mendidih. Bila sup dah mendidih, masukkan lobak merah, kobis, tauhu dan sedikit garam. Bila sayur-sayur dah masak, masukkan seaweed. Kacau dan hidang.

Tuesday, 28 January 2020

Rasam
Rasam
2 sudu serbuk rempah rasam
1 gelas air asam jawa
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1" halia
5 biji cili kering
3 biji tomato masak
2 tangkai daun kari
1 sudu halba campur
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis halba, bawang putih, halia, cili kering dan daun kari hingga kekuningan.

Dalam periuk yang lain, masukkan air asam jawa, bawang besar hiris, tomato yang diramas supaya hancur dan serbuk rempah rasam. Biarkan renih sebentar dengan api yang sederhana. Masukkan bahan tumis campuran halba tadi ke dalam periuk air asam jawa. Perlahankan api, rasa garam, masukkan serbuk kunyit dan serbuk perasa. Kacau dan tutup api. Hidang.

Friday, 9 August 2019

Sup Sayur Minyak Bijan
Sup Sayur Minyak Bijan

3 helai daun kobis
1/2 paket cendawan enoki
2 keping tauhu
2 cawan air
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sk stok pekat ayam
1 sk minyak bijan
1/2 sk garam

Didihkan air bersama bawang-bawang. Kemudian masuk kobis, kacau sekejap. Masukkan pula cendawan enoki, tauhu, stok pekat ayam, garam dan sedikit minyak bijan. Bila sayur-sayur dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Thursday, 18 July 2019

Sup Ramen
Sup Ramen
1 paket ramen segar
3 keping isi ayam yang telah direbus
5 cawan air rebusan ayam
1 keping fishcake - hiris
5 biji fishball - belah dua
2 pokok sawi bunga
2 biji cili padi - hiris
sedikit daun ketumbar
1 sb sos soya cair
1 sk sos ikan

Carik-carikkan isi ayam. Ketepikan.

Didihkan air rebusan ayam. Masuk sos soya cair dan sos ikan. Kemudian masukkan fishball, fishcake, isi ayam yang telah direbus, daun ketumbar dan sayur sawi. Bila bahan-bahan dah masak, angkat dan ketepikan. Tak perlu garam sebab sup dah cukup masin.

Celur ramen dan hidangkan bersama sup tadi. Tabur dengan hirisan cili padi jika suka.

Friday, 28 June 2019

Sup Sawi Jepun
Sup Sawi Jepun
2 ikat sawi Jepun
2 keping tauhu - potong enam
1 keping fishcake - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 cawan air
sedikit serbuk Maggi Cukup Rasa
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masukkan sawi Jepun, tauhu dan fishcake. Perasakan dengan serbuk Maggi dan garam. Bila sayur dah masak, angkat dan hidang.

Thursday, 11 April 2019

Sup Bebola Ayam
Sup Bebola Ayam
Bahan-bahan untuk bebola ayam:
250g ayam cincang
3" lobak merah
1 batang daun bawang
1/2" halia
2 ulas bawang putih
1 sb sos ikan
1 sb soya sos cair
1 biji telur - putihnya saja
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
3 sb tepung gandum

Kisar lobak merah, daun bawang, halia dan bawang putih hingga hancur. Gaul bersama ayam cincang, sos ikan, soya sos cair, garam, serbuk lada sulah dan tepung. Bila dah sebati, bentukkan bulat-bulat. Panaskan minyak dan goreng hingga sedikit kuning. Angkat dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk sup:
3 cawan air
1 sb stok pekat ayam
1" lobak merah - hiris
3 kelopak kobis - hiris
3 sb cendawan hiris - rendam
garam

Didihkan air. Masukkan bebola ayam tadi, stok pekat ayam, lobak merah, kobis dan garam. Bila bebola ayam dah betul-betul masak, masukkan cendawan hiris. Biar dalam 2 minit, kemudian angkat dan hidang.

Monday, 1 April 2019

Sup Mee Ramen
Sup Mee Ramen
1 paket mee ramen segar
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - hiris
100g daging
1 pokok sawi bunga - potong
2" lobak merah - hiris
3 keping cendawan tiram
1 keping fishcake - hiris
7 biji fishball - belah dua
1 kiub pati daging
3 cawan air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Bilas mee ramen dengan air. Toskan.

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging dan kacau. Kemudian masukkan air dan biar hingga air mendidih.

Bila air mendidih, masuk fishball, fishcake, kiub pati daging, serbuk lada sulah, lobak merah dan garam. Biar sekejap, kemudian masukkan pula sawi bunga, mee ramen dan biar hingga kedua-duanya lembut. Bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday, 19 March 2019

Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
6 biji bebola daging
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang leek
2 batang daun bawang
1 batang seleri
2 cawan air
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan leek, daun bawang, seleri, bebola daging, garam dan serbuk perasa. Biar dalam 3 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Friday, 22 February 2019

Sup Leek dengan Tauhu
Sup Leek dengan Tauhu
1/2 batang leek - hiris
2 keping tauhu - potong empat
1/2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 cawan air
sedikit serbuk perasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masuk tauhu, leek, serbuk perasa, serbuk lada sulah dan garam. Bila tauhu dan leek lembut bolehlah angkat dan hidang.

Sunday, 20 January 2019

Tom Yam Ayam (2)
Tom Yam Ayam (2)

5 keping isi ayam - potong kecil-kecil
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1" lengkuas -hiris dan ketuk
2 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
1 biji tomato - potong empat
2" lobak merah - hiris
3 keping cendawan tiram
3 sb pes tom yam 
1-2 sk pes cili Thai
1-2 sb sos ikan
3 cawan air
garam

Rebus bawang-bawang, halia, lengkuas, serai dan daun limau purut dengan air hingga mendidih. Masuk ayam, pes tom yam dan pes cili.

Bila ayam hampir masak, masukkan pula lobak merah, tomato diikuti dengan cendawan tiram yang telah disiat-siat, garam dan sos ikan. Kacau rata, kemudian angkat dan hidang. Tabur sedikit daun ketumbar jika suka.

Saturday, 5 January 2019

Sup Cendawan, Labu Siam dan Lobak Merah
Sup Cendawan, Labu Siam dan Lobak Merah

1/2 biji lobak merah
1/4 biji labu siam
5 keping cendawan Shitake
2-3 keping hirisan halia
6 biji kurma merah
1 sb goji berry
1 tangkai daun ketumbar
2 cawan air
sedikit garam

Didihkan air bersama halia. Bila air mendidih, masuk lobak merah, kurma merah, labu siam dan goji berry. Biar beberapa minit, kemudian masukkan pula cendawan Shitake, daun ketumbar dan garam. Biarkan sekejap, kemudian angkat dan hidang.