Monday 20 December 2021

 Scone

Scone

500g tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
50g gula castor
100g dried cranberry (kismis or choc chips)
110g butter
1 sk esen vanilla
300ml full cream milk

1. Satukan bahan2 kering. Gaul sebati dengan tangan sampai jadi ala2 breadcrumbs.
2. Masukkan susu dan esen vanilla. Mix sampai jadi macam doh biskut.
3. Canaikan doh tebal. Tekap bentuk bulat (satu adunan ni boleh dapat dalam 14 keping).
4. Sapukan permukaan doh dengan kuning telur dan sedikit susu full cream. Nak sapu kuning telur pun boleh.
5. Panaskan oven pada suhu 180-190℃. Bakar selama 10-15 minit atau sampai keperangan.
6. Boleh dinikmati dengan whipped cream dan strawberry jem.

P/s Scone ni boleh dibuat banyak2, bakar kemudian boleh simpan dalam chiller atau freezer. Bila nak makan, bakar semula dengan suhu 160℃ selama 5 minit.

Kredit: Qurratuaini Nazori

 Roti Jala Mudah

Roti Jala Mudah
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak makan
1 sk garam
1 sk pewarna

Bancuh semua bahan, kacau guna whisk. Tapis. Masuk dalam bekas tiga muncung...bolehlah menjala adunan.
*boleh juga guna blender

Kredit: Mohd Shah

Sambal Daging Kisar
Sambal Daging Kisar
1 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
rempah empat sekawan
11/2 sb cili boh
1 sk sos tiram
1 sk pes tomato
1/2 cawan sayur campuran beku
1/2 kiub pati daging lembu
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan goreng separuh masak. Masukkan pula pes tomato, sos tiram, pati daging lembu dan sedikit air. Bila daging masak, masukkan sayur campuran beku dan sedikit garam. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday 2 November 2021

 Minuman Koktel

Minuman Koktel

2 tin susu sejat/cair
1 tin kecil ice-cream soda
1 tin buah laici - optional
1 biji buah naga putih/merah
nata de coco
sumi pelbagai rasa
buah-buahan sebenar
ais

Campur semua bahan dalam satu bekas. Kacau perlahan-lahan. Terpulang nak tambah air atau tak. Simpan dalam peti sejuk sebelum hidang.

Kredit: Noor Fatimah

 Puding Black Pearl

Puding Black Pearl

20g agar-agar
5¾ gelas air
3 biji telur
1¼ gelas gula
1 tin susu cair
½ bungkus cincau - dipotong dadu
½ sdm tepung jagung
½ sk esen vanilla

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Pukul telur dengan gula hingga sebati. Masuk susu cair, tepung jagung dan esen vanilla.
3. Pukul lagi adunan hingga sebati. Kemudian masukkan adunan ke dalam agar-agar tadi.
4. Kacau perlahan-lahan dan masak sehingga 30-45 minit.
5. Tutup api dan biarkan sebentar. Kemudian masukkan potongan cincau tadi ke dalam adunan agar-agar. Kacau hingga rata.
6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan sejukkan. Setelah sejuk barulah masukkan ke dalam peti sejuk.

* Bahan-bahan untuk setengah adunan

Kredit: dapur.miera

 Makaroni Goreng Ayam Parmesan
Makaroni Goreng Ayam Parmesan
150g makaroni
110g isi ayam - potong kecil
4-5 ulas bawang putih - cincang
1 sk serbuk paprika
2 batang sosej - hiris
1 mangkuk kecil baby bayam
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
1 sk chilli flakes
1-2 sb keju parmesan
sedikit air rebusan pasta
garam
minyak

1. Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus makaroni hingga al dente. Angkat dan ketepikan.
2. Gaul ayam dengan serbuk paprika dan garam.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan goreng 2-3 minit...kemudian masuk sosej. Goreng sekejap.
4. Masukkan pula pasta, air rebusan pasta, chilli flakes, serbuk pati ikan bilis dan keju parmesan. Gaul rata.
5. Tutup api dan masukkan baby bayam. Gaul rata, angkat dan hidang.

 Sambal Tauhu Dengan Udang

Sambal Tauhu Dengan Udang

2 keping tauhu
20 ekor udang
1 asam keping
1 batang serai - titik
3 sb santan kotak
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
sedikit air
garam
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1" lengkuas

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak menggoreng tauhu tadi. Tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi.
3. Masuk udang dan goreng hingga udang separuh masak. Masuk sedikit air, asam keping, serbuk pati ikan bilis dan garam. Gaul rata.
4. Masuk tauhu dan santan. Gaul rata sekali lagi.
5. Angkat dan hidang.

 Acar Rempah Timun Telur Puyuh

Acar Rempah Timun Telur Puyuh

Bahan A:
telur puyuh - direbus dan dikopek kulit
1 biji timun - dipotong jejari
1 biji lobak merah - dipotong jejari
bawang merah ros - dibelah dua
cili merah dan hijau
3 sb rempah kurma
3 sb kerisik
cuka
garam
gula
biji sawi

Bahan B (dihiris):
2 biji bawang merah ros
2 ulas bawang putih
1" halia

Bahan C (dikisar):
3 biji bawang merah ros
3 ulas bawang putih
1" halia
1" kunyit
segenggam udang kering
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk ketumbar

1. Tumis Bahan B hingga naik bau.
2. Masuk Bahan C, kemudian masukkan rempah kurma. Tumis hingga garing.
3. Masukkan sedikit air dan kerisik.
4. Masuk semua bahan-bahan utama (Bahan A).
5. Perasakan dan biar hingga kuah agak pekat.
6. Akhir sekali, tabur biji sawi.
7. Siap dan boleh dihidangkan.

Kredit: unknown

Saturday 30 October 2021

Udon Goreng Daging

Udon Goreng Daging
2 (200g x 2) paket udon
120g daging
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
1 keping fish cake - hiris
7 biji fish ball - belah 2
3 pokok sawi bunga - hiris kasar
2 biji tomato kecil - potong wedges
cendawan shiitake - hiris
snow peas - hiris separuh
taugeh
4 sb sos soya Thai
2 sk sos soya pekat
1/2 kiub pati daging
sedikit air
minyak

Perap daging dengan 1 sb sos soya Thai. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga separuh masak. Masukkan pula fish cake, fish ball dan kacau. Kemudian masukkan baki sos soya Thai, sos soya pekat, kiub pati daging, garam, sedikit air, sawi, cendawan dan snow peas. Goreng dalam 1 minit. Akhir sekali, masukkan udon, tomato, cili merah dan taugeh. Balik-balikkan sekejap, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

 Biskut Untaian Kasih

Biskut Untaian Kasih

1 buku Buttercup
¾ cawan gula icing
2½ cawan tepung jagung
1 sb tepung kentang
1 sb susu tepung
1 sk esen vanilla
kismis hitam/chocolate chip - untuk hiasan

1. Pukul mentega dengan gula hingga sebati.
2. Masuk esen vanilla.
3. Kacau dan masuk semua tepung.
4. Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
5. Masuk ke dalam acuan dn bentukkan.
6. Hias dengan kismis hitam/chocolate chip.
7. Bakar pada suhu 180℃ selama 15-20 minit.

Kredit: Yati Mohd

Donut 

Donut

1 paket yis mauripan
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
3 sb gula (kalau nak manis tambah gula lagi)
3 sb susu pekat
2 sb marjerin
1 biji telur
gula halus/aising - untuk gaul donut

1. Cairkan mentega, bila dah sejuk tambah telur, pukul sikit dan ketepikan.
2. Gula dan susu pekat disatukan di dalam air suam, kacau hingga larut.
3. Masukkan yis, kacau lagi, dan biar 10 minit.
4. Selepas 10 minit, yis akan berbuih...masukkan marjerin yang bercampur dengan telur. Kacau.
5. Masukkan semua bahan2 kedalam tepung, uli hingga jadi doh. Rehatkan dalam 30 minit.
6. Uli tumbuk2 bagi buang angin, lepas tu buat bentuk bulat macam bola , susun dalam loyang jarang2 (tabur tepung sikit).
7. Biar dalam 10-15 minit, bagi kembang barulah goreng dalam api sederhana.
8. Gaul dengan gula halus or gula aising.

Kredit: Nur Aien

 Kailan Goreng Sos Abalone Scallop

Kailan Goreng Sos Abalone Scallop

1 ikat kailan - potong
1/2 keping tauhu rumpailaut - potong kecil
3 ulas bawang putih - cincang
1 sb sos abalone scallop
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan tauhu dan goreng (tak perlu lama sebab tauhu dah bergoreng). Kemudian masukkan kailan, sos abalone scallop dan sedikit air. Sambung menggoreng, kemudian angkat dan hidang.

Ayam Kicap Bercili
Ayam Kicap Bercili
6 keping isi ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi
2 biji cili merah
1 sk serbuk belacan
5 sb kicap lemak manis
1 tangkai daun ketumbar
1/2 biji bawang besar - hiris
sedikit air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula
minyak

Potong ayam kecil-kecil. Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 30 minit. Ketepikan. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Goreng ayam hingga separuh masak. Kemudian angkat dan ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan serbuk belacan. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk ayam, gaul sekejap dan masukkan pula kicap lemak manis bersama sedikit air. Perasakan dengan garam dan gula. Bila ayam dah empuk, masukkan daun ketumbar dan hirisan bawang besar. Gaul sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.

Tuesday 19 October 2021

Thursday 7 October 2021

 Apam Nasi Pandan

Apam Nasi Pandan

2 cawan nasi sejuk
1½ cawan gula
2 cawan pati daun pandan
1½ cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket mauripan

1. Blend nasi bersama gula dan air pandan...bagi sebati dan haluskan.
2. Satukan tepung2 dan mauripan.
3. Masukkan nasi yang sudah blend tadi ke dalam tepung. Kacau sebati.
4. Masuk pewarna hijau sikit.
5. Perap selama 1½ jam.
6. Tuang dalam acuan kecik2.
7. Kukus dalam15-20 minit.

Kredit: Fazilah Md Yussop

 Semprit Susu

Semprit Susu

170g tepung maizena
75g susu kental manis
90g mentega

1. Campur semua bahan diatas. Aduk dengan spatula sampai rata.
2. Cetak pakai spuit kembang. Masuk adunan dalam spuit tanpa piping bag. Tekan adunan dengan jempol ke atas loyang yang sudah alas kertas.
3. Beri topping sesuai selera.
4. Bakar dengan suhu 160℃ selama 25 minit atau sampai matang.

By @utthinute

 Ikan Bilis Goreng Bunga Kantan

Ikan Bilis Bunga Kantan

40g ikan bilis
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 batang bunga kantan - hiris
minyak

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, cili merah dan hijau hingga wangi. Masuk bunga kantan dan sedikit garam. Goreng sekejap. Kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata. Angkat dan hidang.

 Tumis Labu Siam

Tumis Labu Siam

½ biji labu siam - hiris panjang
¼ biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
sedikit sayur campur 
1 sk sos tiram
1 sb Golden Mountain seasoning sauce
sedikit air
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili merah. Masuk labu siam, kacau-kacau. Masukkan pula sayur campur beku, sos tiram, seasoning sauce, sedikit air dan garam. Gaul rata. Bila sayur lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Friday 1 October 2021

 Air Limau Kasturi

Air Limau Kasturi

4 biji limau kasturi
1 cawan air
gula secukup rasa
ais
asam boi

1. Buang kulit limau kasturi dan blend dengan air dan gula. Tapis dan tuang ke dalam gelas.
2. Masuk ais dan asam boi. Sedia untuk dinikmati.

Kredit: unknown

 Ayam Bbq

Ayam Bbq
500g ayam
1/2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 sk pes halia
2 biji cili padi merah
2-3 biji kentang - potong 4-6
1 sb sos bbq
1 sk sos lada hitam
1 sb kicap manis pedas
1 sk serbuk cili
1/2 sk gula perang
3 sb minyak

1. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili padi.
2. Gaul ayam dan kentang dengan bahan-bahan kisar, pes halia, sos bbq, sos lada hitam, kicap manis pedas, serbuk cili, gula perang dan minyak. Perap dalam 1-2 jam.
3. Bakar dalam oven dengan suhu 190-200℃ selama 50 minit atau hingga ayam masak.

 Salad Pasta Dengan Ayam

Salad Pasta Dengan Ayam

150g pasta bowtie
100g isi ayam - potong kecil
1/2 biji bawang merah - hiris
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
8 biji tomato ceri - belah dua
1/2 batang lobak merah- hiris halus
2 tangkai daun parsli - hiris
3x35g thousand island dressing
1 sk serbuk cili
sedikit garam

1. Didih air dengan sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente. Tapis dan toskan.
2. Kemudian perap ayam dengan garam dan serbuk cili. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Di dalam mangkuk besar, masukkan pasta, ayam, timun, tomato ceri, lobak merah, daun parsli, bawang merah, garam dan thousand island dressing. Gaul rata dan hidang.

Saturday 25 September 2021

 Puding Jagung

Puding Jagung

1 tin susu cair
1 cawan santan
½ cawan gula
sedikit garam
1¼ cawan tepung kastard
1 cawan jagung (yang dalam tin pun boleh)
400ml air

1. Campur semua bahan, whisk hingga sebati.
2. Tuang dalam periuk, kacau hingga berkilat dengan api yang perlahan.
3. Tuang cepat2 dalam loyang, kalau lambat tuang nanti berketul2 tak cantik.
4. Tunggu sejuk baru potong.

Kredit: Siti Nardina

 Tempe Tauhu Goreng Cili Hijau

Tempe Tauhu Goreng Cili Hijau

1 keping tempe
11/2 keping tauhu
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2 biji cili padi merah - cincang
3-4 biji cili padi hijau - potong kasar
3 sb kicap manis
1 sb sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
minyak

1. Panaskan minyak dan tempe hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Kemudian goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan juga.
3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi cincang hingga wangi.
4. Masuk kicap manis dan sos tiram. Kacau. Tambah sedikit air jika kering.
5. Masuk tempe, tauhu, cili hijau dan sedikit garam. Gaul rata, angkat dan hidang.

Nasi Goreng Udang Kering
Nasi Goreng Udang Kering
1 mangkuk nasi
3 keping isi ayam - potong kecil
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
4-5 sb udang kering - rendam
2 tangkai daun bawang - hiris
3 sb sos soya
1/2 sk serbuk pati ikan bilis
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dan udang kering. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan ayam dan goreng hingga berubah warna. Kemudian masukkan pula nasi, daun bawang, sos soya, serbuk pati ikan bilis, serbuk lada sulah dan garam. Gaul semua bahan-bahan hingga sebati. Nasi goreng sedia untuk dihidangkan.

Friday 17 September 2021

 Apam Gula Merah

Apam Gula Merah

3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan gula merah
3 sb gula
1 sk garam
1 paket yis

1. Masak gula merah dengan 2 cawan air. Sejukkan dan tapis.
2. Masukkan tepung, gula, garam dalam mangkuk.
3. Tuang gula merah dan yis. Kacau rata, tutup mangkuk dan perap 1 jam.
4. Sapu minyak pada acuan dan panaskan pengukus.
5. Tuang dalam acuan dan kukus 15 minit.

Kredit: Rosnah Harun

 Nasi Kuning Harum 

Nasi Kuning Harum

170g beras Basmathi
1 (200ml) kotak santan
1 helai daun pandan
1/2 sk serbuk kunyit
garam
2 sk minyak sapi
3 sb minyak masak
bawang goreng - untuk tabur

Bahan A:
1/2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1 batang serai - titik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga

Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam kuali. Tumis Bahan A hingga wangi. Ketepikan.

Masuk beras ke dalam periuk nasi elektrik bersama bahan tumisan tadi. Masuk santan dan air, daun pandan, serbuk kunyit dan garam. Kacau hingga semua bahan-bahan sebati dan warna sekata. Masak nasi seperti biasa. Tabur bawang goreng semasa menghidang.

 Rendang Ikan Tenggiri

Rendang Ikan Tenggiri

350g isi ikan tenggiri
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
1 sb cili boh
80ml santan kotak + 60ml air
1 helai daun kunyit - hiris halus
3 keping asam gelugor
1 sk serbuk kunyit
1 sk gula
garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan 1 batang serai. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan serbuk kunyit hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis. Masuk ikan dan gaul perlahan-lahan. Bila ikan separuh masak, masuk santan, sedikit air jika kering, sedikit daun kunyit, garam dan gula. Bila dah masak, angkat dan hidang. Tabur sedikit daun kunyit semasa menghidang.

Tuesday 7 September 2021

 Lompang Keladi

Lompang Keladi

2 cawan tepung beras
1 sdm tepung ubi
1½ cawan gula
1 sk air kapur
garam
perisa keladi
pewarna ungu

1. Campur semua bahan-bahan. Tapis...masuk tekoh supaya senang tuang.
2. Sapu acuan lompang dengan minyak. Panaskan kukusan dan kukus acuan dalam 5 minit. Kemudian tuang adunan dan kukus 25 minit.
3. Gaul kelapa parut dengan garam. Kukus sekejap. Gaul dengan kuih lompang tadi. Hidang.

Kredit: lena jahaya

 Ayam Tumis Halia

Ayam Tumis Halia

500g ayam
Bahan (A):
    1/2 biji bawang merah - hiris
    1-2 ulas bawang putih - hiris
    1" halia - hiris halus
    2 biji cili padi merah - titik
1 biji tomato - belah 6
sedikit cendawan hiris shitake kering - rendam
1-2 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
1½-2 sb sos tiram
1 sk minyak bijan
200ml air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis Bahan (A) hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Masuk air dan biar hingga ayam separuh masak. Bila ayam dah separuh masak, masukkan sedikit sos tiram, garam, sedikit daun ketumbar dan air (jika kuah kering). Tunggu sekejap hingga ayam empuk. Masukkan pula baki sos tiram, cendawan hiris dan minyak bijan. Gaul rata. Tutup api dan masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.

 Sayur Campur Nyonya

Sayur Campur Nyonya

brokoli
lobak merah
bunga kobis
cendawan butang
putik jagung
daun bawang
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
1½ sb stok pekat cendawan
3-4 sb santan kotak
sedikit air
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan putih hingga wangi. masuk lobak merah dan bunga kobis ... brokoli ... putik jagung ... cendawan butang ... goreng sekejap. Masukkan pula stok pekat cendawan, santan, sedikit air dan daun bawang. Gaul rata, angkat dan hidang.

Monday 23 August 2021

 Ais Bandung Barli

Ais Bandung Barli

500ml air barli
gula secukup rasa
4 sb susu pekat manis
4 sb susu cair
1 biji limau kasturi
sirap ros secukupnya
ketulan ais
biji selasih

1. Bancuh air barli bersama gula, susu pekat manis, susu cair dan sedikit sirap ros.
2. Masukkan perahan jus limau kasturi. Sesuaikan rasanya.
3. Akhir sekali masukkan biji selasih dan ketulan ais. Hidang.

Kredit: unknown

Nasi Pelangi Udang

Nasi Pelangi Udang

1 pot beras basmati - rendam 30 minit
10 ekor udang
2¼ pot liquid (½ pot susu + 1¾ pot air)
1 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
½" halia - hiris
rempah empat sekawan
1 helai daun pandan
sedikit daun bawang - hiris
garam
serbuk kunyit
pewarna merah jambu, kuning dan hijau
minyak
minyak sapi

1. Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng bahan-bahan hiris hingga layu. Masuk ke dalam blender, campur sedikit susu cair dan kisar.
3. Panaskan sedikit minyak sapi dan minyak masak. Tumis rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk bahan-bahan kisar dan tumis lagi. Kemudian masukkan daun pandan dan beras... gaul rata. Transfer ke rice cooker. Masuk garam, baki susu cair dan air. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.
4. Bila nasi dah masak, titiskan sedikit pewarna merah jambu, kuning dan hijau. Kacau perlahan-lahan dengan garfu. Masukkan udang dan gaul dengan nasi. Biar sekejap dalam 10-15 minit.
5. Angkat dan hidang. Tabur sedikit hirisan daun bawang.

Wednesday 11 August 2021

 Brownies Kedut

Brownies Kedut

130g marjerin
450g Beryl's dark compound chocolate
100g tepung penaik Bluekey
180g gula perang
3 biji telur gred B

1. Coklat Beryl's + marjerin cairkan dengan kaedah double boil.
2. Dalam bekas lain, campurkan gula perang dan telur. Kacau 4-5 kali bagi mesra je.
3. Coklat + marjerin tadi masa tengah panas2 terus tuang dalam adunan telur + gula perang tadi. kacau bagi sebati je.
4. Masukkan tepung penaik, kacau bagi sebati. Tekniknya kacau kat permukaan je sampai sebati.
5. Alas loyang dengan baking paper. Kalau tak ada baking paper, sapuloyang dengan marjerin supaya brownies tak lekat.
6. Last sekali letak topping kesukaan, tak letak pun tak apa. Saya letak chocolate chips je.
7. Panaskan oven dengan suhu 160℃ selama 5 minit. Kemudian turunkan suhu ke 150℃.
8. Bakar selama 45-50 minit, suhu 150℃, api atas bawah.

Kredit: unknown

Drummet Goreng Rempah Kari
Drummet Goreng Rempah Kari
6 ketul drummet
1 sb serbuk rempah kari
1 sk pes halia bawang putih
1/2 sk garam
1/2 sk gula
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar kuning - hiris
1 biji cili hijau - hiris
minyak

Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan cili hijau hingga layu sedikit. Angkat dan ketepikan.

Perap drummet dengan serbuk rempah kari, pes halia bawang putih, garam, gula, serbuk lada sulah dan serbuk lada hitam selama 30 minit. Panaskan minyak dan goreng drummet hingga garing. Angkat dan letak dalam pinggan. Tabur bawang besar dan cili hijau yang telah digoreng tadi.

 Kobis Panjang Goreng Sos Abalone Scallop

Kobis Panjang Goreng Sos Abalone Scallop

3 helai kobis panjang - hiris
3-4 keping cendawan tiram
1/2 keping tauhu rumpailaut (seaweed tofu) - potong kecil
3 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - cincang
1 sb sos abalone scallop
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk tauhu dan goreng, tak perlu lama sebab tauhu dah bergoreng. Masukkan pula kobis, cendawan tiram, sos abalone scallop dan sedikit air. Goreng sekejap, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday 10 August 2021

 Salam Maal Hijrah

Wishing all Muslims a blessed new year 🌺🌺🌺

Sunday 1 August 2021

 Jus Timun

Jus Timun

3 biji timun - diparut
2 biji limau nipis - jusnya
air gula (masak air + gula + pandan)
sirap melon - optional
air
air batu

Tuang sirap melon. Bubuh air batu dan sedikit tuang air. Kemudian masukkan jus limau nipis dan air gula. Kacau. Masukkan timun yang sudah diparut. Kacau perlahan-lahan. Boleh dimasukkan biji selasih jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: unknown

 Udang Goreng Cili

Udang Goreng Cili

10 ekor (325g) udang putih
1 sb sos tomato
1-2 helai daun limau purut - hiris halus (untuk tabur)
sedikit air
serbuk pati ikan bilis
garam
gula
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang merah (medium)
1 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1" kunyit

1. Gaul udang dengan garam. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat.
2. Panaskan sedikit minyak menggoreng ayam tadi. Tumis bahan kisar, masuk sos tomato, garam, gula , serbuk pati ikan bilis dan sedikit air. Gaul.
3. Masukkan udang, gaul rata dan angkat. Tabur hirisan daun limau purut.

 Bendi Goreng Berlada

Bendi Goreng Berlada

8 biji bendi - potong serong
2 sb air
garam
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1½ sb udang kering

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masuk bendi, garam dan sedikit air. Kacau rata.
3. Bila bendi lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday 27 July 2021

Daging Goreng Masala
Daging Goreng Masala
200g daging
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
1/2 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji cengkih
1 biji kentang - potong enam
2 sb serbuk kari daging
1 sk serbuk garam masala
1/2 cawan air
sedikit daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Perap daging dengan 1 sk serbuk kari. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga airnya kering. Masukkan minyak dan bila minyak dah panas, tumis bawang-bawang, halia, rempah empat sekawan dan juga daging. Kemudian masukkan serbuk kari, garam masala, kentang dan sedikit air. Gaul dan biar hingga daging dan kentang empuk. Jika kering, tambah air. Perasakan dengan garam dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.