Showing posts with label Salad. Show all posts
Showing posts with label Salad. Show all posts

Saturday, 12 February 2022

 Grilled Fish with Potatoes and Coleslaw

Grilled Fish with Potatoes and Coleslaw
Ikan:
1 keping ikan dori - potong kecil
3 sb chilli oil
1 sb serbuk paprika
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk onion salt

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
8 biji kentang merah kecil
garam
serbuk lada hitam
mentega
minyak

Potong kentang kepada dua atau empat bahagian. Gaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak bersama sedikit mentega. Goreng kentang hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Coleslaw:
1 mangkuk coleslaw
4 sk mayonis
2 sb dadih asli
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada hitam

Campur mayonis dengan dadih asli. Tuang dalam mangkuk coleslaw. Gaul. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul sekali lagi.

Hidang ikan bersama kentang dan coleslaw.

Tuesday, 8 June 2021

Pomegranate Salad
Pomegranate Salad

4 keping daun salad - hiris
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang lobak merah - hiris halus
1 biji tomato - potong dadu
2-3 sb biji buah delima
2 biji limau kasturi - jusnya
1/2 sk garam
1/2 sk gula
1 sb minyak zaitun

Campur daun salad, timun, lobak merah, tomato dan lada benggala ke dalam mangkuk. Tuang jus limau kasturi dan minyak zaitun dan perasakan dengan garam dan gula. Gaul rata. Tabur sedikit biji buah delima semasa menghidang.

Tuesday, 25 May 2021

 Salad Radish dan TimunSalad Radish dan Timun

3 biji radish - hiris
1 batang timun Jepun - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
2 sb sour cream
serbuk lada hitam
garam

Masukkan radish, timun, daun bawang dan bawang merah ke dalam mangkuk. Masukkan pula sour cream, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.

Tuesday, 18 May 2021

 Grilled Fish with Potatoes and Salad

Grilled Fish with Potatoes and Salad
Ikan:
2 keping ikan dori - potong kecil
1 sb Moroccan seasoning
4-5 sb chilli oil
1/2 sk garam

Gaul ikan dengan bahan-bahan di atas. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill ikan hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kentang:
2 biji kentang - potong kiub
1 sk serbuk cili
1/2 sk garam
3-4 sk minyak

Gaul kentang dengan serbuk cili, garam dan minyak. Panaskan grill pan dengan sedikit minyak dan grill kentang hingga garing.

Salad:
1 mangkuk salad campuran
tomato
hirisan bawang merah
jus lemon
gula
garam
serbuk lada hitam
minyak zaitun - jika suka

Campur jus lemon dengan gula. Kacau hingga gula larut. Tuang dalam mangkuk berisi salad. Gaul. Perasa dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Jika suka, tuang sedikit minyak zaitun.

Hidang ikan bersama kentang dan salad.

Wednesday, 12 May 2021

 Salad Timun dan Radish

Salad Timun dan Radish

1 timun Jepun - hiris
2 radish merah - hiris
5 tomato ceri - belah dua
Romaine lettuce
1/4 biji bawang merah - hiris
80ml dadih asli
1 sk horseradish
sedikit serbuk lada hitam
garam

Masuk timun, radish, tomato ceri dan bawang merah ke dalam mangkuk. Masukkan pula dadih asli, horseradish, serbuk lada hitam dan garam. Gaul perlahan-lahan. Susun beberapa helai daun Romaine lettuce di atas pinggan diikuti dengan salad tadi. Hidang.

Wednesday, 6 January 2021

Quinoa Dengan Buah Delima
Quinoa Dengan Buah Delima
80g quinoa
250ml air
1 sk stok pekat ayam
1/2 biji bawang merah
3-4 sb biji buah delima
1 biji limau kasturi - jusnya
2 tangkai daun parsli - hiris
sedikit garam
2 sb minyak zaitun

Rebus quinoa dengan air, stok pekat ayam dan sedikit garam. Bila quinoa dah kembang dan air pun dah kering, kecilkan api dan tutup periuk. Biar dalam 15 minit. Kemudian ketepikan periuk dan sejukkan quinoa.

Masuk quinoa kedalam mangkuk. Masuk bawang besar, biji buah delima, jus limau kasturi, daun parsli dan minyak zaitun. Gaul rata dan hidang.

Sunday, 1 November 2020

Salad Makaroni dan Ayam
Salad Makaroni dan Ayam
1 mug makaroni
3 keping ayam
3" lobak merah
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala merah
2 sb mayonis
2 sb krim
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air mendidih masukkan pasta dan rebus hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Rebus ayam juga dengan sedikit garam. Bila ayam empuk, angkat dan toskan. Apabila ayam dah sejuk, carik-carikkan isi ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan pula pasta dan juga lobak merah, lada benggala merah dan hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan mayonis, krim bersama garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata sekali lagi. Bila semua bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang.

Friday, 16 October 2020

Salad Pasta Bowtie
Salad Pasta Bowtie
1 mug pasta bowtie
timun Jepun - potong dadu
lobak merah - potong dadu
lada benggala kuning - potong dadu
lada benggala merah - potong dadu
seleri - hiris
daun salad coral - hiris
1 tangkai daun parsli - hiris
2 paket thousand island salad dressing
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Didihkan air bersama sedikit garam. Rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Masukkan timun, lobak merah, lada benggala merah dan kuning, seleri, daun salad coral dan daun parsli ke dalam mangkuk besar. Tuang thousand island salad dressing dan gaul rata. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Hidang.

Thursday, 16 July 2020

Salad Tauhu
Salad Tauhu
3 keping tauhu
1/4 biji timun
1/4 batang lobak merah
1 batang daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
sos cili Thai secukupnya

Goreng tauhu dan kemudian potong empat. Timun dan lobak merah dipotong batang mancis. Potong daun bawang dalam 3" panjang. Daun ketumbar pula dipotong kasar.

Letak tauhu goreng tadi didalam mangkuk. Campur timun, lobak merah, daun bawang dan daun ketumbar. Tuang sos cili secukupnya. Gaul semua bahan-bahan dan hidang.

Saturday, 11 July 2020

Salad Spaghetti Dengan Salmon Salai
Salad Spaghetti Dengan Salmon Salai
100g spaghetti
2 keping smoked salmon - potong kecil
1/4 biji lada benggala merah - potong kecil
2" lobak merah
1/2 biji bawang merah - hiris
1 biji tomato - potong kecil
3 sb mayonis
1/2 sk serbuk paprika
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak zaitun

Didihkan air dengan sedikit garam. Kemudian rebus spaghetti sehingga al dente. Angkat dan toskan.

Bila spaghetti dah sejuk, masukkan smoked salmon, lada benggala merah, lobak merah, bawang merah dan tomato. Gaul rata. Masukkan pula mayonis, serbuk paprika, jus limau kasturi dan minyak zaitun. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.

Wednesday, 24 June 2020

Tuna Salad Bersama Epal Hijau
Tuna Salad Bersama Epal Hijau
1 tin tuna
1 biji bawang besar - hiris halus
1/2 biji epal hijau - potong dadu
3 sb mayonis
1 sb capers
1 sk grainy mustard
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Campurkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar. Gaul rata dan hidang.

Sunday, 24 May 2020

Salad Pear Bersama Walnut
Salad Pear Bersama Walnut
3 helai daun salad koral hijau - hiris
1/2 batang timun Jepun - potong dadu
1/2 biji pear - potong dadu
1/2 biji bawang merah - hiris
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang seleri - hiris menyerong
5 biji kacang walnut
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun

Campur daun salad, timun, pear, bawang merah, lada benggala dan seleri ke dalam mangkuk. Tuang jus limau kasturi dan minyak zaitun dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Tabur dengan hirisan kacang walnut. Sedia untuk dihidangkan.

Friday, 15 May 2020

Makaroni Salad
Makaroni Salad
70g makaroni
2 batang sosej - hiris
3 keping sundried tomato - hiris
6 biji buah zaitun hitam - hiris
2 sb capers
1/2 biji bawang merah - hiris
2 keping daun salad coral - hiris
1 paket (35g) thousang island dressing
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
minyak untuk menggoreng

Didihkan air bercampur sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Di dalam mangkuk besar, masukkan makaroni, sundried tomato, buah zaitun, capers, bawang merah, daun salad dan sosej yang telah digoreng. Masukkan pula thousand island dressing bersama garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.

Wednesday, 6 May 2020

Salad Timun dan Nenas (2)
Salad Timun dan Nenas (2)
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
1 keping nenas - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
sedikit gula

Masuk timun, nenas, bawang merah dan daun ketumbar ke dalam mangkuk. Masukkan jus limau kasturi dan perasakan dengan gula dan garam. Gaul rata dan hidang.

Wednesday, 5 February 2020

Emy's Caesar Salad
Emy's Caesar Salad
2 kotak campuran salad Caesar
1/4 cawan Caesar Salad dressing
15 biji tomato ceri
6 biji telur rebus
4 batang sosej cili
sedikit crouton
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Potong sosej kecil-kecil. Panaskan minyak dan goreng sosej hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Di dalam mangkuk besar, masukkan campuran salad bersama tomato ceri, salad dressing, garam dan serbuk lada hitam. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Tabur sosej yang telah digoreng tadi, crouton dan susun telur rebus yang dibelah dua. Hidang.

Tuesday, 7 January 2020

Salad Tomato dan Timun
Salad Tomato dan Timun
1 biji timun Jepun - potong dadu
1 biji tomato - potong kecil
1/2 biji bawang besar - hiris
1 tangkai dill
2 sb sour cream
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Masuk timun, tomato dan bawang besar ke dalam mangkuk. Campur sour cream, garam dan serbuk lada hitam. Gaul semua bahan-bahan. Tabur dill dan hidang.

Friday, 16 August 2019

Salad Radish dan Peas
Salad Radish dan Peas
1 tin kacang peas
7 biji radish merah - hiris
1 tangkai daun bawang - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 sb mentega
1 tangkai dill
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Panaskan mentega. Masuk radish, kacang peas dan bawang putih. Kacau. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan daun bawang dan gaul rata. Angkat. Tabur hirisan daun dill dan hidang.

Tuesday, 6 August 2019

Salad Lada Benggala Hijau dan Tomato

Salad Lada Benggala Hijau dan Tomato

1/2 biji bawang merah - hiris
1 biji tomato - buang biji dan potong dadu
1/2 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang seleri - hiris
1/2 batang timun - hiris
2 sb cuka epal
1 sb gula
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Masuk semua sayur-sayuran ke dalam mangkuk. Tabur serbuk lada hitam dan gaul.

Campur cuka epal, gula dan garam ke dalam mangkuk kecil. Kacau hingga gula dan garam larut. Tuang dressing ke dalam mangkuk berisi sayur-sayuran tadi. Gaul rata dan hidang.

Friday, 26 July 2019

Salad Kacang Kuda
Salad Kacang Kuda
1 tin kacang kuda
1/2 biji bawang besar
1 tangkai daun parsli
1 biji limau kasturi
sedikit garam kosher
sedikit serbuk lada hitam
2 sb minyak zaitun

Bilas kacang kuda dengan air. Toskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk.

Hiris bawang besar dan daun parsli. Perah limau kasturi untuk mendapatkan jusnya. Masuk bawang besar, daun parsli, jus limau kasturi, garam, serbuk lada hitam dan minyak zaitun ke dalam kacang kuda. Gaul rata dan hidang.

Wednesday, 29 May 2019

Salad Timun dan Tomato
Salad Timun dan Tomato

1 biji tomato - potong dadu
1/2 biji timun - potong dadu
1 biji bawang besar - hiris
1 sk serbuk oregano
3 sb minyak zaitun
1/2 sk garam

Masuk tomato, timun dan bawang besar ke dalam mangkuk. Tabur serbuk oregano dan garam. Kemudian tuang minyak zaitun. Gaul rata dan hidang.