Sunday 29 September 2019

Skon Kurma
Skon Kurma
3 cawan tepung naik sendiri
11/2 sk serbuk penaik
2 sb gula
secubit garam
1 biji telur - pukul
10 biji kurma - potong kecil
1/2 cawan susu
2 sb mentega

Campur tepung naik sendiri dengan serbuk penaik, garam dan gula. Kemudian masukkan telur, mentega dan susu. Gaul rata. Masukkan kurma dan gaul rata sekali lagi.

Tabur tepung pada papan canai. Canai doh setebal 1/2". Guna cutter bulat dan terapkan doh yang dicanai tadi. Susun dalam loyang dan sapu bahagian atas dengan telur. Bakar pada suhu 160°C selama 7 minit.
Suhun Goreng Kunyit
Suhun Goreng Kunyit
1/2 paket suhun
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi hijau - belah 2
3" lobak merah - hiris
5 batang kacang panjang - potong 2"
1 keping tempe - potong
2 keping tauhu - potong
1 tangkai daun bawang - hiris
1 sk serbuk kunyit
2 sb kicap lemak manis
1 sk sos tiram
1/2 sk sos ikan
sedikit garam
minyak

Rendam suhun dalam air suam dalam 2-3 minit. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan goreng tempe dan tauhu berasingan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk sayur-sayur, cili padi, tauhu dan tempe. Balik-balikkan sekejap. Kemudian masukkan serbuk kunyit, kicap manis, sos tiram, sos ikan dan garam. Akhir sekali, masukkan suhun dan daun bawang. Jangan gaul terlalu lama. Kemudian angkat dan hidang.
Daging Kicap Daun Bawang
Daging Kicap Daun Bawang
220g daging
3 ulas bawang putih
1" halia
3 biji cili padi
1 batang daun bawang
2 sb kicap lemak manis
2 sb kicap manis
1 sk gula
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan 1 sb kicap lemak manis. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga empuk. Tambah air sedikit jika kering. Kemudian masukkan baki kicap lemak manis, kicap manis, cili padi, serbuk lada sulah, garam dan gula. Sambung menggoreng dan akhir sekali, masukkan daun bawang. Gaul rata dan hidang.
Kacang Buncis Goreng Belacan ala Nyonya
Kacang Buncis Goreng Belacan ala Nyonya
20 batang kacang buncis - hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sb udang kering
7 biji cili kering
2 sk serbuk belacan
sedikit garam
minyak

Rendam udang kering dan cili kering dalam air panas di dalam mangkuk yang berasingan selama 3 minit. Kemudian tapis dan toskan airnya.

Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering dan cili kering.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk belacan hingga wangi. Masuk kacang buncis bersama sedikit garam. Goreng hingga kacang lembut. Angkat dan hidang.

Friday 20 September 2019

Oats dengan Pisang dan Blueberry
Oats dengan Pisang dan Blueberry
4 sb oats
1 biji pisang - hiris
10 biji blueberry
2-3 sb madu
100 ml susu
air panas secukupnya

Tuang air panas ke dalam oats dan kacau rata. Masukkan susu dan madu. Kacau rata sekali lagi. Bila dah cukup manis, masukkan pula pisang dan blueberry. Hidang.
Cajun Chicken Linguine
Cajun Chicken Linguine
150g linguine
4 keping isi ayam
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji lada benggala merah - di dadu kecil
1/4 biji lada benggala kuning - di dadu kecil
1/2 sk stok pekat ayam
4 sk serbuk Cajun
1 sk parsli kering
1/2 cawan air rebusan pasta
1/2 sk garam
minyak

Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan linguine dan rebus hingga kenyal. Angkat dan toskan.

Potong ayam kecil-kecil. Perap dengan 3 sk serbuk Cajun selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan linguine, lada benggala merah dan kuning, stok pekat ayam, baki serbuk Cajun, parsli kering dan garam. Jika kering, tambah sedikit air rebusan pasta. Gaul rata. Angkat dan hidang.
Ayam Goreng Cili
Ayam Goreng Cili
300g isi ayam
1 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
8 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 sb sos tiram
1 sk soya sos cair
sedikit garam
minyak

Perap ayam dengan sos tiram, soya sos cair dan garam. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan. Dengan baki minyak tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan semula ayam tadi dan sambung menggoreng hingga ayam masak. Jika kering, tambah sedikit air. Tabur sedikit hirisan daun bawang jika ada.

Saturday 14 September 2019

Puding Roti Kukus
Puding Roti Kukus
6 keping roti
2-3 sb mentega
2 biji telur
350ml susu cair
4 sb gula
1 sk esen vanila
2 sb campuran kismis hitam dan kuning

Sapu mentega pada roti, potong-potong roti dan masuk ke dalam mangkuk.

Di dalam mangkuk lain, pukul telur, susu cair, gula dan esen vanila. Tabur kismis dan tuang kastard ke dalam mangkuk roti. Ratakan kastard. Kukus dengan api sederhana selama 40-45 minit.
Ikan Jenahak Stim Dengan Black Bean Sauce
Ikan Jenahak Stim Dengan Black Bean Sauce

2 keping ikan jenahak
2" halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - cincang
2 sb soya sos cair
1 sk black bean sauce
sedikit daun ketumbar

Letak ikan di dalam pinggan. Tuang soya sos cair dan ratakan ikan dengan black bean sauce. Tabur halia, bawang putih dan stim selama 8-10 minit. Tabur daun ketumbar semasa menghidang.
Ayam Goreng Harissa
Ayam Goreng Harissa
9 ketul drummet
1 sb serbuk Harissa
1/2 sk jintan putih
1/2 sk serbuk paprika
1 sk pes halia bawang putih
1 paket chilli flakes
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk garam
minyak

Perap ayam dengan serbuk Harissa, jintan putih, serbuk paprika, pes halia bawang putih, chilli flakes, serbuk lada sulah dan garam selama 30 minit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.
Kangkung Goreng Sos Tiram

Kangkung Goreng Sos Tiram
1 ikat kangkung
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 sb sos tiram
1 sb sos ikan
2 sk gula
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk kangkung, sos tiram, sos ikan, gula dan sedikit air. Gaul rata dan hidang.

Sunday 8 September 2019

Kuey Teow Goreng Basah
Kuey Teow Goreng Basah
1 paket kuey teow
2 keping isi ayam - potong kecil
5 biji bebola ayam - belah dua
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
2" lobak merah - hiris
1 batang seleri - hiris
1 biji tomato - potong enam
sedikit sawi bunga - potong
3 sb sos tiram
3 sb kicap manis
1 sk sos soya pekat
1 sb sos tomato
1 sk tepung jagung + sedikit air
1/2 kiub pati daging
2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng dalam 1-2 minit. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan semua sayur-sayur, sos tiram, kicap manis, sos soya pekat, sos tomato, bancuhan tepung jagung, kiub pati daging dan garam. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan kuey teow. Gaul rata dan hidang.
Daging Sos Tiram Bersama Seleri
Daging Sos Tiram Bersama Seleri
150g daging
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang seleri - hiris
3 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 sb minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Perap daging dengan 1 sb sos tiram. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga airnya kering. Masukkan minyak. Bila minyak panas, tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan baki sos tiram, sos soya cair, minyak bijan, seleri, serbuk lada sulah, garam dan sedikit air. Gaul rata. Bila semua bahan sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Labu Siam Goreng Belacan
Labu Siam Goreng Belacan
1/2 biji labu Siam - hiris
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1/2 sk serbuk belacan
sedikit ikan bilis
2" lobak merah - hiris batang mancis
1 tangkai daun bawang - potong 3" panjang
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, serbuk belacan, ikan bilis dan garam.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk labu siam dan goreng separuh masak. Kemudian masukkan lobak merah dan daun bawang. Perasa dengan garam dan gula. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Tauhu Jepun Bersama Ayam Cincang
Tauhu Jepun Bersama Ayam Cincang

1 paket tauhu Jepun
2 ulas bawang putih
1/2" halia
50g ayam cincang
2 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 sk minyak bijan
1/2 cawan sayur campuran beku
1/2 cawan air
1 sk tepung jagung + sedikit air
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat.

Dengan baki minyak menggoreng tauhu tadi, tumis bawang putih dan halia. Masuk ayam cincang dan goreng. Masuk sedikit air, sos tiram, sos soya cair dan minyak bijan. Kacau.

Kemudian masuk tauhu tadi, sayur campuran beku, garam dan bancuhan tepung jagung. Jika pekat, tambah air. Kacau rata dan hidang.

Sunday 1 September 2019

Bubur Mutiara
Bubur Mutiara
1/2 paket 'mini rice ball'
1/2 biji kelapa - santan
2 ketul kecil gula melaka
1 sb gula putih
1 helai daun pandan

Didihkan santan bersama daun pandan, gula melaka dan gula putih. Pastikan api kecil supaya santan tak pecah.

Di dalam periuk lain, didihkan air. Bila air dah mendidih, masukkan 'rice ball' dan rebus hingga timbul. Keluarkan dan masuk ke dalam periuk berisi santan tadi. Kacau perlahan-lahan selama 1-2 minit, kemudian angkat. Hidang.


Paket 'Mini rice ball':


Shakshuka (2)
Shakshuka (2)
1 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - dadu
2 sk pes tomato
3 biji telur
serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
1 tangkai daun ketumbar - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan tomato hingga lembut. Masuk sedikit air supaya tak kering. Masuk pes tomato, garam, chilli flakes dan serbuk perasa. Kacau.

Pecahkan telur dan tutup periuk 2-3 minit. Bila telur dah 3/4 masak, angkat dan hidang. Tabur daun ketumbar.
Chicken in Black Bean Sauce
Chicken in Black Bean Sauce

7 ketul ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang daun bawang - hiris
3 sb black bean sauce
2 sk pes cili Thai
2 cawan air
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng ayam, tumis bawang-bawang dan halia. Masuk black bean sauce, air, ayam dan pes cili Thai. Bila ayam masak, masukkan bancuhan tepung jagung, garam dan daun bawang. Gaul rata dan hidang. tabur hirisan daun bawang.
Kobis Goreng Sos Ikan
Kobis Goreng Sos Ikan
5 helai daun kobis
5 batang kucai
5 ulas bawang putih - ketuk
1/2 sb sos ikan
1/2 sk gula
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk kobis, goreng dalam 1 minit, kemudian masukkan kucai, sos ikan dan gula. Goreng lagi, kemudian angkat dan hidang.