Friday 30 June 2017

Bergedil
Bergedil

4 biji kentang saiz sederhana
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar
1 biji telur
1/2 sk lada sulah
1/2 sk garam
sedikit daun sup
minyak untuk menggoreng

Kentang dipotong empat. Rebus dengan air yang dicampur sedikit garam. Bila empuk, angkat dan biarkan sejuk. Kemudian buang kulit dan lecek hingga hancur. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga kuning. Masuk daging dan kacau hingga daging masak tapi jangan sampai terlalu kering. Masukkan pula garam dan lada sulah. Gaul dan angkat.

Masukkan daging tadi kedalam kentang tadi. Hiris daun sup dan masukkan juga. Gaul rata. Ambil sedikit kentang dan kepal-kepalkan supaya padat. Celup kedalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam.

Panaskan minyak dan goreng hingga kuning. Angkat dan hidang.
Bubur Chacha
Bubur Chacha
1bungkus (200g) chacha
1 helai daun pandan
1biji kelapa
4 sb gula putih
5 ketul kecil gula melaka

Didihkan air. Masuk chacha dan rebus hingga lembut. Tapis dan toskan. Kelapa pula diambil santan pekat dan cair.

Rendam gula melaka dalam sedikit air panas supaya gula cair. Tapis dan ketepikan.

Dalam periuk yang lain, masukkan santan pekat, daun pandan dan gula melaka. Gunakan api kecil supaya santan tak pecah. Bila santan dah panas, masukkan chacha, gula putih dan santan cair (agak-agak sebanyak mana yang perlu). Hidang.

Thursday 15 June 2017

Spaghetti Goreng Carbonara
Spaghetti Goreng Carbonara
300g spaghetti
2 batang hotdog
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
5 biji cendawan butang
2 keping isi ayam
1 tin sos prego carbonara
sedikit lada sulah
sedikit lada hitam kasar
sedikit thyme kering
sedikit parsley kering
sedikit rosemary kering
sedikit basil kering
2 helai daun bay kering
1 kiub ayam
air cendawan secukupnya (dari tin)
air pasta secukupnya
sedikit daun parsley
minyak untuk menggoreng

Rebus pasta bersama air garam hingga lembut. Toskan airnya.

Rebus isi ayam 3 minit. Angkat, potong dan ketepikan.

Potong hotdog kecil-kecil. Panaskan minyak dan goreng bersama bawang besar, bawang putih dan cili padi yang dicincang halus.

Masukkan cendawan butang yang dihiris, air pasta, air cendawan dan isi ayam. Masukkan pula sos carbonara, sedikit air lagi dan kacau. Kemudian masukkan serbuk lada sulah, lada hitam kasar, daun bay dan herba-herba kering. Masukkan juga kiub ayam dan kacau rata.

Akhir sekali masukkan pasta dan gaul rata. Tabur daun parsley dan hidang.


Cangkuk Manis Goreng Telur
Cangkuk Manis Goreng Telur

3 ikat cangkuk manis
4 biji telur
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

Petik daun cangkuk manis, basuh dan tos. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Masuk daun cangkuk manis dan gaul. Didalam bekas, pukul telur dan kemudian tuangkan keatas sayur. Kacau. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Hidang.

Wednesday 7 June 2017


Ikan Terubuk Goreng
Ikan Terubuk Goreng

1 ekor ikan terubuk
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
1 biji cili besar
minyak untuk menggoreng

Ikan terubuk dipotong dua. Hiris cili merah, cili hijau dan bawang besar. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng ikan terubuk hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar hingga kuning. Masukkan cili merah dan cili hijau dan goreng hingga cili hampir layu. Angkat dan tabur di atas ikan terubuk tadi. Hidang.
Ayam Masak Lemak
Ayam Masak Lemak
1/2 ekor ayam
60g kelapa parut
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2" kunyit hidup
1 biji cili merah
2 biji cili padi merah
1 biji kentang
2 batang serai
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk stok ayam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, kunyit hidup, cili merah dan cili padi dengan sedikit air.

Kelapa parut diambil santan pekat dan cair. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dengan serai hingga wangi. Masukkan ayam, santan cair dan sedikit garam. Kecilkan api dan biar ayam merenih lebih kurang dalam 30-40 minit. Masukkan kentang dalam 15 minit selepas masukkan ayam supaya kentang tak hancur.

Akhir sekali, masukkan santan pekat, serbuk stok ayam dan serbuk kunyit. Gunakan api kecil supaya santan tak pecah. Hidang.