Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Wednesday, 8 June 2022

 Puding Marble Roti

Puding Marble Roti

1 paket (20g) agar-agar
3½ cawan air
½ cawan gula
½ cawan susu pekat
1 tin susu cair
4 keping roti
2 biji telur
2 sb butter

1. Masak agar-agar bersama 3 cawan air (baki ½ cawan untuk blend).
2. Setelah agar-agar hancur, masukkan butter dan kacau hingga cair. Kecilkan api.
3. Sementara itu blend roti, telur, susu pekat, susu cair, gula dan baki air tadi. Masak hingga mendidih dan tutup api. Angkat.
4. Bahagi kepada beberapa bahagian dan warnakan. Lapiskan selang-seli atau ikut citarasa sendiri.
5. Sejukkan dan hidang.

Kredit: khomisah kontom

Thursday, 14 April 2022

 Bingka Roti

Bingka Roti

5 keping roti putih
2 biji telur
3/4 gelas gula
3 gelas santan/susu segar/susu cair
1 sudu esen vanilla
1 gelas tepung
sedikit garam

1. Potong kotak2 roti tawar dan rendam bersama 2 gelas santan.
2. Kocok telur, gula, esen vanilla dan 1 gelas santan. Masuk tepung sikit2.
3. Masukkan adunan ke dalam roti yang berendam tadi sampai rata.
4. Oleskan loyangdengan sedikit marjerin dan tuangkan adunan.
5. Bakar adunan dengan suhu 130℃ sampai kekuningan.
6. Bila sejuk baru potong.

Kredit: unknown

Monday, 20 December 2021

 Roti Jala Mudah

Roti Jala Mudah
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
2 sudu minyak makan
1 sk garam
1 sk pewarna

Bancuh semua bahan, kacau guna whisk. Tapis. Masuk dalam bekas tiga muncung...bolehlah menjala adunan.
*boleh juga guna blender

Kredit: Mohd Shah

Monday, 21 June 2021

Roti Jala

 Roti Jala
1 kg tepung gandum
3 biji telur
1 kotak kecil santan
air secukupnya
sedikit kunyit
sedikit garam
2 sb gula

1. Bancuh semua bahan di atas dalam besen besar. Bancuh hingga pekat sedikit. Tambah air semasa blender.
2. Gulung selepas siap menjala.

Kredit: Suzana Nurkasih

Wednesday, 12 May 2021

 Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Puding Roti Sos Kastard Lemak Berkrim

Bahan puding roti:
10 keping roti gardenia (potong empat segi)
1 tin susu cair
3 biji telur
1 sk esen vanilla 
5 sb gula
Buah campur kering rendam dalam air panas sekejap - optional

1. Blend semua bahan kecuali roti.
2. Sapu butter setiap keping dan loyang.
3. Susun roti dalam loyang dan curah bahan blend tadi. Tekan2 roti bagi semua merresap.
4. Taburkan buah2 kering tadi.
5. Kukus 30 minit.

Sos kastard:
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 sb tepung kastard
4½ sb gula

1. Campur tepung kastard dalam air, kacau rata.
2. Kemudian campur semua bahan masak atas api perlahan. Kacau2 sampai agak sedikit pekat. Siap!

Kredit: Nurul Shafira

Wednesday, 22 January 2020

Roti Jala
Roti Jala
1 cawan tepung gandum
11/2 cawan susu
11/2 cawan air
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
sedikit minyak

Campur semua bahan-bahan kecuali minyak dan gaul hingga sebati. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Tuang bancuhan tepung ke dalam acuan roti jala dan buat corak jala. Biar sekejap, angkat dan lipat.

Friday, 16 August 2019

Puding Roti
Puding Roti
9 keping roti
2 cawan susu
4 biji telur
120g mentega
250g gula
1/2 sk serbuk kulit kayu manis atau serbuk pala
1/4 sk garam
1 sk esen vanila
50g kismis

Panaskan susu dan mentega di atas api kecil. Kacau hingga mentega cair.

Di dalam mangkuk yang besar, campurkan telur yang telah dipukul, gula, serbuk kulit kayu manis, esen vanila dan garam. Masuk roti yang telah dipotong kecil-kecil dan kismis kedalam loyang. Tuang bancuhan susu dan mentega tadi. Ratakan. Tak perlu sapu mentega pada loyang. Tutup loyang dengan foil aluminium.

Bakar pada suhu 160°C selama 30 minit. Kemudian buka foil dan bakar lagi selama 10 minit atau hingga roti kuning keemasan. Hidang bersama krim putar atau aiskrim jika suka.

Friday, 2 November 2018

Roti Gulung Sosej
Roti Gulung Sosej
3 keping roti
3 batang sosej
1 biji telur + garam
6 sb serbuk roti + garam
minyak untuk menggoreng

Rebus sosej, kemudian angkat dan toskan. Ambil roti dan leperkan supaya mudah gulung. Kemudian gulung sosej dengan roti. Celup roti dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam. Golekkan roti tadi dengan serbuk roti. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.

Wednesday, 19 September 2018

Cucur Roti Dengan Udang
Cucur Roti Dengan Udang
4 keping roti
4 sb tepung gandum
1/2 biji bawang besar
1 biji cili hijau
3 sb udang halus
1 batang daun bawang
1/4 sk serbuk perasa
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Letak roti dalam mangkuk dan tuang sedikit air supaya roti lembap. Bawang besar, cili hijau dan udang dipotong kecil-kecil. Hiris daun bawang. Masukkan kesemua bahan kecuali minyak. Adunan mestilah tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

Panaskan minyak dan masukkan sedikit adunan dalam bentuk bulat ke dalam kuali. Buat lagi sehingga semua adunan habis. Goreng hingga kekuningan. Angkat.

Hidang dengan sos cili.