Showing posts with label Slow cooker. Show all posts
Showing posts with label Slow cooker. Show all posts

Saturday, 11 April 2020

Ayam Sos Soya - Slow Cooker
Ayam Sos Soya - Slow Cooker
7 ketul ayam
150ml air
1 biji kentang - potong enam
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji lada putih
5 biji lada hitam
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 helai daun bay
sedikit daun ketumbar

Masuk ayam ke dalam slow cooker bersama semua bahan-bahan lain kecuali kentang. Biar masak selama 2 jam. Selepas 2 jam, masukkan kentang dan biarkan selama 1 jam lagi. Bila ayam dan kentang empuk, bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun ketumbar.

Wednesday, 21 August 2019

Kari Ayam - Slow Cooker

Kari Ayam - Slow Cooker
8 ketul kecil ayam
1 biji bawang besar - hiris
1 sb pes halia bawang putih
1 batang serai - titik
2 biji cili padi
1 biji kentang - potong empat
3 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk cili Kashmiri
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 kotak santan
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau - belah dua
1 sb stok pekat ayam
1 biji tomato - di dadu kecil
100ml air
1 sk garam

Gaul ayam dengan pes halia bawang putih, serbuk kari, serbuk cili,  serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.

Masuk bawang besar, ayam tadi, tomato, cili padi, serai, garam, daun kari, daun ketumbar dan air ke dalam slow cooker. Selepas 3 jam, masukkan stok pekat ayam dan kentang. Biar selama 1 jam lagi. Kemudian masukkan santan, gaul rata dan biar selama 30 minit. Hidang.

Friday, 9 August 2019

Itik Masak Black Bean Sauce - Slow Cooker
Itik Masak Black Bean Sauce - Slow Cooker

7 ketul kecil itik
1/2 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
1 biji cili padi - hiris
2 sk black bean sauce
1 sk sos tiram
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Basuh itik dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hamis. Bilas dan toskan. Kemudian rebus dengan sedikit bawang besar, halia, daun bawang dan akar/batang daun ketumbar selama 15-20 minit. Keluarkan itik dan ketepikan. Buang air rebusan tadi.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia. Masuk black bean sauce dan kacau. Kemudian masukkan itik dan gaul rata. Masukkan pula sos tiram, cili padi, cili merah (jika ada) dan air. Gaul. Tuang kesemua bahan-bahan ke dalam slow cooker dan biar masak selama 4 jam.