Monday 24 July 2017

Bubur Keledek
Bubur Keledek
4 ketul keledek saiz sederhana
1 helai daun pandan
2 sk gula putih
2 ketul kecil gula melaka
1/2 biji kelapa
2 sb sagu

Rendam sagu di dalam air selama 15 minit. Toskan.

Rebus keledek bersama daun pandan di dalam santan cair sehingga keledek lembut. Bila lembut, masukkan santan pekat, gula putih, gula melaka dan sagu dan kacau sehingga gula larut dan sagu lembut. Pastikan api kecil supaya santan tidak pecah. Hidang.
Mee Hailam
Mee Hailam
1 paket mee kuning
200g daging
10 ekor udang
3 ekor sotong
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 sb kicap manis
2 sb kicap lemak manis
1 sb sos tiram
1 cawan air
4 floret bunga kobis
3 pelepah kobis panjang
1/2 pokok sawi bunga
3" lobak merah
5 biji putik jagung
6 biji fishball
1 keping fishcake
1/2 sk tepung jagung
1/2 sk lada sulah
sedikit bawang goreng
1 biji cili merah
sedikit daun saderi
sedikit daun bawang
minyak untuk menumis

Rebus daging dengan air dan sedikit halia hingga empuk. Simpan air rebusan daging.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Masuk daging dan air rebusan daging dan biar mendidih. Kemudian masuk kicap manis, kicap lemak manis dan sos tiram. kacau rata. Masukkan pula sayur-sayur, fishball, fishcake dan udang. Biar 1-2 minit. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masuk ke dalam bahan-bahan tadi. Tabur lada sulah dan kacau. Padamkan api dan ketepikan.

Di dalam periuk yang lain, didihkan air dan celur mee. Toskan airnya. Hidang mee bersama kuah tadi. Tabur bawang goreng, cili merah yang telah dihiris, daun bawang dan daun saderi.

Monday 17 July 2017

Nasi Minyak
Nasi Minyak

1 kg beras
1 sb minyak sapi
2 sb minyak masak
1 biji bawang besar
1/2" halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
air
susu cair
kacang badam
kismis
2 tangkai daun ketumbar
1 sk garam

Panaskan minyak sapi dan minyak masak. Tumis bawang besar dan halia yang telah dihiris dan juga rempah empat sekawan. Kemudian masukkan air dan susu cair. Saya tak pasti sukatan air dan susu cair tapi pastikan susu cair lebih daripada air. Biar mendidih.

Masukkan pula beras dan garam. Bila nasi masak, masuk kacang badam dan kismis. Gaul rata.

Tabur daun ketumbar di atas nasi. Hidang bersama Ayam Kurma Hari Raya dan Pecuk.
Ayam Kurma Hari Raya
Ayam Kurma Hari Raya

1 kg ayam
RM 3 rempah kurma untuk beriani, atau
5 sb rempah kurma biasa
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji cengkih
2 biji buah pala
1 kuntum bunga lawang
1/2 tin susu cair
1 biji tomato
1 biji kentang
1 sb minyak sapi
3 sb minyak masak
1 sk garam
1 cawan air
sedikit daun pudina
sedikit daun ketumbar

Panaskan minyak sapi bersama minyak masak biasa.

Masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar. Bila wangi, masukkan pula rempah empat sekawan. Tumis lagi dan masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga terbit minyak.

Masukkan pula ayam dan air dan biar hingga ayam setengah masak. Masukkan kentang dan bila ayam hampir masak, masukkan pula susu cair dan garam. Akhir sekali, bila ayam telah masak, masukkan tomato dan cili hijau.

Tabur daun pudina dan daun ketumbar semasa menghidang.
Pencuk
Pencuk
2 batang timun
2 batang lobak merah
1 biji nenas
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 biji bawang besar
100 ml cuka
1 sk garam
1 sk gula

Timun dibelah dua dan dihiris. Lobak merah dibelah empat dan dihiris. Buang kulit dan mata nenas dan potong kecil-kecil. Bawang besar dihiris. Cili merah dan hijau dihiris menyerong.

Masukkan semua bahan-bahan kedalam mangkuk. Tuang cuka dan masukkan garam dan gula. Gaul rata kesemua bahan-bahan. Hidang.

Thursday 6 July 2017

Spaghetti Kari Laksa
Spaghetti Kari Laksa
100g spaghetti
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 " halia
1 pkt sos pasta kari laksa Pastamate
10 ekor udang
3 ekor sotong
1 batang fishcake
6 biji fishball
5 keping tauhu kering
700ml air
300ml santan
sedikit daun kari
minyak untuk menumis 

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Kacau hingga semua bahan-bahan naik bau.

Kemudian masukkan udang dan sotong dan kacau 2-3 minit. Masukkan air dan biar hingga mendidih. Bila air mendidih, masukkan sos pasta, daun kari, fishball, fishcake yang telah dihiris dan tauhu kering yang dipotong dua dan biar beberapa minit. Akhir sekali, masukkan santan dan kacau sekejap sebelum hidang.

Didalam periuk yang lain, didihkan air dengan sedikit garam. Bila air mendidih, masukkan spaghetti dan biarkan masak. Toskan air.

Hidang spaghetti dengan kuah kari laksa.
Popia Goreng
Popia Goreng
20 keping kulit popia
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang lobak merah
1/2 biji sengkuang
15 ekor udang saiz kecil
segenggam taugeh
1 keping tauhu
sedikit garam
minyak untuk menumis

Lobak merah dan sengkuang dihiris halus. Tauhu digoreng dan dipotong halus. Udang dipotong kecil-kecil. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bawang-bawang yang telah dihiris halus. Masukkan udang dan goreng hingga hampir masak. Masuk lobak merah dan kacau sekejap. Kemudian masukkan sengkuang, tauhu dan sedikit garam. Jika kering, masukkan sedikit air. Masukkan pula taugeh dan kacau. Angkat dan sejukkan sekejap.

Ambil 1 sb inti tadi dan letakkan diatas kulit popia. Gulung. Panaskan minyak dan goreng popia hingga kuning. Hidang dengan cili sos.

Monday 3 July 2017

Hari Raya Corporate Gifts 2017

Wishing all Muslims around the world a Happy Eid Mubarak.