Tuesday 27 February 2018

Jus Epal Seleri
Jus Epal Seleri
2 biji epal hijau
1 batang seleri
2 cawan air masak
1 sk gula
beberapa ketul air batu

Kisar epal hijau dan seleri bersama air masak. Tapis. Campur sedikit gula dan kacau. Tuang dalam gelas dan masukkan air batu. Hidang.
Quinoa Salad with Frozen Vegetables
Quinoa Salad with Frozen Vegetables

1/2 cup quinoa
1 cup water
1/2 shallot, sliced thinly
1 cup frozen mixed vegetables
2 tbsp apple cider vinegar
1/2 tsp honey
2 tbsp olive oil
salt
black pepper

Bring quinoa and water to a boil in a pot. Reduce heat to medium-low and simmer until quinoa is tender, about 10-15 minutes. Set aside to cool.

In a bowl, whisk apple cider vinegar, honey, and olive oil.

Combine quinoa, shallot, frozen mixed vegetable in a bowl. Pour dressing over quinoa mixture and toss to coat. Season with salt and pepper. Serve.
Stew Daging
Stew Daging
200g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2" zucchini hijau
2" zucchini kuning
1 biji tomato
400 ml air
2 sb pes tomato
2-3 tangkai daun thyme
1/2 kiub perasa daging
sedikit garam

Rebus daging dengan air dan sedikit garam. Buang sisa-sisa kotor yang timbul dipermukaan air rebusan.

Bila daging sudah masak, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris diikuti dengan pes tomato, zucchini, stok ayam, garam dan daun thyme. Biar beberapa minit, kemudian angkat hidang.

Thursday 22 February 2018

Corned Beef Sandwich
Corned Beef Sandwich
2 slices Wheatgerm Bread
1 tbsp butter
1/4 cup corned beef
1 piece lettuce
2 slices tomatoes

Cook corned beef with some onions. Set aside.

Spread butter onto bread. Put lettuce on top followed by corned beef and tomatoes. Add another slice of bread and cut sandwich in two. Serve.
Salad Platter
Salad Platter
timun Jepun
lobak merah
lada benggala merah
seleri
tomato ceri
Romaine lettuce
Kewpie Roasted Sesame Dressing

Potong timun, lobak merah, seleri, lada benggala merah dan tomato ceri. Susun di atas pinggan besar bersama Romaine lettuce. Hidang campuran salad berasingan dengan dressing.

Saturday 17 February 2018

Masak Lemak Udang Dengan Nenas
Masak Lemak Dengan Nenas
20 ekor udang
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa
2 keping nenas
1 helai daun kunyit
2 keping ikan tenggiri masin
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit ajinomoto
minyak untuk menggoreng

Udang digaul dengan sedikit lada sulah dan goreng sekejap supaya tak lembik bila masak dengan santan. Goreng ikan tenggiri masin hingga garing. Ketepikan juga.

Masuk santan, ikan bilis, dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Bila mendidih, masukkan udang, nenas. ikan masin, serbuk kunyit, garam, ajinomoto, cili merah dan daun kunyit. Bila udang masak, angkat dan hidang.
Taugeh Goreng Telur
Taugeh Goreng Telur
150g taugeh
1" lobak merah
1/4 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
2 keping tauhu
3 batang cili kering
1 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Tumis bawang besar and bawang putih yang telah dihiris hingga wangi. Masuk cili kering, taugeh, lobak merah, daun kari dan serbuk kunyit. Kacau. Kemudian masuk tauhu yang telah digoreng, garam dan ajinomoto. Kacau lagi.

Di dalam mangkuk, pecahkan telur, masukkan garam dan pukul. Tuang telur ditengah-tengah kuali dan kacau perlahan-lahan. Gaul semua bahan-bahan tadi ke dalam bancuhan telur. Gaul sekali lagi dan hidang.

Sunday 11 February 2018

Sup Siam
Sup Siam
7 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1 peket pes sup Siam
1 batang seleri
2 biji tomato
1 biji kentang
2" lobak merah
1 tangkai daun ketumbar
4 cawan air
sedikit garam

Rebus ayam bersama air dan sedikit garam hingga ayam hampir empuk. Buang sisa-sisa kotor yang terapung di atas air rebusan.

Masukkan kentang, biar sekejap, masukkan pula lobak merah, seleri, bawang-bawang, serai dan pes. Bila sayur-sayur dah masak, masukkan tomato, kemudian kacau dan hidang. Tabur dengan hirisan daun ketumbar.
Betik Muda Masak Bening
Betik Muda Masak Bening
1 biji betik muda
1/2 biji besar
sedikit ikan bilis
4-5 cawan air atau secukupnya
sedikit garam
sedikit ajinomoto
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan ikan bilis. Masukkan air dan biar mendidih. Bila air mendidih, masukkan betik, garam dan ajinomoto. Bila betik lembut, angkat dan hidang.
Telur Dadar Soya Sos
Telur Dadar Soya Sos

4 biji telur
1 batang daun bawang
4 biji cili padi
1 sb soya sos cair
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Pukul telur dengan sedikit garam. Hiris daun bawang dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis daun bawang dan cili padi. Tuang telur dan soya sos cair. Jangan gaul soya sos dengan telur. Pecah-pecahkan telur dan bila masak, angkat dan hidang.

Saturday 3 February 2018

Teh Daun Selasih
Teh Daun Selasih
1 uncang teh hijau
air panas secukupnya
5 helai daun selasih
2 sk madu

Hiris daun selasih dan rendam uncang teh bersama daun selasih dalam air panas. Biar renih dalam 8-10 minit. Tapis dan campur sedikit madu dan kacau. Hidang.
Sotong Goreng Kari
Sotong Goreng Kari
8 ekor sotong
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
5 biji cili padi
3 sb serbuk kari ikan
sedikit air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Perap sotong dengan sedikit serbuk kari dan garam. Biar dalam 30 minit.

Panaskan minyak dan goreng sotong hingga air sotong hampir kering. Semasa menggoreng sotong masukkan halia dan serai. Bila air sotong dah agak kering, masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Kalau kering, tambah sedikit air.

Kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Jika ada daun kari, masukkan setangkai. Akhir sekali, masukkan cili padi dan garam. Gaul rata dan hidang.
Labu Siam Masak Lemak
Labu Siam Masak Lemak
2 biji labu siam
1/2 biji kelapa
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
3 biji cili padi
2 batang serai
1 helai daun kunyit
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Kisar ikan bilis dengan bawang-bawang, cili merah dan cili padi. 

Masuk santan, labu, bahan-bahan kisar, serai, daun kunyit ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Masukkan pula serbuk kunyit, ajinomoto, cili merah dan garam. Bila sayur masak, angkat dan hidang.