Sunday 27 March 2022

Burnt Cheesecake 

Burnt Cheesecake
250g cream cheese
½ cawan gula
3 biji telur
½ cawan whipping cream
2 sb tepung gandum
1 sk esen vanilla
1 sb perahan lemon - optional

1. Blend ke semua bahan-bahan sehingga sebati.
2. Bakar dalam air fryer dua kali:
    i) 180℃ - 25 minit
    ii) 160℃ - 15 minit

* Saiz loyang - 6"
** Jenis AF - Russell Taylor 3.8L

3. Selepas siap dibakar, biarkan sehingga suhu bilik. Lagi sedap biarkan sejuk2 dalam fridge, baru potong dan makan.

Kredit: unknown

 Nasi Goreng Cili Hijau

Nasi Goreng Cili Hijau

250g nasi putih
6 biji bebola ayam - potong empat
2 batang sosej - hiris
2 biji telur - pukul
sedikit kacang peas
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
3 biji cili padi merah
20g ikan bilis

Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang - hiris
cili hijau - hiris


1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
2. Masuk bebola ayam dan sosej... goreng sekejap.
3. Kemudian masukkan sos tiram, sos ikan, kacang peas dan nasi. Gaul rata. Kalau tak cukup masin, masuk sedikit garam.
4. Ketepikan nasi dan tuang telur. Kacau-kacau hingga separuh masak. Kemudian gaulkan nasi dengan telur.
4. Angkat dan hidang. Tabur sedikit bawang goreng, hirisan daun bawang dan cili hijau.
5. Sedia untuk dihidangkan.

 Creamy Linguine with Black Pepper Chicken

Creamy Linguine with Black Pepper Chicken
150g linguine
200g isi ayam
4-5 floret brokoli - potong kecil
3-4 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan air rebusan pasta
100ml krim masakan
1 sk chilli flakes
3 sb parutan keju parmesan
2-3 tangkai daun parsli - hiris halus
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk sos lada hitam
sedikit garam
minyak

Didihkan air dengan sedikit garam dan rebus linguine hingga al dente. Tapis dan toskan.

Perap ayam dengan sos lada hitam, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan selama 30 minit.

Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Masuk bawang putih dan goreng sekejap. Masukkan linguine...jika kering, masukkan sedikit air. Masuk kan pula brokoli diikuti dengan keju parmesan, chilli flakes, garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Tutup api dan masukkan daun parsli. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.

Saturday 19 March 2022

 Minuman Tembikai Bersusu

Minuman Tembikai Bersusu

1/2 buah tembikai tanpa biji - potong dadu
susu cair
sirap
ais secukupnya

1. Campur semua bahan jadikan satu.

Kredit: unknown

 Kek Kukus Choc Moist

Kek Kukus Choc Moist

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula (boleh kurangkan)
1 cawan minyak masak
3 biji telur

1. Blend semua bahan selama 5 minit.

Bahan untuk diayak:
¼ cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
1 sk baking powder

1. Selesai ayak, masukkan bahan blend. Gaul rata. Tapiskan dan masuk ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.

Topping:
½ cawan susu pekat
¼ cawan susu cair
3 sb serbuk koko
4-5 sb butter

1. Masakkan susu pekat, susu cair dan serbuk koko. Gaul rata.
2. Masuk butter sikit2. Masak hingga likat.
3. Sejukkan dulu sebelum tuang ke atas kek.
4. Masuk ke dalam peti sejuk.

Kredit: nor liza kamarudin

 Biskut Red Velvet

Biskut Red Velvet

Bahan A (ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1 sk serbuk koko
1/2 sk baking powder
1/2 sk cream of tartar

Bahan B:
1 biji telur
1/2 cawan minyak
1/2 cawan salted butter
1/4 cawan gula perang
1/2 cawan gula
pewarna merah

Bahan C:
1/2 cawan white choc
1/2 cawan dark choc
1/2 cawan badam cincang - disangai

1. Ayak bahan A dan ketepikan.
2. Campur semua bahan B, kacau sebati, dan masukkan bahan A. Kacau rata dan masukkan bahan C. Gaul rata dan simpan doh dalam peti ais selama 1 jam.
3. Keluarkan doh dan sudukan adunan. Susun atas tray dan bakar pada suhu 170℃ selama 15 minit atau sehingga masak.

Kredit: unikitchen88

 Sotong Masak Kicap

Sotong Masak Kicap

300g sotong - hiris
1 batang sosej - hiris
4 sb kicap manis ABC
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit air
sedikit garam
minyak

Bahan A:
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 biji cili padi merah - cincang
1 batang serai - titik

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong hingga airnya kering. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan A hingga wangi. Masuk sotong dan sosej dan goreng sekejap.
3. Masuk kicap manis abc, sedikit air dan garam. Gaul rata. Masak hingga semua bahan-bahan sebati.
4. Tutup api... masuk daun ketumbar. Gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan.

 Telur Goreng Masak Asam

Telur Goreng Masak Asam

3 biji telur
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
halia - hiris
cili merah - hiris
cili padi - hiris
1 sk pes asam jawa + air
daun bawang - hiris
gula
garam
minyak

1. Panaskan minyak dan goreng telur. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi merah hingga wangi.
3. Masuk air asam jawa, gula dan garam. Kacau rata. Masuk telur, biar mendidih sekejap.
4. Angkat dan hidang. Tabur sedikit hirisan daun bawang.

Tuesday 15 March 2022

 Semprit Susu

Semprit Susu

250g buttercup
50g gula castor
120g susu pekat
400g tepung jagung
30g tepung kastard
1 sk esen vanilla
Hiasan - choc chips

1. Pukul sebati buttercup dan gula.
2. Masuk susu pekat dan esen vanilla, gaul lagi.
3. Masuk tepung jagung dan tepung kastard, sambil uli sampai jadi doh. Adunan ni lembut je, senang nak tekan nanti. Boleh tekan di atas loyang.
4. Bakar pada suhu 160℃, api atas bawah, selama 20 minit.

Kredit: farah hana

 Puding Karamel

Puding Karamel

¼ cawan gula
4 sb air suam

1. Panaskan gula dan masukkan air di dalam periuk. Masak di atas api perlahan sehingga warna bertukar keperangan, kemudian baru kacau sekata.
2. Tuang dalam loyang berukuran 6" dan ketepikan.

Bahan-bahan untuk puding:
6 biji telur, gred C
1 tin susu cair
½ tin susu pekat
120ml air
1 sudu tepung kastard
1 sk esen vanilla

1. Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau menggunakan garpu... jangan terlebih pukul adunan.
2. Tapiskan adunan ke dalam loyang. Hati-hati semasa menuang supaya lapisan karamel tidak terjejas.
3. Tutup loyang dengan aluminium foil supaya air tidak bertakung semasa dikukus.
4. Kukus selama 30-40 minit atau sehingga puding masak.

Kredit: mia zareed afiq

 Kobis Goreng Kunyit

Kobis Goreng Kunyit

kobis
bawang merah - hiris
bawang putih - hiris
cili hijau - cincang
biji sawi
kek ikan
serbuk kunyit
serbuk jintan manis
serbuk ketumbar
sedikit air
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan biji sawi hingga wangi. Masuk serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar dan garam. Kemudian masukkan kek ikan... jika kering tambah sedikit air. Akhir sekali masuk kobis, goreng sekejap dan bila sayur lembut bolehlah angkat dan hidang.

Ayam Masak Halia
Ayam Masak Halia
400g ayam
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3" halia - hiris
2 biji cili padi merah - titik
1 biji kentang - potong enam
1 tangkai daun bawang - potong 3" panjang
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - belah empat
2 sb sos tiram
1 sk tepung jagung + sedikit air
2-3 cawan air
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam dan kacau. Kemudian masukkan air dan kentang. Bila mendidih, kecilkan api dan biar hingga ayam hampir empuk. Masukkan pula sos tiram dan garam. Kacau rata. Bila ayam dah empuk, masukkan daun bawang, cili merah, tomato dan bancuhan tepung jagung. Gaul rata dan ayam sedia untuk dihidangkan.

Wednesday 9 March 2022

 Kole Kacang

Kole Kacang

2 cawan tepung kacang hijau
2 buku gula melaka
2 cawan santan
2 sudu gula pasir (kalau nak manis)
3 cawan air
secubit garam
daun pandan

Taik minyak:
2 cawan pati santan
secubit garam

1. Kacau atas api api sederhana sampai jadi taik minyak. Tapis, minyaknya nanti tuang kat adunan.
2. Rebus gula melaka dengan air dan daun pandan. Tapis dan sejukkan.
3.Masuk tepung, santan, air gula, garam dan secawan air lagi. Kacau api kuat. Bila dah pekat kecilkan api.
4. Masuk lebihan minyak tadi...nak bagi kilat adunan tu.
5. Bila dah betul2 masak, tuang kedalam loyang. Tabur taik minyak dan sejukkan.

Kredit: unknown

 Semprit Papan

Semprit Papan

1 ketul butter @250g planta
1 cawan gula castor
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung ubi
3 sudu tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu vanilla
2 sudu susu pekat

1. Pukul planta dengan gula, manja2 je. Masuk telur, gaul rata. Masukkan vanilla.
2. Masykkan tepung, gaul sampai adunan tak lekat pada jari.
3. Masukkan dalam acuan tekan.
4. Bakar pada suhu 160℃ selama 24 minit.

Kredit: Hashimah Razali

 Tauhu Lada Hitam

Tauhu Lada Hitam

2 keping tauhu - potong enam
1/2 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 sb sos lada hitam
1 sk kicap manis pedas
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit air
minyak

1. Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak menggoreng tauhu tadi, tumis bawang-bawang dan cili hingga wangi.
3. Masuk sos lada hitam, kicap manis pedas, serbuk lada hitam dan air. Tambah garam kalau tak cukup masin. Kacau rata.
4. Masuk tauhu dan gaul rata. Hidang.

 Ikan Nila Goreng

Ikan Nila Goreng

500g ikan kembung
2 sdm bumbu kuning halus
(bawang merah, bawang putih, kunyit, kemiri)
1 sk serbuk ketumbar
bumbu pelengkap (garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah)
minyak

1. Campur bumbu halus, serbuk ketumbar dan bumbu pelengkap.
2. Gaul dengan ikan dan biar sekejap.
3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
4. Angkat dan hidang dengan sambal atau kicap bercili.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit: hwang_frenzdy

 Sayur Campur Perisa Cendawan

Sayur Campur Perisa Cendawan

1 keping isi ayam - potong kecil
3 ulas bawang putih - hiris
brokoli
bunga kobis
lobak merah
1 sb sos pekat cendawan
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga berubah warna. Masuk brokoli, bunga kobis dan lobak merah...goreng sekejap...masukkan pula sos pekat cendawan dan air. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.