Friday 29 September 2017

Air Madu Lemon
Air Madu Lemon
1 gelas air suam
2 sk madu
1 sk jus lemon
1 hiris lemon

Tuang air suam ke dalam gelas. Masukkan madu, jus lemon dan kacau. Masukkan pula sehiris lemon dan hidang.
Udang Goreng Kari
Udang Goreng Kari
10 ekor udang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
2 sb serbuk kari ikan
1 tangkai daun kari
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Perap udang dengan 1 sk serbuk kari ikan dan sedikit garam.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia yang telah dihiris. Tumis sekali dengan serai yang telah dititik. Tumis hingga wangi.

Kemudian masuk udang dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Gaul rata. Masuk daun kari dan garam. Balik-balikkan udang dan biar masak dalam 10 minit. Hidang.
Sayur Campur ala Pelangi
Sayur Campur ala Pelangi
1/2 biji bawang
2 ulas bawang putih
1 keping isi ayam
4 floret brokoli
2" lobak merah
10 batang snowpeas
1/4 biji cili benggala kuning
2 pelepah kobis Cina
1 sb sos tiram
1/2 sk tepung jagung
sedikit air
minyak untuk menumis

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih yang telah dihiris hingga wangi. Masukkan isi ayam dan kacau sebentar. Kemudian masukkan lobak merah, cili benggala, brokoli, snowpeas dan kobis Cina. Gaul rata hingga sayur-sayur hampir masak.

Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Masukkan sos tiram dan bancuhan tepung jagung. Jika tak cukup masin, tambah sedikit garam. Gaul rata, angkat dan hidang.

Saturday 23 September 2017

Teh O Halia
Teh O Halia
1 uncang teh
1 mug air panas
3 hiris halia
2 sk gula

Letak hirisan halia di dalam mug. Tuang air panas dan biar dalam 1-2 minit. Masukkan uncang teh dan biar sekejap. Kemudian masukkan gula, kacau dan hidang.
Sandwich Telur

Sandwich Telur
2 keping roti
2 biji telur rebus
2 sb mayonis
1/2 sk mustard
1 helai daun salad
1/2 biji tomato
1/2 biji bawang
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit mentega

Lecek telur bersama mayonis, mustard, bawang hiris, garam dan lada sulah. Sapu mentega pada roti. Letak sekeping daun salad dan telur yang telah dilecek tadi dan ratakan atas roti. Kemudian letak pula hirisan timun dan tomato dan sekeping roti lagi di atas telur. Potong kulit roti, kemudian potong dua bentuk menyerong.

Siap untuk di makan.
Kepak Ayam Goreng Bercili
Kepak Ayam Goreng Bercili

5 keping kepak ayam
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cili
2 peket chilli flakes
sedikit garam
minyak untuk menggoreng


Gaul kepak ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, chilli flakes dan garam. Kalau kering, tuang sedikit minyak dan gaul. Perap dalam 1 jam.

Panaskan minyak dan goreng kepak ayam hingga garing.

Saturday 16 September 2017

Air Barli Lemon
Air Barli Lemon
1 cawan barli
1.5 liter air
gula secukupnya
2 sb jus lemon
sehiris lemon
air batu

Cuci barli dan rebus barli dengan air hingga lembut. Masukkan gula dan kacau. Bila barli lembut, tutup api dan biar barli sejuk sekejap. Tuang dalam gelas, masukkan jus lemon dan beberapa ketul air batu. Hias dengan sepotong lemon.
Pucuk Manis Masak Lemak
Pucuk Manis Masak Lemak

1 ikat pucuk manis
1 biji keledek
1/2 biji bawang besar
1 biji cili merah
1/2 biji kelapa
sedikit ikan bilis
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit ajinomoto

Ikan bilis boleh dikisar atau dibiarkan begitu sahaja. Rebus keledek hingga separuh masak. Sejukkan dan potong kiub besar.

Masuk santan, keledek, ikan bilis dan bawang ke dalam periuk. Tak perlu menumis bawang bila masak lemak. Gunakan api kecil dan biarkan mendidih.

Jika mahu kuah kekuningan, masukkan serbuk kunyit. Masukkan sayur pucuk manis, garam, ajinomoto dan cili merah. Bila sayur masak, angkat dan hidang.
Sambal Ikan Bilis
Sambal Ikan Bilis

70g ikan bilis
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 sb cili boh
2 sk gula
1 keping asam
sedikit garam
minyak untuk menumis

Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Kisar 11/2 biji bawang besar bersama bawang putih. Baki 1/2 biji bawang besar dihiris.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang bahan kisar dengan bawang hiris hingga wangi. Masukkan cili boh dan kacau. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau lagi dalam 5 minit. Biar cili masak lebih kurang dalam 10 minit lagi. Masukkan gula, sedikit garam dan asam keping. Akhir sekali, masukkan ikan bilis tadi. Kacau dan hidang.

Friday 8 September 2017

Teh Daun Pudina
Teh Daun Pudina
1 uncang teh hijau
air panas secukupnya
6 helai daun pudina
2 sk madu

Rendam uncang teh bersama daun pudina dalam air panas. Campur madu dan kacau. Hidang.
Bayam Goreng
Bayam Goreng
3 ikat bayam
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
sedikit ajinomoto
sedikit air
minyak untuk menggoreng

Hiris bayam halus-halus. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga kuning. Masuk bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Tumis hingga bawang layu.

Masukkan bayam dan gaul rata. Kalau kering, masukkan sedikit air. Masukkan ajinimoto dan goreng lama daripada biasa sehingga bayam lembut dan layu. Hidang.
Dalcha
Dalcha
1/2 ekor ayam
1/2 cawan kacang dhal
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 batang serai
3 sudu besar rempah kari daging
1/2 biji kelapa parut
sedikit serbuk stok ayam
sedikit garam
1/2 batang lobak merah
4 batang kacang panjang
1/2 biji terung
1 biji tomato
1 biji kentang
minyak untuk menumis

Rebus kacang dhal dengan air hingga kacang lembut. Toskan air.

Kisar bawang besar dan bawang putih dengan sedikit air.

Perah kelapa parut untuk mendapatkan santan cair dan santan pekat.

Lobak merah dibelah dua dan potong 11/2" panjang. Kacang panjang dipotong 2". Terung dibelah dua dan potong menyerong. Tomato dan kentang dibelah 6.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar bersama halia dan serai hingga wangi.

Bancuh rempah kari dengan sedikit air dan masukkan ke dalam tumisan tadi. Kacau dan jika kering tambah sedikit air.

Masukkan ayam dan gaul. Masukkan pula santan cair dan biar kuah merenih. Masukkan garam, serbuk stok ayam dan terung. Biar seketika dan bila ayam hampir masak masukkan pula lobak merah.

Kemudian masukkan pula kacang panjang, terung, santan pekat dan kacang dhal. Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan tomato. Angkat dan hidang.

Friday 1 September 2017

Jus Asam Jawa
Jus Asam Jawa
200g asam jawa
1 liter air
gula pasir
air batu

Potong asam jawa kecil-kecil. Masukkan asam jawa bersama air ke dalam periuk dan biar mendidih. Kecilkan api dan biar 5 minit. Kemudian tutup api dan biar dalam 15-20 minit. Tapis dan masukkan gula (ikut kemanisan yang anda suka). Letak ketulan ais dan hidang.
Karipap
Karipap
1 bungkus puff pastry
1 biji kuning telur
sedikit air

Ambil sekeping puff pastry dan letakkan 1 sb inti karipap ditengah-tengah. Sapukan sedikit air disekeliling puff pastry, lipat tiga segi dan picit sedikit supaya kulit pastry melekat.

Pukul kuning telur dan sapu di atas karipap tadi. Bakar 150 Celcius selama lebih kurang 15 minit.


Inti Karipap
Inti Karipap

1 keping daging cincang Ramly
1 biji bawang besar
1" halia
1 biji kentang
2 sb rempah kari daging
sedikit daun kari
sedikit garam
sedikit air
minyak untuk menumis

Kentang dan bawang besar dipotong dadu kecil.

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Asingkan. Kemudian tumis bawang besar dan halia. Halia tak perlu dipotong kecil-kecil sebab saya keluarkan dia selepas siap memasak inti. Bila bawang kuning, masukkan daging cincang dan kacau rata. Masukkan pula rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga daun kari. Jika kering, tambah air. Akhir sekali, masukkan garam dan kentang tadi. Gaul rata. Jangan lupa keluarkan halia tadi.
Bubur Jagung Dengan Keledek
Bubur Jagung Dengan Keledek
2 batang jagung
2 biji keledek saiz kecil
1 helai daun pandan
2 sk gula putih
2 ketul kecil gula melaka
1/2 biji kelapa
2 sb sagu

Rendam sagu di dalam air selama 15-20 minit sehingga sagu lembut. Toskan.

Hiris jagung untuk mendapatkan isinya. Asingkan.

Rebus keledek bersama daun pandan di dalam santan cair sehingga keledek hampir lembut. Masukkan isi jagung dan rebus selama 5-10 minit. Masukkan santan pekat, gula putih, gula melaka dan sagu dan kacau sehingga gula hancur dan sagu lembut. Pastikan api kecil supaya santan tidak pecah. Hidang.