Sunday 22 November 2020

Pisang Goreng Sedap
Pisang Goreng Sedap
10 biji pisang nipah - belah dua
100g tepung gandum
1/4 sk serbuk penaik
50g gula
sedikit garam
150ml air
1 biji telur
pewarna kuning
minyak untuk menggoreng

Campur tepung gandum, serbuk penaik, gula, garam, telur, pewarna kuning dan air. Gaul rata hingga sebati. Masukkan pisang ke dalam adunan. Gaul sekali lagi. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan sajikan.
Mee Goreng Udang Kering
Mee Goreng Udang Kering
1 paket mee - celur
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sb udang kering
1/2 sk belacan
1 sb cili boh
1/2 sk serbuk kunyit
3 keping isi ayam - potong kecil
1 keping fish cake - hiris
6 biji fishball - belah dua
2 pokok sawi - hiris kasar
2 sb sos tomato
1 sb sos cili
2 sb sos tiram
2 sb sos soya cair
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Udang kering direndam sekejap. Kemudian bilas dan toskan. Ketepikan kesemua bahan-bahan.

Kisar bawang besar, bawang putih, udang kering dan belacan dengan sedikit air. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk cili boh dan serbuk kunyit. Tumis lagi hingga air kering dan pecah minyak. Masukkan pula ayam dan goreng hingga ayam hampir masak. Kemudian masuk fishball dan fishcake diikuti dengan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sos soya cair. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan mee dan sawi. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Hidang bersama hirisan cili merah bercampur kicap manis.
Kari Keema

Kari Keema
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - cincang
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 helai daun salam kering
1/2 biji tomato - di dadu kecil
1 sb serbuk kari daging
1 sk pes halia bawang putih
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 cawan air
1/4 cawan sayur campuran beku peas, carrot dan jagung
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes halia bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan gaul hingga daging berubah warna. Masuk daun salam kering, tomato, serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan sedikit air. Kacau hingga rempah-rempah sebati. Jika kering, tambah sedikit air lagi. Akhir sekali, masukkan campuran peas, carrot dan jagung, dan perasakan dengan garam. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Ikan Jenahak Berkuah Sos Ikan
Ikan Jenahak Berkuah Sos Ikan
2 keping ikan jenahak
4 ulas bawang putih - cincang
4 sb sos ikan
3 sb air
21/2 sb gula
5 biji limau kasturi - jusnya
3 biji cili padi merah - cincang
1 tangkai daun bawang - hiris halus
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan. 

Campurkan sos ikan, air, gula, jus limau kasturi dan cili padi. Gaul rata. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk campuran sos ikan dan kacau-kacau. Kemudian masukkan ikan dan daun bawang. Balik-balikan, kemudian angkat dan hidang.
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng Pes Cili Thai
Kacang Buncis dan Lobak Merah Goreng Pes Cili Thai

10 batang kacang buncis - hiris menyerong
1 batang lobak merah - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
1 sk pes cili Thai
3 sb santan kotak
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk pes cili Thai dan sedikit air. Tumis hingga bawang-bawang dan pes sebati. Kemudian masukkan kacang buncis dan lobak merah. Goreng hingga sayur lembut. Masukkan pula cili merah cincang dan santan. Kacau rata, kemudian angkat dan hidang.

Friday 13 November 2020

Pasta Bersos Tomato
Pasta Bersos Tomato
1 mug pasta
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 keping daging kisar Ramly
1 batang lobak merah - potong dadu
1 batang seleri - hiris
7 biji cendawan - hiris
2 sb tomato puri
1 tin tomato jus V8
2 cawan air
sedikit daun 'apple mint'
1/2 kiub pati daging
1-2 sk gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan goreng hingga lembut. Kemudian masukkan lobak merah dan kacau dalam 1-2 minit. Masukkan tomato puri dan air. Kacau dan tunggu mendidih. Bila kuah mendidih, masukkan pasta dan kacau perlahan-lahan. Bila pasta dah separuh masak, masukkan pula tomato jus, seleri, cendawan, daun apple mint, kiub pati daging dan perasakan dengan garam dan gula. Bila semua bahan-bahan dah masak dan sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Ayam Masak Sambal Hijau (2)
Ayam Masak Sambal Hijau (2)
6 ketul ayam
6 biji cili hijau
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 biji limau kasturi - jusnya
1/2 sk stok pekat ayam
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Kisar cili hijau, bawang besar, bawang putih dan halia.  Perah limau kasturi dan gaul. Ini untuk mengelakkan cili daripada menjadi hitam. Ketepikan. Kemudian perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Ketepikan juga.

Dengan baki minyak menggoreng ayam tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk sedikit air, stok pekat ayam, garam dan gaul. Jika mahu kuah lebih, tambah sedikit air lagi. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan ayam. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sayur Campur Sotong Kering
Sayur Campur Sotong Kering
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 helai kobis cina - hiris
1/2 batang lobak merah - hiris
1 keping tauhu - potong enam
segenggam hirisan sotong kering - rendam
1 sb sos tiram
1 sb sos soya Thai
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk tauhu dan goreng hingga kekuningan. Kemudian masukkan lobak merah, sotong kering dan kobis. Jika kering, masuk sedikit air rendaman sotong. Masukkan pula sos tiram, sos soya Thai, gula dan garam (jika perlu). Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Saturday 7 November 2020

Bebola Daging Masak Jintan
Bebola Daging Masak Jintan
20 biji bebola daging
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1 biji cili merah - cincang
2 batang leek - hiris menyerong
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk bebola daging dan gaul rata. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, garam dan sedikit air. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Akhir sekali, masukkan leek dan cili merah. Kacau sekejapdalam 1-2 minit, kemudian angkat dan hidang.
Udang Goreng Jus Limau
Udang Goreng Jus Limau
8 ekor udang besar
1/2 biji bawang besar - hiris bulat
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
3-4 biji cili padi - titik
2 batang serai - titik
7-8 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
minyak

Perap udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Kemudian panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak menggoreng udang tadi, tumis cili merah, cili hijau, cili padi dan serai. Goreng sekejap saja. Masukkan udang tadi, garam dan jus limau. Gaul rata. Sedia untuk dihidangkan.
Sotong Masak Kari Merah Thai (2)
Sotong Masak Kari Merah Thai (2)
2 ekor sotong rendam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
1 batang serai - titik
5 helai daun limau purut
1 paket pes kari merah Thai
1 sk sos ikan
1/2 kotak santan
100ml air
minyak

Panaskan sedikit minyak dan goreng sotong bersama beberapa hirisan halia. Biar airnya keluar dan apabila kering keluarkan sotong dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak lagi dan tumis bawang-bawang, halia dan serai hingga wangi. Masuk sotong dan goreng sebentar. Kemudian masukkan pes kari merah, daun limau purut dan gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah sebati, masukkan santan, air dan sos ikan. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sardin Masak Bersantan
Sardin Masak Bersantan
1 tin (230g) sardin
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 batang serai - titik
1/2 sk serbuk kunyit
1 biji limau kasturi - jusnya
1 sk cili boh
2-3 sb santan kotak
1/4 cawan air
sedikit garam

Didihkan air bersama bawang-bawang, serai, cili boh dan serbuk kunyit. Bila air mendidih, masukkan sardin dan sosnya. Kemudian masukkan santan, jus limau kasturi dan garam. Kacau perlahan-lahan. Bila semua bahan-bahan sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Bendi Goreng Udang Kering
Bendi Goreng Udang Kering
1 paket bendi
1 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sb udang kering
1 sb sos soya cair
1/2 sk serbuk lada sulah
1/2 sk minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang kering dan sambung menggoreng. Kemudian masukkan bendi, garam dan serbuk lada sulah. Jika kering, tambah sedikit air. Akhir sekali, masukkan sos soya cair dan sedikit minyak bijan. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Mee Goreng Sedap
Mee Goreng Sedap
1 paket (500g) mee kuning
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 biji cili merah - hiris
1 biji tomato - potong-potong
2 pokok bunga sawi - potong-potong
150g daging
6 biji fishball - belah dua
1 keping fishcake - hiris
1 biji telur - pukul
1/2 kiub pati daging
1 sb cili boh
11/2 sb sos tiram
1 sb sos tomato
3 sb kicap manis pedas
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan sedikit serbuk lada sulah.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis sebentar. Masukkan daging dan goreng separuh masak. Kemudian masukkan fishball, fishcake, tomato, sedikit air, sos-sos, kiub pati daging dan garam. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan cili merah, sawi dan air jika kering. Akhir sekali, masukkan mee dan gaul rata. Kemudian angkat dan hidang.

Sunday 1 November 2020

Nasi Goreng Cina
Nasi Goreng Cina
400g nasi
20 ekor udang
6 ulas bawang putih - cincang
100g sayur campur beku
2 biji telur - pukul
2 sb sos soya cair
1 sb minyak bijan
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap udang dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng udang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk nasi, gaul sekejap, dan masukkan pula udang dan sayur campur beku. Gaul semua bahan-bahan. Ketepikan nasi, tuang telur dan kacau hingga tiga suku masak. Kemudian gaul nasi dengan telur hingga rata. Masukkan pula sos soya cair, minyak bijan dan garam. Gaul nasi hingga rata, kemudian bolehlah angkat dan hidang. Tabur sedikit hirisan daun bawang jika suka.
Salad Makaroni dan Ayam
Salad Makaroni dan Ayam
1 mug makaroni
3 keping ayam
3" lobak merah
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala merah
2 sb mayonis
2 sb krim
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah

Didihkan air bersama sedikit garam. Bila air mendidih masukkan pasta dan rebus hingga al dente. Kemudian angkat dan toskan.

Rebus ayam juga dengan sedikit garam. Bila ayam empuk, angkat dan toskan. Apabila ayam dah sejuk, carik-carikkan isi ayam dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan pula pasta dan juga lobak merah, lada benggala merah dan hijau. Gaul rata. Kemudian masukkan mayonis, krim bersama garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata sekali lagi. Bila semua bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Mee Segera Goreng
Mee Segera Goreng
2 paket mee segera perasa kari
2 paket serbuk kari
1/2 biji bawang besar - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 pokok sawi bunga - hiris
3 keping isi ayam - potong kecil
7 biji fishball goreng - belah dua
1 sb cili boh
11/2 sb sos tiram
1 sb sos tomato
1 biji telur - pukul
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Didihkan air dan rebus mee segera hingga tigasuku masak. Angkat dan tapis. Ketepikan. Kemudian perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis sekejap. Masukkan ayam dan goreng hingga ayam berubah warna. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, serbuk kari, fishball goreng dan sedikit air. Goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Masukkan pula mee segera dan sawi bunga. Gaul rata. Ketepikan mee dan tuang telur. Kacau perlahan-lahan macam buat scramble egg. Bila telur dah separuh keras, gaul semua bahan-bahan sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Ikan Jenahak Masak Air Asam
Ikan Jenahak Masak Air Asam
2 keping ikan jenahak
1 biji bawang merah - hiris besar
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
1 biji cili hijau - hiris besar
3 biji cili padi merah - titik
1 cawan air
1 sk pes asam jawa
1/2 sk sos tiram
sedikit garam
minyak

Perap ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang, halia, cili hijau dan cili padi merah hingga wangi. Masukkan air, pes asam jawa, sos tiram dan sedikit air. Biar mendidih dan kemudian masukkan ikan. Biar 2-3 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Petola Goreng Belacan Bersama Telur
Petola Goreng Belacan Bersama Telur
1 biji petola - hiris
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
2 biji cili padi
1 sk serbuk belacan
1 biji telur - pukul
sedikit serbuk pati ikan bilis
sedikit air
sedikit garam
minyak

Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah, cili padi, serbuk belacan dan garam.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Ketepikan tumisan dan tuang telur. Kacau macam buat 'scramble egg'. Bila telur dah separuh masak, masukkan petola, garam, serbuk pati ikan bilis dan sedikit air jika kering. Gaul rata, angkat dan hidang.