Wednesday 25 December 2019

Pasta Goreng Ringkas
Pasta Goreng Ringkas
1 mug pasta
2 keping isi ayam - potong kecil
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
2 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 sk perencah sup
1 tangkai daun ketumbar
1" lobak merah
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masuk ayam dan goreng dalam 2-3 minit. Masukkan pula air dan biar mendidih. Kemudian masukkan pasta, stok pekat ayam, perencah sup, lobak merah dan garam. Tambah air jika perlu. Bila pasta dah menjadi al dente, masuk daun ketumbar, kemudian angkat dan hidang.
Kurma Daging
Kurma Daging
500g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai - titik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3-4 sb serbuk kurma daging
3/4 biji kelapa parut
1 biji kentang - potong enam
1 biji lobak merah
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia bersama sedikit air. Ketepikan. Kemudian bancuh serbuk kurma dengan sedikit air. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masuk rempah empat sekawan dan tumis lagi. Kemudian masukkan bancuhan serbuk kurma dan kacau. Jika kering, masuk sedikit air.

Masukkan daging, kentang dan sedikit air. Tutup periuk, kecilkan api dan biar hingga daging dan kentang hampir empuk. Masuk lobak merah. Akhir sekali, masukkan santan dan garam. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian bolehlah dihidangkan.
Tempe Tumis Bersama Udang
Tempe Tumis Bersama Udang
1 paket tempe - hiris
15 ekor udang
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - hiris
1 sk sos tiram
2 sb kicap manis pedas
sedikit air
1 tangkai daun ketumbar - hiris
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Panaskan baki minyak dalam 2 sudu besar. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga udang bertukar warna. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis pedas dan sedikit air. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan tempe tadi dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.
Sayur Campur Goreng Cili Thai
Sayur Campur Goreng Cili Thai
3 floret bunga kobis
3" lobak merah
6 batang kacang buncis
2 helai kobis panjang
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sb pes cili Thai
1 biji telur - pukul
1/2 sk garam
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk bunga kobis, lobak merah dan kacang buncis. Goreng sekejap dan kemudian masukkan kobis panjang, sedikit air dan pes cili Thai. Ketepikan sayur dan tuang telur. kacau sikit-sikit dan bila telur keras sedikit, gaulkan bersama sayur-sayur. Perasakan dengan garam. Angkat dan hidang.

Friday 20 December 2019

Jus Buah Naga dan Lobak Merah
Jus Buah Naga dan Lobak Merah
1/2 biji buah naga putih
1/2 biji buah naga merah
1 batang lobak merah saiz kecil
4-5 sb yogurt asli
150ml air
2sk gula

Potong buah naga dan lobak merah kecil-kecil. Masuk ke dalam blender. Masukkan juga bahan-bahan lain. Kisar dan tuang jus ke dalam gelas. Sedia untuk dihidang.
Nasi Goreng Yangzhou
Nasi Goreng Yangzhou
1 mangkuk nasi
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 cawan sayur campuran beku
1 batang daun bawang - hiris
1 biji telur - pukul
10 ekor udang
1 batang sosej - hiris
2 sb sos soya cair
1 sk minyak bijan
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Potong udang dalam 2-3 bahagian dan perap dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk udang dan goreng sekejap. Masukkan pula sosej dan sambung menggoreng. Ketepikan udang dan sosej dan tuang telur. Kacau-kacau dan bila telur dah separuh masak, gaul sekali udang dan sosej tadi.

Kemudian masukkan nasi, sayur campuran beku dan daun bawang. Gaul rata. Masuk sos soya cair, minyak bijan dan garam. Gaul sekali lagi dan hidang.
Ayam Masak Bijan
Ayam Masak Bijan
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
8 paket sos cili
6 paket sos tomato
1 sb bijan putih
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga tiga suku masak. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk sos cili, sos tomato dan air. Kacau hingga semua bahan-bahan sebati. Kemudian masukkan ayam dan gaul rata. Tabur bijan putih semasa menghidang.
Kangkung Goreng Sos Soya
Kangkung Goreng Sos Soya
1 ikat kangkung
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 sb sos soya cair
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris. Masuk kangkung dan goreng separuh masak. Masukkan pula sos soya cair, gula dan garam. Goreng beberapa minit, kemudian angkat dan hidang.

Sunday 15 December 2019

Jus Oren Nenas dan Lobak Merah
Jus Oren Nenas dan Lobak Merah
1 biji oren
1 keping nenas
2" lobak merah
2 sk gula
250ml air
beberapa ketul air batu

Potong oren, nenas dan lobak merah kecil-kecil. Masuk ke dalam blender dan kisar bersama air dan gula. Tuang ke dalam gelas dan masukkan beberapa ketul air batu. Hidang.
Daging Goreng Black Bean Sauce
Daging Goreng Black Bean Sauce
200g daging
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1" halia
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala hijau
1 sb black bean sauce
2 sb sos soya cair
1 sk sos tiram
2 sk minyak bijan
1 sk tepung jagung
1/2 sk gula
1/2 sk serbuk lada sulah
minyak

Perap daging dengan sos soya cair, minyak bijan, tepung jagung, serbuk lada sulah dan gula.

Panaskan kuali tanpa minyak dan goreng daging hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk black bean sauce dan kacau. Kemudian masukkan daging tadi bersama bawang besar dan juga lada benggala hijau dan merah. Jika kering masuk sedikit air. Masukkan pula sos tiram, baki minyak bijan dan gula. Gaul rata. Bila daging dah empuk, bolehlah dihidangkan.
Bunga Kobis Goreng Telur
Bunga Kobis Goreng Telur
1 mangkuk kecil bunga kobis
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2" halia - cincang
1 biji cili hijau - cincang
2 tangkai daun kari
1 sk biji sawi
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk garam masala
1/4 sk serbuk lada hitam
1 biji telur - pukul
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan cincang dan biji sawi hingga wangi. Masuk bunga kobis dan sedikit air. Kemudian masukkan daun kari, serbuk kunyit, garam masala, serbuk lada hitam dan garam. Sambung menggoreng. Bila sayur dah lembut, tuangkan telur dan gaul rata. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Omelet Bayam
Omelet Bayam
1/2 paket bayam
2 biji telur - pukul
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sb sos tiram
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk bawang dan goreng. Masukkan pula sos tiram dan garam. Bila bayam lembut, tuang telur dan ratakan. Biar bahagian bawah masak kemudian terbalikkan  dan biar bahagian satu lagi masak. Angkat dan hidang.

Sunday 24 November 2019

Smoothie Pisang dan Blueberry
Smoothie Pisang dan Blueberry
1 gelas susu
1 biji pisang
3 biji kurma
20 biji blueberry

Masuk semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Cendawan Masak Bersama Tauhu
Cendawan Masak Bersama Tauhu
2 keping tauhu
2 bungkus cendawan shimeji
1" halia - cincang
5 ulas bawang putih - cincang
3 sb sos tiram
1 sk minyak bijan
1 sk sos soya cair
1 tangkai daun ketumbar
sedikit bancuhan tepung jagung + air
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk tauhu dan goreng. Tambah sedikit air supaya tak kering. Kemudian masukkan cendawan, sos tiram, sos soya cair, minyak bijan dan garam. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Cajun Prawns Linguine
Cajun Prawns Linguine
150g linguine
15 ekor udang
1 biji bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/4 biji lada benggala merah - di dadu kecil
1/4 biji lada benggala kuning - di dadu kecil
1/2 kiub ikan bilis
3 sk serbuk Cajun
1 tangkai daun parsli - hiris
1/2 cawan air rebusan pasta
1/2 sk garam
minyak

Didihkan air dan rebus linguine di dalam air bergaram. Bila kenyal, angkat dan toskan.

Perap udang dengan 1 sk serbuk Cajun. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak. Masukkan lada benggala merah dan kuning, kiub ikan bilis, baki serbuk Cajun, garam dan sedikit air rebusan pasta. Gaul rata.

Akhir sekali, masukkan linguine dan daun parsli. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Masak Kari Hijau Thai
Ayam Masak Kari Hijau Thai
300g isi ayam
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 biji terung - potong dadu
1 cawan santan
5 helai daun limau purut - hiris
5 sk pes kari hijau Thai
2 sb sos ikan
2 cawan air
minyak

Perap ayam dengan 1 sb sos ikan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak. Masuk ayam dan daun limau purut. Kemudian kecilkan api dan biar hingga ayam masak. Masuk air sikit-sikit supaya kuah tak kering.

Bila ayam dah masak, masukkan terung, santan, baki sos ikan dan tambah air jika perlu. Gaul rata dan hidang.

Saturday 16 November 2019

Jus Buah Naga Susu
Jus Buah Naga Susu
1/2 biji buah naga
150ml susu
2 sk gula

Masuk semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar dan kemudian tuang dalam gelas. Sedia untuk dinikmati.
Daging Masak Hitam (1)
Daging Masak Hitam (1)
180g daging
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
3 biji cili padi
2 batang serai - titik
1/2 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji kentang - potong empat
1 tangkai daun ketumbar
1 sb sos cili
1 sb rempah kari
4 sb kicap manis
4 sb kicap masin
2 cawan air
1/2 sk garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air.

Perap daging dengan 1 sb kicap manis dan 1 sb kicap masin.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk daging dan gaul rata. Kemudian masukkan sos cili, rempah kari, kentang dan sedikit air. Tutup kuali, kecilkan api dan biar hingga daging separuh masak.

Bila daging dah hampir masak, masukkan pula separuh daun ketumbar, baki kicap manis dan masin, garam dan air. Biar hingga daging empuk. Kemudian masukkan baki daun ketumbar, gaul rata, angkat dan hidang.
Sayur Green Dragon Goreng Telur
Sayur Green Dragon Goreng Telur
1 paket green dragon
2" lobak merah - hiris halus
3 ulas bawang putih
1 biji telur - pukul
2 sb sos ikan
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk lobak merah dan green dragon. Tuang telur dan goreng hingga telur sebati dengan sayur-sayur. Perasakan dengan sos ikan, garam dan serbuk lada sulah. Angkat dan hidang.
Bubur Butir Nangka Berinti
Bubur Butir Nangka Berinti
3 cawan tepung pulut
air secukupnya
pewarna merah, hijau, kuning
1/2 cawan kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
200ml santan
1 cawan susu cair
1 liter air
1 helai daun pandan
sedikit gula pasir
secubit garam

Inti: Masak kelapa parut dengan gula melaka. Pastikan inti kering.

Kuah: Campurkan santan, susu cair, air, daun pandan, gula pasir dan sedikit garam. Masak hingga kuah masak dan pekat.

Butir nangka: Sediakan 3 mangkuk besar. Campur tepung dengan air bersama pewarna dan uli hingga kental dan tidak melekat ditangan. Gentelkan bulat-bulat dan isikan dengan inti kelapa parut Didihkan air dan rebus butir nangka hingga timbul. Angkat dan masuk kedalam kuah yang telah dimasak tadi. Kacau sekejap dan hidang.

Sunday 10 November 2019

Smoothie Pisang dan Nenas
Smoothie Pisang dan Nenas
1 biji pisang
1 potong nenas
1 cawan susu
1 sk gula

Masuk semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar dan tuang smoothie ke dalam gelas. Hidang.
Ayam Goreng Timun Hot n Spicy
Ayam Goreng Timun Hot n Spicy
5 keping isi ayam
1 biji timun - hiris
1 sb pes halia bawang putih
1 biji cili merah - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
2 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb soya sos cair
1/2 sk pes cili Thai
1/2 sk minyak bijan
1/2 sk garam
minyak

Potong ayam kecil-kecil dan perap dengan 1 sb soya sos cair. Ketepikan.

Campur sos tomato, sos cili, baki soya sos cair, pes cili Thai dan minyak bijan. Ketepikan.

Panaskan kuali dan tumis pes halia bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Bila ayam separuh masak, masukkan timun dan cili merah. Goreng hingga ayam masak. Kemudian masukkan bancuhan sos, garam dan daun ketumbar. Goreng dalam 1-2 minit, kemudian angkat dan hidang.
Omelet Lobak Merah
Omelet Lobak Merah
3 biji telur
3" lobak merah - diparut
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah dan garam. Goreng hingga lobak separuh masak. Tuang telur dan ratakan. Kecilkan api dan biar bahagian bawah masak. Kemudian terbalikkan dan biar bahagian satu lagi masak. Bolehlah angkat dan hidang.
Bayam Hiris Goreng Belacan
Bayam Hiris Goreng Belacan
1 paket bayam
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili padi
2 sb serbuk belacan
1 sb sos ikan
sedikit air
sedikit garam
minyak

Hiris bayam halus-halus. Kemudian cincang bawang merah, bawang putih dan cili padi.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi bersama serbuk belacan hingga naik bau. Masukkan bayam dan goreng. Jika kering, tambah sedikit air. Perasakan dengan garam dan sos ikan. Kemudian angkat dan hidang.

Friday 1 November 2019

Jus Epal Oren
Jus Epal Oren
1 biji oren
1 biji epal
250ml air
1 sk gula

Potong oren dan epal kecil-kecil. Masuk kedalam blender bersama air dan gula. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Nasi Goreng Kimchi
Nasi Goreng Kimchi
1 mangkuk nasi
100g kimchi
1 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
3 biji cili padi - hiris
1 biji telur - pukul
2 batang sosej - hiris
1 sk stok pekat ayam
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili padi hingga wangi. Masuk sosej dan goreng hingga masak. Tuang telur dan kacau hingga telur separuh masak. Masukkan nasi, kimchi, stok pekat ayam dan garam. Gaul rata dan hidang.
Ayam Stim
Ayam Stim
7 ketul ayam
2" halia - hiris halus
1 tangkai daun ketumbar - hiris
5 biji kurma merah
2 sb soya sos cair
1 sk minyak bijan
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
cendawan - jika ada
goji berry - jika ada

Sediakan pengukus.

Susun ayam di dalam pinggan. Letak halia, sedikit daun ketumbar, soya sos cair, minyak bijan, garam, serbuk lada sulah dan sedikit air. Bila air dalam pengukus dah mendidih, masuk ayam ke dalam pengukus dan stim selama 20-30 minit. Tabur sedikit lagi daun ketumbar semasa menghidang.
Ma Po Tofu
Ma Po Tofu
2 keping tauhu - potong enam
1/2 keping daging kisar Ramly
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 sk lada Sichuan - kisar
3 sk sos kacang hitam
3 sk sos toban djan
1/4 cawan air
1/2 kiub pati daging
1 tangkai daun bawang - hiris
sedikit gula
sedikit bancuhan tepung jagung + air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga masak. Masukkan pula lada Sichuan, sos kacang hitam dan toban djan dan kacau rata. Tambah sedikit air, masukkan gula dan juga kiub pati daging. Biar beberapa minit, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan tauhu, balik-balikkan sikit dan biar hingga tauhu masak. Tabur dengan hirisan daun bawang semasa menghidang.

Sunday 27 October 2019

Smoothie Pisang dengan Teh Hijau
Smoothie Pisang dengan Teh Hijau
300ml susu
1 biji pisang
1 sk serbuk teh hijau
1 sk madu

Campur semua bahan-bahan ke dalam blender dan kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Ayam Masak Sambal Hijau (1)
Ayam Masak Sambal Hijau (1)
7 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas putih
1" halia
6-7 biji cili hijau saiz kecil
1/2 sk serbuk perasa
1/2 sk sos tiram
1 sk serbuk kunyit
sedikit garam
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kuning. Angkat dan toskan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili hijau. Ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kacau hingga cili masak. Masuk serbuk perasa, garam, sos tiram dan ayam.Gaul dan hidang.
Sayur Campur Emy
Sayur Campur Emy
1 pokok brokoli
1 batang lobak merah
1 mangkuk kecil snow peas
1 tin cendawan butang
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 sb sos tiram
1 kiub pati ayam
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk brokoli, lobak merah, cendawan butang dan snow peas. Kemudian masuk sedikit air, sos tiram, kiub pati ayam dan garam. Goreng hingga sayur lembut. Angkat dan hidang.

Friday 18 October 2019

Jus Strawberry dan Blueberry

Jus Strawberry dan Blueberry
200ml air kelapa
5 biji strawberry
20 biji blueberry

Campur kesemua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Daging Sos Tiram Bersama Nenas
Daging Sos Tiram Bersama Nenas
150g daging
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris batang mancis
1 keping nenas - potong kecil
1 tangkai daun bawang - potong 3" panjang
2 sb sos tiram
1/2 sk serbuk lada sulah
sedikit air
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan sedikit sos tiram.

Panaskan kuali tanpa minyak. Masukkan daging dan goreng hingga air daging kering. Kemudian masukkan minyak dan juga bawang-bawang dan halia. Tumis hingga wangi. Jika kering, masuk sedikit air. Masukan pula baki sos tiram, serbuk lada sulah dan garam. Goreng lagi hingga daging masak.

Bila daging dah masak, masukkan daun bawang dan nenas. Gaul sekejap, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Goreng Kunyit Paprika
Ayam Goreng Kunyit Paprika
6 keping isi ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk paprika
1/2 sk garam
sedikit serbuk perasa
1 batang daun bawang - hiris menyerong
sedikit air
minyak untuk menumis

Perap ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masukkan ayam dan gaul rata. Jika kering tambah air. Masuk serbuk paprika, serbuk perasa dan garam. Akhir sekali masuk daun bawang. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.
Baby Lettuce Goreng Bersama Tauhu
Baby Lettuce Goreng Bersama Tauhu
3 ketul baby lettuce
2 keping tauhu
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sb stok pekat cendawan
sedikit air
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masuk tauhu dan goreng sekejap. Kemudian masukkan baby lettuce dan perasakan dengan stok pekat cendawan, garam dan serbuk lada sulah. Jika kering, tambah sedikit air. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.

Sunday 13 October 2019

Oats dengan Strawberry dan Biji Chia
Oats dengan Strawberry dan Biji Chia
5 sb oats
5 biji strawberry
1 sb biji chia
1/2 cawan susu soya panas
1 sk gula perang
2 sb madu

Campur oats dan biji chia. Tuang susu soya panas dan kacau hingga oats dan biji chia lembut. Masukkan pula madu dan gula perang. Gaul rata. Bila semua bahan-bahan dah lembut dan cukup manisnya, masuk strawberry hiris. Gaul dan hidang.
Sup Ayam Berkunyit
Sup Ayam Berkunyit
7 ketul ayam
1 biji bawang besar - potong besar
3 ulas bawang putih - tumbuk sikit
1" halia - hiris
1" lengkuas - hiris
1 batang serai - titik
2" kunyit - hiris
2 biji cili padi - tumbuk sikit
5 helai daun limau purut
1 biji limau kasturi - jusnya
1 biji kentang - potong enam
2 sb sos ikan
2 cawan air
1/2 sk garam
1 tangkai daun ketumbar

Di dalam periuk, satukan ayam dengan air, bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai, kunyit dan daun limau purut. Didihkan. Bila ayam dah hampir lembut, masukkan kentang, sos ikan dan garam. Biarkan mendidih lagi sehingga ayam dan kentang empuk. Kemudian masukkan jus limau kasturi dan cili padi. Gaul rata dan hidang. Tabur sedikit daun ketumbar.