Monday 25 March 2019

Bubur Jagung Manis

Bubur Jagung Manis
1 tin jagung manis
1/2 biji kelapa - santan
2 ketul kecil gula melaka
2 sb gula putih
3 sb sago
1 helai daun pandan

Rendam sago dalam 20 minit. Tapis dan toskan.

Panaskan santan bersama daun pandan. Masukkan gula melaka dan gula putih. Bila gula larut, masukkan jagung manis (tak perlu masukkan airnya sekali) dan sago. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah. Gaul rata, angkat dan hidang.
Daging Goreng Dengan Leek
Daging Goreng Dengan Leek
200g daging - hiris
1 batang leek - hiris
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 sb sos tiram
1/2 cawan air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga lembut. Jika kering masukkan sedikit air. Bila daging dah lembut, masukkan minyak dan bahan-bahan hiris. Gaul rata dan goreng hingga bawang-bawang dan halia layu. Masukkan pula leek, sos tiram, sedikit air, serbuk lada sulah dan garam.Gaul rata dan hidang.
Kangkung Goreng ala Kantonis
Kangkung Goreng ala Kantonis
1 ikat kangkung
1 ulas bawang putih - cincang
8 biji cili kering
2 keping 'fermented tofu'
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih, cili kering, garam dan 'fermented tofu'. Pecah-pecahkan tauhu semasa menumis. Masukkan kangkung dan gaul rata. Bila sayur dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Tuesday 19 March 2019

Sesame Oil Chicken
Sesame Oil Chicken
7 ketul ayam
2" halia - hiris halus
2 ulas bawang putih - cincang
1 sb sos soya cair
2 sb sos tiram
1 sk sos soya pekat
1 biji kentang - potong empat
1 tangkai daun bawang
1 sk stok pekat ayam
1 cawan air
1/2 sk garam
1/2 cawan minyak bijan

Perap ayam dengan sos soya cair selama 30 minit. Ketepikan.

Panaskan minyak bijan. Tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masuk ayam dan kacau. Kemudian masukkan air dan kentang, kecilkan api dan biarkan sehingga ayam lembut. Kacau sekali-sekala.

Masukkan pula sos tiram, sos soya pekat dan air jika perlu. Biar sehingga ayam dan kentang empuk. Akhir sekali, masuk garam, stok pekat ayam dan daun bawang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
Sup Bebola Daging Dengan Leek, Seleri dan Daun Bawang
6 biji bebola daging
1/4 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 batang leek
2 batang daun bawang
1 batang seleri
2 cawan air
sedikit serbuk perasa
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan leek, daun bawang, seleri, bebola daging, garam dan serbuk perasa. Biar dalam 3 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Tatsoi Goreng Sos Tiram
Tatsoi Goreng Sos Tiram
2 pokok tatsoi
3 ulas bawang putih - cincang
1 sk sos tiram
1/2 sk bijan putih
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk tatsoi dan goreng. Kemudian masuk sedikit air, sos tiram dan garam. Angkat dan hidang. Tabur sedikit bijan putih.

Saturday 16 March 2019

Kari Ayam Bangladesh
Kari Ayam Bangladesh
550g ayam
2 biji bawang besar - cincang
2 sb pes halia & bawang putih
1 biji cili hijau - hiris
1 batang kulit kayu manis
6 biji cengkih
5 biji buah pelaga
6 biji lada hitam
2 sk serbuk kunyit
11/2 sb serbuk cili
11/2 sb serbuk jintan putih
11/2 sb serbuk ketumbar
1 tangkai daun kari
1 biji kentang - potong enam
3 sb yoghurt asli
2 sk bawang goreng
1 (30g) kotak kecil kismis
1 sk stok pekat ayam
4 cawan air
1 sk garam
minyak

Perap ayam dengan pes halia bawang putih, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan 2 sb yoghurt asli.

Panaskan minyak dan tumis empat sekawan hingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar dan cili hijau dan tumis lagi hingga wangi. Masukkan pula ayam dan gaul rata. Masukkan sedikit air jika kering. Biar hingga ayam separuh masak.

Masukkan daun kari, air, kentang, stok pekat ayam, garam, bawang goreng, baki yoghurt dan kismis. Gaul rata dan biar hingga ayam masak. Bila ayam lembut, bolehlah angkat dan hidang.
Telur Hancur Goreng Lobak Masin

Telur Hancur Goreng Lobak Masin
 2 biji telur
segenggam jeruk lobak putih
2 biji bawang merah
1 biji cili kering
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan cili kering yang telah dihiris. Masukkan lobak putih dan goreng hingga lobak nampak kekuningan. Pecahkan telur, biar sekejap dan bila telur dah masak sikit, baru kacau perlahan-lahan sampai telur nampak berketul-ketul. Angkat dan hidang.
Salad Timun
Salad Timun
2 batang timun Jepun - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sk daun parsli kering
3 sb cuka epal
1/2 sk gula
1/2 sk garam
1 sb minyak zaitun

Campur timun, bawang besar dan daun parsli kering ke dalam mangkuk. Bancuh cuka epal dan gula hingga hancur. Tuang campuran cuka dan epal ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan garam dan minyak zaitun. Gaul rata dan hidang.

Friday 8 March 2019

Pasta Cili Tuna
Pasta Cili Tuna
1 mug pasta siput
1 tin tuna cili
5 biji bawang putih - cincang
1/2 biji lada benggala hijau - dadu
1/2 kiub pati ikan bilis
2 biji limau kasturi - jus
1/2 cawan air rebusan pasta
sedikit garam
minyak

Didihkan air dengan garam. Masukkan pasta dan rebus hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk tuna cili dan gaul. Kemudian masukkan pasta, lada benggala hijau, kiub pati ikan bilis, jus limau kasturi dan garam. Gaul rata, angkat dan hidang.
Mini Chicken Cutlet
Mini Chicken Cutlet
3 keping isi ayam - hiris
2 sb tepung gandum
1 biji telur - pukul
3 sb serbuk roti
3 sb keju parut Parmesan
1 tangkai daun parsli - hiris
sedikit garam
minyak

Sediakan tiga mangkuk. Isi mangkuk pertama dengan tepung gandum, telur di dalam mangkuk kedua dan campuran serbuk roti, keju dan sedikit garam di dalam mangkuk ketiga.

Pastikan ayam kering. Golek ayam di dalam tepung kemudian celup dalam telur dan akhir sekali, golek dalam campuran serbuk roti.

Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga kuning keemasan. Angkat. Tabur daun parsli di atas ayam dan jika suka, hidang dengan hirisan lemon.
Chicken with Spinach and Arugula Salad
Chicken with Spinach and Arugula Salad
3 keping isi ayam
1/2 biji bawang merah - hiris
1" halia - hiris
1 cawan bayam
1 cawan arugula
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
sedikit paprika
sedikit serbuk lada hitam
minyak

Isi ayam dipotong kecil-kecil. Perap dengan sedikit garam, serbuk kunyit dan serbuk paprika.

Panaskan minyak dan tumis halia hingga wangi. Masuk isi ayam dan goreng hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Di dalam mangkuk besar, masukkan ayam tadi, bawang merah, halia, bayam, arugula, garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak menggoreng ayam. Gaul rata dan hidang.

Sunday 3 March 2019

Butter Chicken
Butter Chicken
1/2 ekor ayam
1 paket pes Butter Chicken
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
70g yoghurt asli
2 sb mentega
1 biji kentang - potong empat
1 cawan air
2 sb mentega
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk ayam dan gaul. Masuk sedikit air dan kentang. Biar hingga ayam lembut. Masuk garam jika perlu sebab pes dah masin.

Kemudian masukkan 1 tangkai daun ketumbar, mentega, baki air, yoghurt dan bawang besar. Gaul rata dan bila semua bahan-bahan dah sebati, bolehlah angkat dan hidang.
Sambal Petai Ikan Bilis
Sambal Petai Ikan Bilis
1/2 mangkuk ikan bilis
1 mangkuk petai - belah dua
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
4 sb cili boh
1 cawan air
1 asam keping
1/2 sk garam
1 sk gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk cili boh dan kacau hingga cili keluar minyak. Kalau kering masuk sedikit air. Kemudian masuk asam keping. Bila cili dah masak, masuk ikan bilis tadi, petai, garam dan gula. Kacau hingga semua bahan-bahan sebati. Angkat dan hidang.
Sawi Tatsoi Goreng Bawang Putih
Sawi Tatsoi Goreng Bawang Putih
1 pokok sawi tatsoi - potong
5 ulas bawang putih
5 biji fishball - belah dua
1/2 sk serbuk perasa Maggi Cukup Rasa
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk sawi tatsoi, fishball, serbuk perasa dan garam. Goreng hingga sayur dan fishball masak. Hidang.