Saturday 27 October 2018

Spaghetti Aglio Olio Udang
Spaghetti Aglio Olio Udang
200g spaghetti
5 ulas bawang putih - cincang
15 ekor udang
7 biji tomato ceri - belah dua
3 tangkai daun parsli - potong kasar
3 paket chilli flakes
1 cawan air rebusan pasta
1 sb stok pekat ayam
parutan keju Parmesan - jika suka
sedikit garam
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Gaul udang dengan garam dan serbuk lada sulah. Perapkan sekejap.

Didihkan air dengan garam. Masuk spaghetti dan rebus hingga al dente. Toskan airnya dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.Masuk udang dan gaul sekejap. Bila udang dah bertukar warna, masukkan spaghetti, chilli flakes dan gaul rata. Jika kering, masuk sedikit air rebusan pasta. Akhir sekali, masukkan stok pekat ayam, garam, tomato ceri dan daun parsli. Gaul rata dan tabur parutan keju Parmesan semasa menghidang.
Salad Avocado Bersama Keju Feta
 Salad Avocado Bersama Keju Feta
1 biji avocado
1/2 paket salad campuran
1/4 biji timun
1/2 biji bawang merah
jus dari 2 biji limau kasturi
keju feta
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam
minyak zaitun

Hiris buah avocado dan bawang merah. Potong timun kepada empat bahagian dan hiris.

Masuk salad campuran, avocado, timun dan bawang merah ke dalam mangkuk. Kemudian masukkan pula sedikit garam, serbuk lada hitam, jus limau kasturi dan minyak zaitun. Gaul. Tabur keju feta di atas salad dan hidang.

Nota: Boleh tambah sayur-sayuran berwarna hijau yang lain seperti lada benggala hijau, snow peas, kacang pis dan kacang buncis.
Salad Kentang Bersama Jeruk Lobak Manis dan Greek Yoghurt
Salad Kentang Bersama Jeruk Lobak Manis dan Greek Yoghurt
2 biji kentang
1 biji bawang merah
3 keping jeruk lobak manis
5 biji tomato ceri
1 batang daun bawang
sedikit dill
1 mangkuk kecil (100g) Greek yoghurt
beberapa keping daun arugula dan rocket
1 sk mustard
minyak zaitun
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam

Rebus kentang hingga empuk. Sejukkan, buang kulit dan potong kecil-kecil.

Masuk kentang ke dalam mangkuk. Campur bawang merah hiris, lobak jeruk manis, tomato ceri, daun bawang, daun arugula dan rocket. Campur Greek yoghurt bersama mustard dan minyak zaitun dan tuang ke dalam campuran kentang. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan dill. Gaul rata. Sejukkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.

Friday 19 October 2018

Tom Kha Gai
Tom Kha Gai
5 keping isi ayam
1" lengkuas
2 batang serai
1 paket santan
3 sb sos ikan
1 sk gula
5 helai daun limau purut
3 keping cendawan tiram
3-4 biji cili padi
jus dari 2 biji limau kasturi
sedikit garam
daun ketumbar

Masuk lengkuas dan serai ke dalam santan. Panaskan santan dan pastikan santan tak mendidih. Kacau selalu supaya santan tak pecah.

Masuk ayam, daun limau purut dan kacau hingga ayam masak. Kemudian masukkan sos ikan, gula, garam, jus limau dan cendawan tiram. Kacau dan angkat. Tabur daun ketumbar semasa menghidang.
Daging Kisar Masak Bersama Cendawan Butang, Lobak Merah dan Kobis
Daging Kisar Masak Bersama Cendawan Butang, Lobak Merah dan Kobis
1/2 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 helai kobis
5 biji cendawan butang
1" lobak merah
1/2 cawan air
1/2 sk tepung jagung + sedikit air
1 sb soya sos cair
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk daging dan kacau sekejap hingga daging sebati dengan bawang, kemudian masukkan pula sayur-sayur dan gaul rata. Akhir sekali, masukkan air dan bila air mendidih, masukkan pula bancuhan tepung jagung, soya sos cair dan garam. Gaul rata dan hidang.
Kacang Buncis Goreng Cuka
Kacang Buncis Goreng Cuka

10 batang kacang buncis - potong menyerong
3 ulas bawang putih - hiris batang mancis
1" halia - hiris batang mancis
1/2 sk chilli flakes
1 sb cuka beras
1 sk madu
1 sb minyak bijan
1 sb minyak masak
sedikit garam

Panaskan minyak bijan dan minyak masak. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan kacang buncis, chilli flakes, cuka beras, madu dan garam. Gaul rata dan bila kacang lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Friday 12 October 2018

Sambal Ayam
Sambal Ayam
7 ketul ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
2 biji cili padi
5 biji cili merah
1/2 sk serbuk belacan
1/2 sk serbuk perasa
1 sb serbuk kunyit
1 biji kentang
sedikit garam
minyak

Perap ayam dan kentang dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Kisar bawang besar, bawang putih, halia, cili merah dan cili padi. Ketepikan juga.

Panaskan minyak dan goreng ayam dan kentang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga wangi dan cili masak. Kemudian masukkan ayam, kentang, serbuk perasa, serbuk belacan dan garam. Gaul rata dan hidang.
Sayur Campur Goreng Thyme
Sayur Campur Goreng Thyme
1/4 biji lada benggala kuning
1/4 biji lada benggala merah
2" lobak merah
2" timun
3-4 helai daun salad Romaine
2 tangkai daun thyme
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sk gula perang
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lada benggala kuning dan merah dan lobak merah. Goreng sekejap. Kemudian masukkan timun, daun thyme, gula perang dan daun salad Romaine. Gaul rata dan angkat.
Sup Kobis Bersama Suhun, Cendawan Kering dan Telur Puyuh
Sup Kobis Bersama Suhun, Cendawan Kering dan Telur Puyuh
3 helai daun kobis
8 biji telur puyuh
sedikit suhun
2-3 keping cendawan kering
1/4 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sk stok pekat ayam
2 cawan air
sedikit garam
minyak untuk menumis

Rebus telur puyuh. Buangkan kulit. Rendam suhun dan cendawan kering hingga lembut. Potong cendawan kecil-kecil. Ketepikan semua bahan-bahan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang kecil hingga wangi. Masukkan air dan biar mendidih. Kemudian masukkan kobis, suhun dan cendawan tadi. Bila kobis lembut, masukkan telur puyuh, stok pekat ayam dan garam. Gaul rata dan hidang.

Friday 5 October 2018

Potato Salad with Beef Bacon
Potato Salad with Beef Bacon
2 potatoes
2 sweet potatoes
2 slices beef bacon
1 spring onion
1 sprig fresh dill
2" red radish
3 tbsp plain yoghurt
2 tsp mayonnaise
1/2 tsp radish
salt
black pepper
oil

Boil potatoes and sweet potatoes in salted boiling water until tender. Drain the potaotes and them cool down before removing the skin. Then cut into small chunks and set it aside.

Cut beef bacon into bite-size pieces. Heat oil and fry beef bacon. Set it aside too.

In a medium-size bowl, add potatoes, sweet potatoes, red radish, beef bacon and spring onion. In a small bowl, mix plain yoghurt, mayonnaise and radish and pour into the other bowl. Season with salt and black pepper. Toss all the ingredients together. Refrigerate and sprinkle with fresh dill when serving.
Scramble Eggs with Beef Bacon
Scramble Eggs with Beef Bacon
4 medium-sized eggs
1/4 cup milk
2 slices cheddar cheese
1 slice beef bacon
1 spring onion
salt

Cut beef bacon into small pieces. Heat oil and fry until golden brown. Set aside.

Beat eggs with milk and salt. Using the leftover oil from frying beef bacon, pour eggs into skillet and stir eggs. Add spring onion and beef bacon. Scramble the eggs and when eggs are set, remove from frying pan and serve.

Monday 1 October 2018

Nasi Goreng Kerabu
Nasi Goreng Kerabu
3 cawan nasi
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 biji bunga kantan
2 batang serai
1 biji cili merah
1 biji cili hijau
3 biji cili padi
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun selom
1 tangkai daun ketumbar
3-4 sb sos ikan
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Hiris bawang-bawang, bunga kantan, serai, ketiga-tiga jenis cili dan juga daun-daun.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris kecuali daun-daun hingga wangi. Masuk nasi, sos ikan dan garam. Gaul dan masukkan pula daun-daun. Gaul rata dan hidang.
Ayam Goreng Rempah Satay
Ayam Goreng Rempah Satay
300g isi ayam
3 sk serbuk rempah satay
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1 sk gula perang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1" halia
1 batang serai
1/2 biji bawang besar kuning
2 biji cili hijau
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
minyak untuk menumis

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan serai dengan sedikit air. Perap ayam dengan bahan kisar dalam 2 jam. Kemudian tapis supaya air perapan keluar. Masukkan serbuk rempah satay, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, garam dan serbuk lada hitam.

Panaskan minyak dan goreng ayam. Bila ayam hampir masak, masuk gula perang dan juga hirisan bawang besar kuning dan cili hijau. Kalau kering tambah sedikit air. Gaul rata dan hidang.
Taugeh Goreng Ikan Masin
Taugeh Goreng Ikan Masin
1 mangkuk taugeh besar
1" lobak merah
1 batang daun bawang
5 ketul ikan kurau masin
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga kuning. Angkat dan ketepikan.

Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris. Masukkan taugeh, lobak merah, daun bawang, ikan masin dan garam. Gaul rata hingga taugeh lembut. Angkat dan hidang.