Sunday 24 May 2020

Smoothie Avocado dan Timun
Smoothie Avocado dan Timun
1 biji avocado
1/2 biji timun
3-4 biji limau kasturi - jusnya
1 tangkai daun ketumbar
500ml air
3-4 sk gula

Potong avocado dan timun kecil-kecil. Masuk ke dalam blender bersama jus limau kasturi, daun ketumbar, air dan gula. Kisar hingga hancur. Tuang ke dalam gelas dan masukkan beberapa ketul air batu. Hidang.
Salad Pear Bersama Walnut
Salad Pear Bersama Walnut
3 helai daun salad koral hijau - hiris
1/2 batang timun Jepun - potong dadu
1/2 biji pear - potong dadu
1/2 biji bawang merah - hiris
1/4 biji lada benggala hijau - potong dadu
1 batang seleri - hiris menyerong
5 biji kacang walnut
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
sedikit minyak zaitun

Campur daun salad, timun, pear, bawang merah, lada benggala dan seleri ke dalam mangkuk. Tuang jus limau kasturi dan minyak zaitun dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata. Tabur dengan hirisan kacang walnut. Sedia untuk dihidangkan.
Apam Gula Hangus
Apam Gula Hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sb mentega
2 sb susu pekat
1 sk soda bikarbonat
11/2 cawan tepung gandum

Hanguskan gula dan kemudian campurkan air. Ketepikan dan sejukkan.

Masukkan telur, minyak, mentega dan susu pekat ke dalam blender. Kisar hingga sebati. Masukkan gula hangus dan soda bikarbonat dan kisar lagi. Masukkan pula tepung dan kisar lagi hingga sebati. Tuang adunan ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak dan kukus selama 15 minit. Sedia untuk dihidangkan.
Lontong
Lontong
1 paket nasi impit - rebus
bawang merah
bawang putih
udang kering
kunyit hidup
serai - titik
cili merah - hiris
daun kunyit
santan kotak
air
lobak merah - hiris
sengkuang - hiris
suhun - rendam
fucuk - rendam
kobis
tauhu - goreng
tempe - goreng
telur - rebus
garam
minyak

Kisar bawang merah, bawang putih, udang kering dan kunyit hidup. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masuk sedikit air dan biar mendidih. Kemudian masukkan santan dan kacau. Masukkan pula sayur-sayur seperti lobak merah, sengkuang, suhun, fucuk, kobis, tauhu, tempe dan juga daun kunyit, cili merah dan garam. Bila semua bahan-bahan dah masak, angkat dan hidang dengan nasi impit, telur rebus dan sambal ikan bilis.
Ketupat Pulut
Ketupat Pulut
2 kg pulut
2 kg santan
3 helai daun pandan
2-3 cawan air
2 sk garam
daun palas secukupnya

Campur santan, air, daun pandan dan garam ke dalam periuk. Didihkan santan dengan api perlahan. Kacau selalu supaya santan tak pecah.

Bila santan mendidih, masukkan pulut dan kacau hingga santan kering. Pulut masih belum masak lagi pada peringkat ini. Biar hingga kering, tutup api dan sejukkan pulut. Kemudian masukkan pulut kedalam kelongsong ketupat dan balut. Ikat dengan kemas bahagian bawahnya supaya pulut tak terburai dan air masuk kedalam semasa merebus.

Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus ketupat dalam 30-40 minit atau hingga pulut masak sepenuhnya.
Eid Mubarak 2020

Wishing all Muslims a Happy Eid Mubarak πŸ’–πŸ’–πŸ’–

Thursday 21 May 2020

Pengat Durian
Pengat Durian
15 ulas durian
1 biji kelapa - santan
2 biji kecil gula melaka
4-5 sb gula pasir
1 helai daun pandan

Didihkan santan dalam periuk dengan api kecil. Kacau sentiasa supaya santan tak pecah. Masuk gula melaka, gula pasir dan daun pandan. Bila semua gula dah larut dan santan pun dah masak, masukkan durian. Kacau perlahan-lahan. Kemudian bolehlah angkat dan hidang. Boleh dimakan dengan pulut kukus, roti putih atau roti jala.
Mee Goreng Kicap Pedas
Mee Goreng Kicap Pedas
1 paket (450g) mee kuning
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
seketul kecil halia
3-4 biji cili padi merah - ketuk
1 biji cili merah - hiris
30g daging - hiris
30g isi ayam - potong kecil
1 keping fishcake - hiris
6 biji fishball - belah dua
2-3 keping cendawan tiram - siat-siat
1/2 batang lobak merah - hiris
3-4 helai sawi panjang- hiris
1 kiub pati daging
1 sb kicap pekat
2 sb kicap pedas
11/2 sb minyak bijan
1/2 cawan air
1/2 sk serbuk lada hitam
sedikit garam
minyak

Perap daging dan ayam dengan garam dan serbuk lada sulah. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili padi hingga wangi. Masuk daging dan isi ayam dan goreng separuh masak. Kemudian masukkan fishball, fishcake, lobak merah, cendawan tiram, kicap-kicap, minyak bijan, kiub pati daging, serbuk lada hitam, garam dan air. Kacau dan biar mendidih. Bila kuah mendidih, masukkan mee dan sawi. Gaul rata dan bila mee dah masak, bolehlah dihidangkan.
Tauhu Masak Sos Cili
Tauhu Masak Sos Cili
3 keping tauhu - potong lapan
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3" timun Jepun- hiris batang mancis
3" lobak merah - hiris batang mancis
2 sb sos cili Thai
1 sk sos cili
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan goreng tauhu hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk lobak merah dan goreng 1-2 minit. Kemudian masukkan sos cili Thai, sos cili dan sedikit air. Setelah mendapat rasa dan kepekatan yang dikehendaki, masukkan tauhu tadi dan timun. Gaul rata, tak perlu lama, kemudian angkat dan hidang.
Ayam Masak Cincalok
Ayam Masak Cincalok
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 sb cincalok
1/2 sk serbuk cili
2 biji limau kasturi - jusnya
1 tangkai daun ketumbar
1 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga bertukar warna. Kemudian masukkan pula 1 sb cincalok dan sedikit air. Bila ayam dah masak, masukkan cili merah, garam, gula, jus limau kasturi dan baki cincalok. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, gaul rata sekali lagi dan hidang.
Sawi Jepun dan Kobis Goreng Sos Soya
Sawi Jepun dan Kobis Goreng Sos Soya
2 ikat sawi Jepun - potong
5 helai daun kobis - hiris
6 biji fishball - belah dua
5 ulas bawang putih salai - hiris
6 biji cili kering - rendam
2 sb sos soya Thai
sedikit air
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering hingga wangi. Masuk kobis dan goreng dalam 1 minit. Kemudian masukkan sawi jepun, fishball, garam, gula dan sos soya Thai. Jika kering, masuk sedikit air. Gaul rata dan sedia untuk dihidangkan.

Friday 15 May 2020

Sambal Ikan Bilis dan Kentang
Sambal Ikan Bilis dan Kentang
segenggam ikan bilis
1 biji kentang - potong dadu
sedikit kacang peas
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2-3 biji cili padi merah
1/2 sk pes asam jawa
1/2 sk serbuk perasa Maggi
1/2 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili padi. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan. Kemudian goreng pula ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan juga.

Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk pes asam jawa, serbuk perasa, garam, gula dan kacang peas. Bila dah sebati, masukkan pula ikan bilis dan kentang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.
Sup Daging Sedap
Sup Daging Sedap
200g daging - hiris
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2-3 biji cili padi - titik
1 biji kentang - potong kiub
1 batang lobak merah - potong kiub
2-3 keping cendawan tiram - siat-siat
1 batang seleri - hiris
1 biji tomato - potong enam
1 kiub pati daging
15 biji lada hitam
5-6 biji cengkih
1/2 batang kulit kayu manis
1 tangkai daun ketumbar
sedikit garam
air secukupnya
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikan.

Rebus daging dengan air secukupnya bersama lada hitam, cengkih dan kulit kayu manis hingga tiga suku empuk. Buang sisa-sisa kotor dipermukaan air. Bila daging dah hampir empuk, tapis dan didihkan semula.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk ke dalam daging tadi bersama cili padi. Kemudian masukkan sayur-sayur, kiub pati daging, tomato dan garam. Bila daging dan sayur dah empuk, tutup api dan masukkan daun ketumbar. Gaul kemudian angkat dan hidang.
Makaroni Salad
Makaroni Salad
70g makaroni
2 batang sosej - hiris
3 keping sundried tomato - hiris
6 biji buah zaitun hitam - hiris
2 sb capers
1/2 biji bawang merah - hiris
2 keping daun salad coral - hiris
1 paket (35g) thousang island dressing
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sk garam
minyak untuk menggoreng

Didihkan air bercampur sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Di dalam mangkuk besar, masukkan makaroni, sundried tomato, buah zaitun, capers, bawang merah, daun salad dan sosej yang telah digoreng. Masukkan pula thousand island dressing bersama garam dan serbuk lada hitam. Gaul rata dan hidang.
Pisang Goreng Crunchy
Pisang Goreng Crunchy
10 biji pisang nipah - belah tiga
1 cawan tepung beras
2 sb tepung kastard
1/2 sk serbuk penaik
1/2 kotak santan pekat
100ml air
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Campur tepung beras, tepung kastard, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk besar. Kemudian masukkan santan, air dan pewarna kuning. Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk selama 10-15 minit.

Keluarkan batter dan masukkan pisang. Gaul rata. Panaskan minyak dan bila minyak dah betul-betul panas, goreng pisang hingga kekuningan.
Kacang Buncis Goreng Taucu
Kacang Buncis Goreng Taucu
20 batang kacang buncis - potong menyerong
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
segenggam cendawan hiris - rendam
1 sb taucu
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili merah hingga wangi. Masuk taucu dan sedikit air. Kacau. Kemudian masukkan kacang buncis dan goreng separuh masak. Masukkan pula cendawan hiris dan goreng hingga kacang dan cendawan masak. Sedia untuk dihidangkan.

Monday 11 May 2020

Keria Ball Manis (1)
Keria Ball Manis (1)
330g keledek oren
40g tepung serbaguna
10g tepung ubi
40g gula
4-5 sb santan kotak
1/4 sk serbuk penaik
1/4 sk garam
minyak

Kupas kulit keledek, potong kecil-kecil dan stim hingga lembut lebih kurang dalam 15 minit.

Masuk keledek ke dalam mangkuk besar dan lecek hingga hancur. (Keledek ni jenis kering sikit jadi guna tepung sikit saja). Masuk gula, garam dan serbuk penaik. Gaul. Kemudian masukkan kedua-dua jenis tepung dan gaul hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan dalam 20g sebiji. Panaskan minyak dan goreng bebola keria hingga kekuningan. Angkat dan hidang.
Emy's Ayam Masak Merah
Emy's Ayam Masak Merah
7 ketul ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1 paket Kuah Masak Merah (jenama Brahim)
1 biji tomato - potong enam
1 sk gula
1/2 sk garam
1/2 sk serbuk kunyit
sedikit daun ketumbar
sedikit air
minyak

Gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat.

Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi dan panaskan. Tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk Kuah Masak Merah dan didihkan. Masuk semula ayam tadi, tomato, gula dan gaul rata. Angkat dan hidang. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar.
Seleri dan Cendawan Goreng Dengan Sotong Kering
Seleri dan Cendawan Goreng Dengan Sotong Kering
2 batang seleri - hiris menyerong
3-4 keping cendawan tiram - siat-siat
sedikit hirisan sotong kering - rendam sekejap
3 ulas bawang putih - hiris
1 sb sos pekat cendawan
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk seleri dan cendawan tiram dan goreng sebentar. Masukkan pula sotong kering dan sos pekat cendawan bersama sedikit air. Goreng dalam 1-2 minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Shakshuka Cili
Shakshuka Cili
2 biji telur
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
lobak merah - potong batang mancis
lobak putih - potong batang mancis
bunga kobis - potong kecil
2 sb cili kisar
1 sb sos cili
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan pula sos cili dan sedikit air. Kacau rata. Kemudian masukkan sayur-sayur, garam dan tambah sedikit air jika kering. Pecahkan telur dn tabur sedikit garam di atas telur. Kecilkan api dan tutup periuk dalam 5-10 minit atau hingga telur kuning keras. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Wednesday 6 May 2020

Salad Timun dan Nenas (2)
Salad Timun dan Nenas (2)
1/2 biji timun Jepun - potong dadu
1 keping nenas - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
2 biji limau kasturi - jusnya
sedikit garam
sedikit gula

Masuk timun, nenas, bawang merah dan daun ketumbar ke dalam mangkuk. Masukkan jus limau kasturi dan perasakan dengan gula dan garam. Gaul rata dan hidang.
Ayam Masak Serai ala Vietnam
Ayam Masak Serai ala Vietnam
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
3 batang serai - 2 hiris halus + 1 titik
2-3 biji cili padi - hiris
1 cawan air
2 sb sos ikan
2 sb gula
1/4 sk serbuk lada hitam
1 tangkai daun ketumbar
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, serai dan cili padi hingga wangi. Masuk ayam dan gaul rata. Jika kering, tambah sedikit air. Bila ayam empuk, masukkan sos ikan, gula, serbuk lada hitam dan daun ketumbar. Gaul sekali lagi, kemudan angkat dan hidang.
Telur Goreng Tomato
Telur Goreng Tomato
2 biji telur - pukul
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang
1 tangkai daun bawang
1 biji tomato
2 sk sos cili Thai
1 sk sos tiram
sedikit air
sedikit garam
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng telur. Bila telur dah nak 'set', pecah-pecahkan telur kepada 6-7 bahagian. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk tomato dan goreng hingga tomato lembut. Kemudian masukkan sedikit air, sos cili Thai, sos tiram, cili merah, garam dan gula. Bila dah dapat kepekatan yang kita nak, masukkan daun bawang dan kacau sekejap. Akhir sekali, masukkan telur tadi, gaul, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Kacang Buncis Goreng Cincalok
Kacang Buncis Goreng Cincalok
15 batang kacang buncis - hiris menyerong
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - cincang sedikit
1 sb cincalok - buang airnya
1 sk sos tiram
sedikit air
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk cincalok, kacau sikit, dan kemudian masukkan kacang buncis, sos tiram dan sedikit air. Goreng sekejap dan bila kacang dah lembut, bolehlah angkat dan hidang.

Friday 1 May 2020

Strawberry Cheese Tart
Strawberry Cheese Tart
20 biji mangkuk tart
strawberry filling

Bahan untuk krim cheese:
250g krim cheese
50g gula castor
1 biji telur saiz B
1/2 sk esen vanilla

Mangkuk tart dan strawberry filling saya beli yang dah siap.

Untuk krim cheese, keluarkan krim cheese dari peti sejuk selama 30 minit sebelum digunakan. Kemudian putar krim cheese dengan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla dan putar lagi hingga semua bahan-bahan sebati.

Isi strawberry filling dalam piping bag. Picit ke dalam mangkuk tart. Masuk krim cheese yang telah diputar tadi ke dalam piping bag yang lain. Kemudian picit ke dalam mangkuk tart tadi. Isi sampai penuh.

Untuk lorekkan di atas cheese tart, campur sedikit pewarna merah dengan sedikit krim cheese. Kacau hingga warna rata. Buat garis kecil-kecil dengan pencungkil gigi. Kemudian tarik dari bahagian atas sampai ke bawah hingga ada ekor sikit. Buat hingga semua tart habis. Bakar dalam 5 minit pada suhu 170℃.
Pasta Tuna Berkrim
Pasta Tuna Berkrim
1 mug pasta
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tin tuna
3 keping sundried tomato - hiris
1 sb capers
1/4 cawan krim
1/4 cawan susu segar
1 tangkai daun parsli - hiris
1 paket chilli flakes
sedikit serbuk lada hitam
garam
minyak

Didihkan air bersama garam. Bila air mendidih, masuk pasta dan rebus hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk tuna dan goreng. Kemudian masukkan sundried tomato, capers, krim, susu segar, chilli flakes, serbuk lada hitam dan garam. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan daun parsli. Gaul rata dan hidang.
Sambal Ayam Daun Limau Purut
Sambal Ayam Daun Limau Purut
300g isi ayam
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang serai - titik
1 sk belacan
3 sb cili boh
8 helai daun limau purut - hiris
1 asam keping
1 cawan air
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, belacan dan serai hingga wangi. Masuk cili boh dan sambung menumis hingga pecah minyak. Masukkan pula ayam dan kacau. Tambah air jika kering. Kemudian masukkan asam keping dan bila ayam hampir masak, masukkan daun limau purut dan perasakan dengan gula dan garam. Bila semua bahan-bahan dah sebati, angkat dan hidang.
Labu Masala
Labu Masala
250g labu (berat selepas buang biji dan kulit)
1/2 sk jintan putih
1/2 sk biji sawi
1/2 sk biji halba
4-5 biji cili kering - rendam
1" halia - cincang
2 biji cili hijau - hiris
1/2 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk gula perang
1 sb asam jawa + air
1/2 cawan air
1 tangkai daun ketumbar - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis jintan putih, biji sawi, biji halba, cili kering, halia dan cili hijau hingga wangi. Masuk labu, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk cili dan garam. Gaul rata. Masukkan pula air dan bila mendidih, tutup periuk dan renih hingga labu separuh masak. Kemudian masukkan gula perang dan air asam jawa. Renih lagi hingga labu masak. Tutup api dan tabur hirisan daun ketumbar (jika ada). Labu sedia untuk dihidangkan.