Sunday 26 April 2020

Kek Yogurt Berlemon


Kek Yogurt Berlemon
195g tepung naik sendiri
1 sk serbuk penaik
1/2 sk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1 biji lemon - parutannya
2 biji telur saiz A
180g dadih asli
120ml (1/2 cawan) minyak jagung
200g gula
1 sk esen vanilla

Campur tepung naik sendiri, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan parutan lemon. Ketepikan.

Dalam mangkuk yang lain, masukkan telur, dadih, minyak, gula dan esen vanilla. Kacau hingga sebati (tak perlu gunakan mixer). Bila semua bahan-bahan dah sebati, tuang ke dalam campuran tepung tadi. Gaul rata. Kemudian tuang ke dalam loyang atau bekas yang telah disapu mentega. Bakar pada suhu 180℃ selama 35-40 minit.
Mee Segera Goreng Kari
Mee Segera Goreng Kari
3 bungkus mee segera perisa kari
2 paket serbuk rempah kari
3 keping isi ayam - potong kecil
bunga kobis
lobak merah
kobis
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1 tangkai daun kari
sedikit air
minyak

Didihkan air dan rebus mee segera hingga tiga suku masak. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam yang telah diperap dengan rempah kari daging. Goreng hingga ayam empuk. Kemudian masukkan lobak merah, bunga kobis, daun kari dan serbuk rempah kari. Sambung menggoreng. Jika kering tambah sedikit air. Akhir sekali, masukkan mee segera tadi dan kobis. Gaul rata sekali lagi. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Ayam Masak Asam
Ayam Masak Asam
7 ketul ayam
5 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1/2 sk serbuk belacan
2 batang serai - titik
2 asam keping
2 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 sk garam
minyak

Kisar 1/2 biji bawang besar, bawang putih, halia dan serbuk belacan. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis 1/2 biji bawang besar yang dihiris hingga wangi. Masuk air bersama serai dan bahan kisar. Bila mendidih masuk ayam dan asam keping. Kecilkan api dan biar ayam masak hingga empuk. Akhir sekali masukkan stok pekat ayam dan garam. Kacau dan hidang.
Kangkung Goreng ala Kantonis
Kangkung Goreng ala Kantonis
1 ikat kangkung
3 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah/cili kering - hiris
2 ketul 'fermented tofu' - hancurkan
1 sk gula
sedikit garam
sedikit air
minyak

Hancurkan 'fermented tofu' dengan sedikit air. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili kering. Masuk 'fermented tofu' dan kacau. Masukkan pula kangkung bersama garam dan gula dan goreng hingga kangkung sebati dengan pes dan bahan-bahan lain. Angkat dan hidang.

Tuesday 21 April 2020

Jus Buah Naga Bersama Pear
Jus Buah Naga Bersama Pear
1/2 biji buah naga putih
1/2 biji buah naga merah
1/2 biji pear
2-3 biji limau kasturi - jusnya
150ml air
2 sk gula

Masuk semua bahan-bahan ke dalam blender. Kisar hingga hancur. Tuang dalam gelas dan hidang.
Sandwich Ayam Fajita
Sandwich Ayam Fajita
3 keping roti pita
5 keping isi ayam - hiris memanjang
1/2 sk serbuk kunyit
1/2 sk serbuk cili
1/2 sk serbuk paprika
1/2 sk serbuk lada hitam
2 biji limau kasturi - jusnya
5 helai daun salad - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji tomato - di dadu kecil
2 sb mayonis + 2 sb sour cream
sedikit garam
minyak

Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk paprika, serbuk lada hitam, jus limau kasturi dan garam. Perap dalam 1 jam.

Panaskan pan grill dengan sedikit minyak. Letak ayam dan grill setiap bahagian dalam 2-3 minit. Balik-balikkan ayam sehingga semua isi ayam masak. Angkat dan ketepikan.

Grill juga roti pita. Angkat dan ketepikan juga.

Letak sedikit ayam grill di atas roti pita diikuti dengan daun salad, bawang besar, tomato dan campuran mayonis dan sour cream. Gulung roti dan hidang.
Pasta Masak Dengan Sos Passata dan Daun Parsli
Pasta Masak Dengan Sos Passata dan Daun Parsli

11/2 cawan pasta
1 keping daging kisar Ramly
4-5 ulas bawang putih - cincang
1/2-3/4 botol sos Passata
1 cawan air rebusan pasta
1 kiub pati daging lembu
1 sk herba Bolognese
3 tangkai daun parsli
1 sb gula
sedikit garam
minyak zaitun

Didihkan air dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Masuk daging kisar dan goreng hingga lembut. Masukkan pula sos Passata, gula, garam, kiub pati daging dan herba Bolognese. Jika kering, tambah sedikit air rebusan pasta. Kacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan pasta, daun parsli dan gaul rata. Angkat dan hidang.
Ramen Kari Hijau Thai
Ramen Kari Hijau Thai
1 paket ramen segar
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 batang serai - titik
1/2 biji cili merah - hiris
3 keping isi ayam
1 keping fishcake - hiris
5 biji fishball - belah dua
2" lobak merah
3 sb pes kari hijau
1/2 biji kelapa - santan
1 sb sos ikan
1/2 sk stok pekat ayam
1 tangkai daun ketumbar

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar hingga wangi. Masuk pes kari hijau dan kacau hingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai dan isi ayam. Bila ayam hampir masak, masukkan pula santan dan fishball, fishcake dan juga sayur-sayur. Perasakan dengan stok pekat ayam dan sos ikan. Bila semua bahan-bahan dah masak, bolehlah angkat dan hidang. Tabur dengan daun ketumbar dan cili merah semasa menghidang.
Nasi Goreng Kampung

Nasi Goreng Kampung
1 mangkuk nasi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 biji cili padi
100g ikan bilis
5 tangkai kangkung
1kiub pati ikan bilis
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, cili merah, cili padi dan 50g ikan bilis.

Panaskan minyak dan goreng baki ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan. Kemudian potong kangkung dan ketepikan juga.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk nasi, kangkung, kiub pati ikan bilis dan garam. Gaul rata. Akhir sekali, masukkan ikan bilis goreng tadi dan gaul rata sekali lagi. Hidang.

Wednesday 15 April 2020

Kek Yogurt Strawberry Berkacang

Kek Yogurt Strawberry Berkacang
195g tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1/2 sk baking soda
1/2 sk garam
40g campuran kacang walnut dan badam
2 biji telur saiz A
180g dadih perisa strawberry
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1/2 sk esen vanilla

Campur tepung gandum, serbuk penaik, baking soda, garam dan kacang. Gaul rata. Ketepikan.

Dalam mangkuk satu lagi, campurkan telur, dadih, minyak, gula dan esen vanilla. Gaul rata, tak perlu gunakan mixer. Kemudian masukkan campuran telur ke dalam campuran tepung. Gaul rata. Sapu mentega pada loyang dan tuang adunan. Bakar pada suhu 180℃ selama 35-40 minit. Sedia untuk dinikmati.
Mee Kari
Mee Kari
2 kg mee kuning
1 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2" halia
3 batang serai - titik
5 sb udang kering
250g daging - hiris
10 ekor udang
2 biji kentang
8 sb serbuk rempah kari daging
2 tangkai daun kari
1 paket fishball - hiris dan goreng
1 paket fishcake - belah 2
10 cawan air
1 paket tauhu bulat (dah bergoreng)
11/2 kotak santan
21/2 kiub pati daging
2 biji cili merah - hiris
2 biji cili hijau - hiris
12 biji telur rebus
1 mangkuk kecil taugeh
sedikit daun sup - hiris
sedikit daun bawang - hiris
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Kisar juga udang kering tapi berasingan daripada bawang. Ketepikan kedua-duanya. Kentang direbus hingga empuk dan dilecek.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, serai dan udang kering hingga wangi. Masuk rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau hingga pecah minyak. Masuk daging dan kacau hingga daging keluarkan airnya. Kemudian masukkan air, kentang lecek, daun kari, kacau rata dan tunggu hingga mendidih. Biar hingga daging empuk.

Bila kuah dah mendidih, masukkan udang, fishball, fishcake, tauhu bulat, kiub pati daging dan garam. Akhir sekali, masukkan santan. Kacau supaya santan tak pecah. Hidang bersama taugeh, daun sup, daun bawang, telur, cili merah dan cili hijau.
Omelet Leek
Omelet Leek
3 biji telur
3 batang leek - hiris
sedikit onion salt
sedikit serbuk lada sulah
minyak

Pecahkan telur di dalam mangkuk. Masukkan sedikit 'onion salt' dan pukul hingga kembang. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng leek hingga separuh masak. Tuang telur dan masak bahagian atas. Kemudian terbalikkan dan masak bahagian bawang pula. Angkat dan hidang.
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Merah
7 ketul ayam
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1/2 biji bawang besar kuning - hiris
2 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
rempah empat sekawan
2 sb cili boh
4 sb sos tomato
1/2 kecil susu cair
1 sk stok pekat ayam
1 cawan air
1 sk gula
1/2 sk garam
1 sk serbuk kunyit
minyak

Perap ayam dengan garam dan serbuk kunyit selama 30 minit.

Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat. Dengan baki minyak tadi, tumis bahan-bahan hiris dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis. Bila pecah minyak, masukkan sos tomato, susu cair, gula, garam, sedikit air, ayam dan stok pekat ayam. Kacau hingga semuanya sebati. Akhir sekali masukkan bawang besar kuning dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.
Sup Sayur (2)
Sup Sayur (2)
2 pokok sawi
1 paket cendawan enoki
1 keping isi ayam - potong kecil
3 cawan air
1 sk stok pekat ayam
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
sedikit garam
minyak

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk air dan biar mendidih. Bila mendidih, masuk stok pekat ayam, ayam dan garam. Bila ayam dah empuk, masuk sawi dan cendawan. Biar beberapa minit, kemudian angkat dan hidang.

Saturday 11 April 2020

Jus Timun Seleri dan Halia
Jus Timun Seleri dan Halia
1/2 biji timun
1 batang seleri
1/2" halia
200 ml air
2-3 sk gula

Kisar semua bahan-bahan di dalam blender. Kemudian tuang jus ke dalam gelas dan hidang.
Ayam Sos Soya - Slow Cooker
Ayam Sos Soya - Slow Cooker
7 ketul ayam
150ml air
1 biji kentang - potong enam
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 biji lada putih
5 biji lada hitam
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1 helai daun bay
sedikit daun ketumbar

Masuk ayam ke dalam slow cooker bersama semua bahan-bahan lain kecuali kentang. Biar masak selama 2 jam. Selepas 2 jam, masukkan kentang dan biarkan selama 1 jam lagi. Bila ayam dan kentang empuk, bolehlah dihidangkan. Tabur sedikit daun ketumbar.
Bayam Hiris Goreng Ikan Bilis
Bayam Hiris Goreng Ikan Bilis
1 ikat bayam - hiris halus
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
sedikit ikan bilis
1 ikat bayam
sedikit garam
minyak

Kisar bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk bayam dan sedikit garam. Goreng hingga bayam lembut. Angkat dan hidang.
Omelet Peria
Omelet Peria
3 biji telur
1/2 biji peria
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1/2 sk garam
1/4 sk serbuk lada sulah
minyak

Hiris peria dan rendam dalam air yang bercampur garam selama 10 minit. Kemudian bilas dan tos. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masuk peria, garam dan serbuk lada sulah. Goreng hingga peria hampir masak. Pukul telur dan tuang ke dalam kuali. Ratakan dan biar bahagian atas ini masak. Kemudian terbalikkan dan biar bahagian satu lagi masak. Setelah kedua-dua bahagian masak, bolehlah angkat dan hidang.

Monday 6 April 2020

Teh Buah-buahan Limau Kasturi
Teh Buah-buahan Limau Kasturi
1 uncang teh perisa buah-buahan
1 mug air panas
2 sb gula tebu
2 biji limau kasturi
air batu secukupnya

Rendam uncang teh dalam air panas. Masukkan gula dan kacau hingga larut. Perah limau nipis. Kacau sebati. Masukkan air batu dan minuman sedia untuk dihidang.
Bubur Lambuk
Bubur Lambuk
250g nasi
60g daging
1/2 keping daging kisar Ramly
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1 sb udang kering - rendam
1 batang serai - titik
60g pes bubur lambuk
1/2 kotak santan
1 kiub pati daging
1 batang lobak merah - potong kiub
1 biji kentang - potong kiub
2-3 cendawan - siat-siat
1 batang seleri - hiris
1 tangkai daun ketumbar - hiris
air secukupnya
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan udang kering. Ketepikan. Kemudian rebus nasi dengan air secukupnya.

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar dan serai hingga wangi. Masuk daging dan goreng sekejap, kemudian masukkan pula daging kisar dan goreng lagi. Masukkan pula pes bubur lambuk dan kacau rata. Bila dah wangi, masukkan ke dalam periuk berisi nasi dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang dan lobak merah dan perasakan dengan kiub pati daging dan garam. Bila kentang dah empuk, masukkan cendawan, seleri, daun ketumbar dan santan. Gaul rata kemudian angkat dan hidang.
Tempe, Fucuk dan Suhun Goreng Taucu
Tempe, Fucuk dan Suhun Goreng Taucu
1 keping tempe - hiris
sedikit fucuk - rendam
sedikit suhun - rendam
1/4 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 sb taucu
sedikit air
sedikit gula
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang-bawang dan cili merah hingga wangi. Masuk taucu dan tumis. (Basuh taucu sikit kalau tak mahu masin sangat). Kemudian masukkan tempe, fucuk, suhun dan sedikit air. Goreng hingga semua bahan-bahan masak. Perasa dengan gula dan garam jika perlu. Kemudian bolehlah dihidangkan.
Ikan Bilis Goreng Telur
Ikan Bilis Goreng Telur
40g ikan bilis mata biru
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi merah
1 sb asam jawa + air
2 biji telur - pukul
sedikit gula
sedikit garam
minyak

Kisar ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan cili padi. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing. Masuk air asam jawa, garam dan sedikit gula. Gaul rata. Ketepikan bahan-bahan ditepi kuali dan tuang telur. Kacau-kacau seperti buat scramble egg. Bila telur dah hampir keras, gaulkan semula semua bahan-bahan tadi. Angkat dan hidang.

Wednesday 1 April 2020

Keria Ball (1)
Keria Ball (1)
350g keledek oren
140g tepung gandum
sedikit garam

Untuk sira gula:
40g gula
25ml air

Rebus keledek hingga lembut. Toskan airnya dan lenyek hingga hancur. Masukkan tepung sedikit-sedikit bersama garam. Gaul rata hingga semua bahan-bahan sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan dalam 20g sebiji. Kemudian panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.

Untuk membuat sira gula, campur gula dan air dan didihkan di dalam kuali. Kacau hingga gula hancur dan bila gula menjadi likat, masukkan bebola keria tadi dan balik-balikkan. Bila semua air kering dan gula pun menjadi keras dan melekat pada seluruh kuih, bolehlah angkat dan hidang.
Mee Segera Goreng Tom Yam
Mee Segera Goreng Tom Yam
2 paket mee segera
1/2 biji bawang besar - cincang
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 paket perasa tom yam
1 sb pes tom yam
11/2 sk pes cili Thai
3 keping isi ayam - potong kecil
1 keping fishcake - hiris
1 pokok bok choy - hiris
2" lobak merah - hiris batang mancis
sedikit air
minyak

Rebus mee segera hingga tiga suku masak. Angkat dan toskan.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga wangi. Masuk ayam dan goreng hingga berubah warna. Masukkan pula perasa tom yam, pes tom yam dan pes cili Thai. Tumis hingga wangi. Jika kering, tambah sedikit air. Kemudian masukkan fishcake dan lobak merah. Goreng dalam 1-2 minit. Akhir sekali, masukkan mee segera dan bok choy. Gaul rata, kemudian bolehlah angkat dan hidang.
Tempe dan Kentang Goreng Bercili
Tempe dan Kentang Goreng Bercili
1 keping tempe - hiris
1 biji kentang - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
3 sb kicap manis pedas
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan goreng tempe dan kentang hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

Dengan baki minyak tadi, tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga wangi. Masuk tempe dan kentang dan juga kicap manis pedas dan garam. Gaul rata. Angkat dan hidang.
Cendawan dan Tauhu Teriyaki
Cendawan dan Tauhu Teriyaki
2 keping tauhu
1 peket cendawan Shitake - hiris
1/2 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 biji cili padi - titik
1 tangkai daun ketumbar - hiris
4-5 sb sos teriyaki
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang hingga naik bau. Masuk air dan biar mendidih. Kemudian masukkan tauhu, cendawan dan cili padi. Kacau perlahan-lahan. Masukkan pula sos teriyaki dan sedikit garam. Akhir sekali, masukkan daun ketumbar, gaul rata, angkat dan hidang.