Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Sunday, 7 June 2026

 Daging Goreng Sos Ikan

Daging Goreng Sos Ikan

210g daging
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - hiris halus
2-3 biji cili padi merah - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 tangkai daun ketumbar
3 sb sos ikan
1 sk gula
1/2 sk garam
minyak

Panaskan kuali dengan 2 sb minyak dan goreng daging hingga airnya kering. Kemudian tuang sedikit minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili padi merah. Jika kering, masuk sedikit air. Bila daging dah tiga-suku empuk, masuk sos ikan, gula dan garam. Masukkan pula cili merah dan hijau...gaul rata...masukkan daun ketumbar. Gaul rata sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Wednesday, 4 January 2023

 Daging Goreng Cili Padi

Daging Goreng Cili Padi

280g daging
1 biji kentang - potong kecil
3 sb sos soya Thai
sedikit air
garam
minyak

Bahan kisar:
1 biji bawang merah
2 biji bawang putih
½" halia
5 biji cili padi merah
1 biji kunyit hidup

Panaskan sedikit minyak dan goreng daging dan kentang hingga air daging kering. Masuk sedikit minyak lagi dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar. Goreng bersama daging dan kentang. Jika kering, masuk sedikit air. Bila daging dah empuk, masuk sos soya Thai dan garam. Kalau ada bawang besar, hiris bulat dan masuk ke dalam daging . Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Monday, 20 December 2021

Sambal Daging Kisar
Sambal Daging Kisar
1 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
rempah empat sekawan
11/2 sb cili boh
1 sk sos tiram
1 sk pes tomato
1/2 cawan sayur campuran beku
1/2 kiub pati daging lembu
1/2 cawan air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia dan rempah empat sekawan hingga wangi. Masuk cili boh dan tumis lagi. Kemudian masukkan daging dan goreng separuh masak. Masukkan pula pes tomato, sos tiram, pati daging lembu dan sedikit air. Bila daging masak, masukkan sayur campuran beku dan sedikit garam. Gaul rata dan bolehlah dihidangkan.

Tuesday, 27 July 2021

Daging Goreng Masala
Daging Goreng Masala
200g daging
1/2 biji bawang besar - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
1/2" halia - hiris halus
1/2 batang kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji cengkih
1 biji kentang - potong enam
2 sb serbuk kari daging
1 sk serbuk garam masala
1/2 cawan air
sedikit daun ketumbar
1/2 sk garam
minyak

Perap daging dengan 1 sk serbuk kari. Ketepikan.

Panaskan kuali tanpa minyak. Goreng daging hingga airnya kering. Masukkan minyak dan bila minyak dah panas, tumis bawang-bawang, halia, rempah empat sekawan dan juga daging. Kemudian masukkan serbuk kari, garam masala, kentang dan sedikit air. Gaul dan biar hingga daging dan kentang empuk. Jika kering, tambah air. Perasakan dengan garam dan akhir sekali, masukkan daun ketumbar. Gaul rata dan hidang.

Monday, 14 June 2021

Daging Salai Balado
Daging Salai Balado
180g daging salai
1 biji kentang - potong enam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
2 biji buah keras
1 batang serai
3 biji cili merah
3 biji cili padi merah
1 sk belacan
1 sk Maggi Cukup Rasa
1 asam keping
sedikit air
1/2 sk garam
minyak

1. Kisar bawang besar, bawang putih, halia, buah keras, serai, cili merah dan cili padi.
2. Panaskan minyak dan goreng kentang hingga kuning. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan baki minyak menggoreng kentang, tumis bahan-bahan kisar dan belacan hingga wangi. Masuk daging salai dan gaul rata. Goreng sehingga daging lembut. Kemudian masukkan serbuk perasa Maggi, garam dan asam keping. Bila bahan-bahan dah sebati, masukkan kentang. Gaul rata dan hidang.

Tuesday, 1 June 2021

Daging Goreng Kunyit Berempah
Daging Goreng Kunyit Berempah
250g daging - kunyit
1/2 biji bawang besar - hiris
1 sk pes halia
1 ulas kunyit hidup - hiris halus
2 biji cili padi - hiris
1 batang leek - hiris 3" panjang
1 sb serbuk kunyit
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
sedikit air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk lada sulah dan serbuk lada sulah selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, pes halia, kunyit hidup dan cili padi hingga wangi. Masuk daging dan gaul rata. Goreng daging hingga empuk. Kalau kering masuk sedikit air. Kemudian masukkan leek dan garam. Goreng sekejap, kemudian angkat dan hidang.

Friday, 7 May 2021

Kailan Goreng Bersama Daging dan Halia
Kailan Goreng Bersama Daging dan Halia
2 pokok kailan - hiris
130g daging - hiris
5 ulas bawang putih - cincang
2" halia - hiris
11/2 sb sos tiram
2 sb sos soya cair
sedikit air
minyak

Perap daging dengan sos soya cair. Ketepikan.

Panaskan minyak dan tumis halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga separuh masak. Kemudian masukkan batang kailan, sos tiram dan air. Goreng sekejap dan masukkan pula daun kailan. Goreng hingga sayur masak dan daging empuk.

Tuesday, 6 April 2021

Daging Masak Asam
Daging Masak Asam
250g daging - hiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1" kunyit hidup
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sb asam jawa + air
1 biji cili merah - hiris
1 tangkai daun bawang - potong 3" panjang
sedikit garam
minyak

Kisar bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk daging dan goreng separuh masak. Kemudian masukkan garam, jintan putih dan air asam jawa. Kacau dan renih hingga daging empuk. Masukkan pula cili merah dan daun bawang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Friday, 22 January 2021

Pasta Dengan Bebola Daging
Pasta Dengan Bebola Daging
1 mug pasta
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 batang lobak merah
1 batang seleri
5 biji cendawan butang
1 tangkai daun parsli
1 tin sos tomato pasta
1 tin air rebusan pasta
minyak

Bebola daging:
250g daging kisar
2 keping roti putih - buang kulit tepi
1/4 cawan susu
1 biji telur
1/2 biji bawang merah - cincang
1/2 sk serbuk lada hitam
1 sk garam

Rendam roti dalam susu. Kemudian gaul daging kisar bersama roti tadi dan juga telur, bawang merah, serbuk lada hitam dan garam. Ketepikan dalam 20 minit. Kemudian ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Kemudian didihkan air bersama sedikit garam dan rebus pasta hingga al dente. Angkat dan ketepikan.

Untuk sosnya pula, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga wangi. Masuk lobak merah dan goreng hingga separuh masak. Masukkan pula seleri dan cendawan. Goreng sekejap dan tuang sos tomato dan air rebusan pasta. Biar mendidih sambil dikacau perlahan-lahan. Hidang bersama pasta dan bebola daging. Tabur hirisan daun parsli semasa menghidang.

Thursday, 14 January 2021

Daging Goreng Thai
Daging Goreng Thai
220g daging - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
5 helai daun limau purut - hiris halus
1 sb pes tomyam
1 sb sos cili Thai
11/2 sb kicap manis pedas
sedikit air
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan pes tomyam selama 30 minit. Ketepikan.

Panaskan minyak dan goreng daging hingga airnya kering. Masuk bawang-bawang dan halia dan sambung menggoreng. Tambah air jika kering. Tutup kuali dan biar hingga daging empuk. Kacau sekali-sekala. Bila daging dah masak, masukkan kicap manis pedas, sos cili Thai, garam dan daun limau purut. Gaul beberapa minit, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Friday, 1 January 2021

Daging Masak Asam
Daging Masak Asam
200g daging
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
1" kunyit hidup
1/2 sk jintan manis
2 sb asam jawa + air
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
sedikit garam
minyak

Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumbuk dan jintan manis hingga wangi. Masuk daging dan gaul rata. Goreng hingga daging separuh masak. Bila dah hampir empuk, masuk air asam jawa dan kacau rata. Masak hingga daging empuk. Akhir sekali, masukkan garam, cili merah dan bawang besar. Gaul rata sekali lagi, kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Saturday, 12 December 2020

Daging Salai Goreng Kunyit
Daging Salai Goreng Kunyit
300g daging salai
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1/2 biji lada benggala kuning - hiris
1 sb serbuk kunyit
1/2 sk serbuk perasa
sedikit air
sedikit garam
minyak

Bilas daging salai dan hiris nipis-nipis. Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan cili merah hingga wangi. masuk daging salai dan goreng hingga lembut. Kemudian masukkan lada benggala, serbuk kunyit, serbuk perasa, garam dan sedikit air. Goreng lagi dalam beberapa minit, kemudian angkat dan hidang.

Sunday, 22 November 2020

Kari Keema

Kari Keema
1/2 keping daging kisar Ramly
1/2 biji bawang besar - cincang
1/2 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
1 helai daun salam kering
1/2 biji tomato - di dadu kecil
1 sb serbuk kari daging
1 sk pes halia bawang putih
1/2 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 cawan air
1/4 cawan sayur campuran beku peas, carrot dan jagung
garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar, pes halia bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang hingga wangi. Masuk daging kisar dan gaul hingga daging berubah warna. Masuk daun salam kering, tomato, serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan sedikit air. Kacau hingga rempah-rempah sebati. Jika kering, tambah sedikit air lagi. Akhir sekali, masukkan campuran peas, carrot dan jagung, dan perasakan dengan garam. Gaul rata sekali lagi, kemudian angkat dan hidang.

Saturday, 7 November 2020

Bebola Daging Masak Jintan
Bebola Daging Masak Jintan
20 biji bebola daging
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2" halia - hiris
1 biji cili merah - cincang
2 batang leek - hiris menyerong
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk ketumbar
sedikit serbuk lada hitam
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk bebola daging dan gaul rata. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, garam dan sedikit air. Gaul hingga semua bahan-bahan sebati. Akhir sekali, masukkan leek dan cili merah. Kacau sekejapdalam 1-2 minit, kemudian angkat dan hidang.

Monday, 26 October 2020

Kacang Pool (2)
Kacang Pool (2)
200g daging kisar
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk serbuk kari daging
1/2 sk jintan manis
1/2 sk jintan putih
1/2 sk serbuk cili
1 tin kecil baked beans
sedikit air
sedikit serbuk lada hitan
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang. Masuk daging kisar dan goreng hingga daging berubah warna. Kemudian masukkan serbuk kari daging, jintan manis, jintan putih dan serbuk cili. Gaul rata. Tambah sedikit air jika kering. Masukkan pula baked beans, serbuk lada hitam dan garam. Kacau perlahan-lahan selama 2-3 minit hingga semua bahan-bahan sebati. Kemudian bolehlah angkat dan hidang. Sedap dimakan bersama roti dan telur goreng.

Friday, 16 October 2020

Daging Masak Cuka
Daging Masak Cuka
200g daging - hiris
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris halus
1 biji cili merah - hiris
2-3 biji cili padi merah - hiris
1 sk serbuk kunyit
2 sb cuka beras
1 biji limau kasturi - jusnya
sedikit kacang peas
sedikit air
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng separuh masak. Masuk serbuk kunyit dan sedikit air supaya tak kering. Kemudian masukkan pula cili merah, cili padi, kacang peas, cuka beras dan sedikit garam. Bila daging dah empuk, tutup api dan masukkan jus limau kasturi. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Wednesday, 7 October 2020

Daging Masak Hitam (2)
Daging Masak Hitam (2)
160g daging
1 biji bawang besar - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
1" halia - hiris
1 biji bunga lawang
2 biji cengkih
2 biji buah pelaga
1 sb sos tomato
1 sb sos tiram
2 sb kicap manis
1 tangkai daun bawang
sedikit air
sedikit garam
minyak

Perap daging dengan sos tomato, sos tiram dan kicap manis.

Panaskan minyak dan tumis bawang-bawang, halia, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Masukkan daging, sedikit garam dan gaul rata. Tutup periuk, kecilkan api dan biar hingga daging masak. Kacau sekali-sekali. Jika kering, masuk sedikit air. Bila daging dah empuk, masuk daun bawang. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Monday, 21 September 2020

Nasi Goreng Daging
Nasi Goreng Daging
1 mangkuk nasi
5 ulas bawang putih - cincang
3 ulas cili padi merah - cincang
100g daging - hiris
7 batang kacang buncis - hiris
2 biji telur - pukul
2 sk perencah nasi goreng kampung
sedikit garam
minyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga wangi. Masuk daging dan goreng hingga empuk. Kemudian masukkan pula kacang buncis, goreng sekejap, diikuti dengan nasi, perencah nasi goreng kampung dan garam. Goreng hingga semua bahan-bahan sebati. Ketepikan nasi, tuang telur dan kacau-kacau hingga telur separuh masak. Gaul semula nasi bersama-sama telur. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.

Friday, 14 August 2020

Daging Kisar Goreng Bersama Leek
Daging Kisar Goreng Bersama Leek
260g daging kisar
1 batang leek
3 ulas bawang putih - cincang
1" halia - cincang
1 sb sos tiram
1 sb sos soya cair
1/2 sk minyak bijan
1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk tepung jagung
sedikit bancuhan tepung jagung bersama air
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

Perap daging dengan sos soya cair, minyak bijan, serbuk lada sulah, garam, serbuk penaik dan tepung jagung selama 30 minit.

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan halia hingga wangi. Masuk daging dan goreng daging hampir masak. Kemudian masukkan leek, sos tiram dan sedikit air jika kering. Akhir sekali, masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul rata, kemudian angkat dan hidang.

Saturday, 1 August 2020

Kari Bebola Daging
Kari Bebola Daging
250g daging kisar
20g serbuk roti Panko + 50ml susu
20g tepung gandum
1 biji telur
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1/2 biji bawang besar - cincang
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2" halia
3 sb rempah kari daging + air
1/2 kotak santan
1 biji kentang - potong kecil
1 tangkai daun kari
1 biji cili hijau
11/2 cawan air
minyak

Untuk bebola daging, gaul daging kisar bersama serbuk roti, tepung gandum, telur, bawang besar cincang, garam dan serbuk lada hitam. Bulat-bulatkan dan goreng dalam minyak yang betul-betul panas hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Untuk kari pula, kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masuk bancuhan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak. Masuk kentang, air dan tutup periuk. Biar merenih dalam 15 minit. Masukkan daun kari, garam, bebola daging dan santan. Kacau perlahan-lahan beberapa minit atau hingga kentang empuk. Kemudian bolehlah angkat dan hidang.